MERG_HT's Reading List
5 stories
Zafwan Arsyad  by ihateyoureallymuch
ihateyoureallymuch
  • WpView
    Reads 193
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 19
Seorang gadis introvert yang mahu berubah menjadi extrovert untuk mencari kawan. Rupa? Dia ada. Bukankah orang ramai berkata mudah untuk mendapat kawan jika ada rupa? Namun, tidak baginya. Dia. Seorang yang tidak pandai bersembang. Memerlukan masa yang lama untuk dia sesuaikan diri dengan seseorang. Sombong? Jauh sekali. Dia cuba untuk menjadi peramah. Tetapi, dia tak boleh, tak mampu, tak kuat untuk berubah. Dia mahu, teringin sangat untuk berbual mesra. Namun, niatnya hanya mampu dipendam. Suaranya seakan akan tersekat di kerongkong apabila berhadapan dengan orang yang tidak dia rapat. Trauma. Dia trauma dengan kucing. Suatu kejadian telah membuatnya trauma. Kejadian yang sering berlegar legar difikirannya, yang sering menggangunya. Lagi lagi apabila matanya melihat haiwan berbulu itu. Sakit! Sakit sangat apabila teringat akan kejadian itu. Sudah pelbagai cara yang dia lakukan untuk lenyapkan fikirannya yang satu itu. Dia tak mahu! Tak mahu mengingatinya. Dia mahu lupakan kejadian itu. "Dia seperti familiar" Bagaikan sudah tertulis. Mereka kembali bertemu. Kehadiran Zafwan tanpa sedar merubah hidup dia. Hidup yang telah lama dia impikan. Kemunculan Zulfa mengajarnya tentang sesuatu yang tidak pernah dia sangka akan lakukan. Bermain dengan kucing! Jika dulu dia berasa sakit apabila melihat kucing, tidak untuk kini, ketenangan mula terasa apabila matanya menatap haiwan itu. Ya, haiwan yang telah membuatnya trauma. Zulfa Awina & Zafwan Arsyad Perfect! Sudah dia merasa perasaan sepi, bersendirian, keseorangan yang amat menyakitkan itu. Tidak akan dia biarkan orang lain turut dilanda perasaan 'itu'. "Kenapa? Belum try dah nak mengaku kalah?" "Jangan cuba untuk cuba, aku dah lama mengalah dengan perasaan ni" "Biarkan aku menarik tanganmu keluar daripada perasaan itu." "Please, don't give up" 'Never give up'
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,487
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 5,771,800
  • WpVote
    Votes 98,200
  • WpPart
    Parts 40
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemuan pertama mereka yang tidak dijangka. Niat Nasya hanya ingin memujuk si bayi yang menangis. Namun tidak sangka pula dia akan ditawarkan untuk menjadi babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora itu. Bekerja di bawah majikan seperti Andi, bukanlah sesuatu yang mudah. Huru-hara. Perang mulut sentiasa berlaku di antara mereka. "Woi, berani kau tipu aku ya?" "Betullah tadi ada Lady Gaga lalu. Tapi bila dia nampak muka encik, dia terus blah. Mungkin muka encik macam pembunuh kot." Kemunculan Rachel yang berniat mahu membalas dendam memaksa Andi untuk mengahwini Nasya demi menjaga keselamatan gadis itu dengan anaknya, Elsa. Perkahwinan yang terbina atas dasar ingin menjaga mula memutikkan bunga-bunga cinta. Namun di saat mereka baru ingin merasai kemanisan berumahtangga, dugaan pula hadir bertimpa. Seorang demi seorang musuh Andi muncul atas misi yang sama. Iaitu... Balas dendam! Mampukah Andi untuk menjaga Nasya dan Elsa? Mampukah dia menjaga keduanya daripada menjadi 'toy' dalam setiap 'game' di antara dia dan musuh-musuhnya? "You may hold my hand for a while, but you can hold my heart forever." ⚠ WARNING!! Terdapat beberapa perkataan dan bahasa kasar di dalam cerita ini. Harap maaf.
ANDI CEDRIC EDISI RAYA © by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 444,676
  • WpVote
    Votes 10,329
  • WpPart
    Parts 5
[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama RED EVIL MAFIA.. Kepulangan mereka ke Malaysia kerana ingin menyambut Ramadhan dan Syawal di situ. Namun, pelbagai cabaran dilalui sepanjang tempoh sebulan mereka berpuasa di bumi Malaysia itu. "Saya cabar awak. Kalau awak boleh berpuasa penuh selama sebulan, saya belikan awak sebuah kereta.." - Nasya Perbezaan negara. Perbezaan cuaca. Perbezaan suasana. Semua itu menjadi ujian buat mereka sepanjang berpuasa di bumi Malaysia. Pelbagai karenah. Pelbagai telatah. Pelbagai perangai. Yang semuanya membuatkan Nasya pening. Apakah pengakhiran kisah mereka? Berpuasa dan beraya bersama Red Evil Mafia. Ikuti kisah mereka. Peace! And enjoy!
Rumah Terakhir ✔️ by EvyanaKim
EvyanaKim
  • WpView
    Reads 218,033
  • WpVote
    Votes 16,323
  • WpPart
    Parts 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima orang baru dalam hidupnya. Dia fikir tindakannya itu akan membuatkan Izzar Naresh akan putus asa dan pergi tapi tidak! Lelaki itu tidak putus asa, malah sedaya upaya untuk tetap hadir dalam kehidupan Hifza Yelda. "Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" "Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." Sikap tidak putus asa Izzar Naresh akhirnya membuatkan dia semakin lama semakin rapat dengan Hifza Yelda, bahkan semakin lama dia kenal gadis itu. Dia melihat sisi gelap yang disembunyikan oleh gadis itu. Apa yang berlaku dengan kehidupan Hifza Yelda membuatkan dia tidak mahu menerima orang baru dalam kehidupannya? Apakah Izzar Naresh diberi peluang merebut hati gadis itu agar mencintai dirinya? Baca Rumah Terakhir, cerita yang diisi dengan Puisi dan Depresi. Start - 1 November 2021 End - 28 November 2021 Edit : 14 March 2022