fantasy♡
61 stories
The Fallen Angel by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 194,006
  • WpVote
    Votes 15,039
  • WpPart
    Parts 56
Hidup Ryan tidak mudah. Ayahnya tidak bekerja, adiknya pula tidak sekolah. Ryan dan adiknya bekerja sambilan untuk membantu keluarga mereka. Ibunya sudah meninggal dunia. Dia gagal untuk peperiksaan kemasukan sekolah, tetapi diberi peluang. Di sekolah, dia dianggap paling lemah. Ini semua rancangan Mr. Hyun untuk memalukan dirinya kerana Mr. Hyun berdendam dengan ayah Ryan. Tiba-tiba dia diberi kuasa yang paling unik dan hanya dia seorang sahaja yang ada. Bagaimana dia mengubah segalanya dengan kuasa yang diberikan? 21/12/17: #13 22/12/17: #11 24/12/17: #8 24/12/17: #5 26/12/17: #4 27/01/18: #12 Complete: 27/12/17
GENIAL [FIXI] ✨ by redd_aadhny
redd_aadhny
  • WpView
    Reads 77,854
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 2
Tajuk: GENIAL Penulis: Redd Aadhny Penerbit: Buku Fixi Mukasurat: 304 ISBN: 9786297693644 Harga: RM28 Sinopsis: Haifa Nabilah hanyalah seorang anak yatim piatu dan pelajar biasa di SMK Genial. Hidupnya jarang tenang kerana permusuhan dengan Sarah, saudara tirinya. Ketika sebuah kumpulan pelajar elit bernama Genial mengumumkan pencarian ahli baru, Sarah mencabar Haifa untuk bersaing merebut tempat tersebut. Halangan demi halangan ditempuh, hingga akhirnya Haifa terpilih sebagai ahli Genial. Namun kebenaran baru tersingkap saat dia menjejakkan kaki di kediaman yang disediakan khas untuk ahli kumpulan itu. Rupa-rupanya mereka semua adalah pemburu sejenis makhluk yang berupa seperti anjing besar bernama Beast, dan itu bukannya tugas yang main-main. Selepas mengetahui kebenarannya, Haifa menjadi ragu. Mampukah dia menggalas tugasan itu? Dan sanggupkah dia membayar harga sebenar untuk menjadi seorang Genial? (Gambar kulit depan @tash_rsd)
Akademi Dary : Sihir dan Jampi by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 96,067
  • WpVote
    Votes 7,943
  • WpPart
    Parts 42
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermaksud, akademi tersebut telah diceroboh! Sejak itu, pelajar-pelajar dari akademi tersebut mula hilang, seorang demi seorang. Misteri harus dirungkaikan dengan segera. Namun, hanya terdapat lima orang pelajar terpilih sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan tersebut dengan deria keenam masing-masing yang berlainan. Siapakah mereka itu? •━━━━━━━༺༻━━━━━━━ Ditulis pada tahun : 2018 Best achivement : Wattys 2018 Winner (The Change Maker) 🌸🌸 Beautiful cover by @sevennie 🌸🌸 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay
Sumpahan Rosmera by AdaHaris
AdaHaris
  • WpView
    Reads 98,662
  • WpVote
    Votes 6,581
  • WpPart
    Parts 26
Dunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup sebagai manusia. Tidak pernah pula dia sangka. Yang dia bukan manusia biasa. Malah dia tidak layak pun dipanggil manusia. Kerana asal kejadiannya. Lebih dari sekadar "biasa". Ramalan sudah tercipta lama dulu. Sebuah sumpahan yang tidak dapat dibelenggu. Hanya seorang sahaja yang bisa mematahkan semua. Dialah kunci kebebasan kota terlindung dari permaisuri neraka. Dialah sang puteri tunggal Kota Rosmera.
Akademi DiRaja Granté by sevennie
sevennie
  • WpView
    Reads 478,147
  • WpVote
    Votes 35,537
  • WpPart
    Parts 54
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan bakal pemimpin dunia. Berdirinya megah di atas sebidang tanah yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Itulah Akademi DiRaja Granté. Alice Allyna, seorang gadis biasa yang bergelut dengan identiti dan personaliti diri tersesat di akademi berprestij tersebut. ❝ Layakkah aku berada di sini? ❞ Satu per satu kejutan menyambut kehadirannya sebaik sahaja dia bertapak di Pulau Granté. Dan antara yang paling tidak boleh diterima logik akal ialah, ❝ Apa dia cakap? Only female schoolmate? ❞ Hidupnya dikelilingi oleh lapan orang putera raja yang berbeza perwatakan serta latar belakang. Masing-masing dengan daya tarikan yang tersendiri membuatkan bukan sahaja Alice, malah para pembaca akan turut terpesona. Adakah anda sudah bersedia? Ayuh, kita selami dunia penuh fantasi mereka ! [ FANTASY | ROMANCE | COMEDY ] ⊱ ──────────── ⊰ © sevennie 2017 Nota : Cerita cringe in mula ditulis pada zaman jahiliah saya. Ada banyak kelemahan di bahagian awal memandangkan sebelum ini saya tak rancang plot. Saya tak delete sebab sayang dah tulis, jadi saya biarkan jelah mereput di wattpad ni. Kalau korang nak baca cerita yang mempunyai plot lebih teratur, boleh baca Putera Hati yang merupakan sekuel kepada cerita ini tetapi boleh dibaca sebagai stand-alone. Apa-apapun, saya tak larang korang baca cerita ini. Selamat membaca.
Angel With A Shotgun by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 200,823
  • WpVote
    Votes 22,290
  • WpPart
    Parts 56
Kisah seorang remaja yang mendapat tittle 'The Strongest' pada umur yang sangat muda. Leon lah remaja tu! Masa silamnya yang mengubah dia menjadi luar biasa dan kuasa yang tidak normal itu hanya dia seorang yang miliki. Tapi, bila semua orang harapkan dia seorang saja...dia rasa macam dia tak perlu pun berada di situ. Jadi mula lah kisah dia mencari pengalaman mempunyai hidup yang lain dari yang lain... "Aik?! Tiba-tiba tuanku suruh aku jadi pelajar??" Leon terkejut. "Kesengsaraan kau adalah makanan aku..." Noel tersenyum. Apa yang akan jadi dekat manusia luar biasa bernama Leon ni? #1 [fantasy] 23/06/18 END: 12/08/18
Angel Of Sorrow by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 217,638
  • WpVote
    Votes 15,940
  • WpPart
    Parts 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar belakang. Apa identiti sebenar Eric? Pelajar-pelajar lain tertanya bagaimana dia dijemput walaupun tiada siapa pernah dijemput ke akademi elit itu. Aries, makhluk yang menyerang kerajaan-kerajaan menjadi satu ancaman. Apa yang akan terjadi?? #12 [28/12/2018] Start: 4 November End: -
THE NEXT HEIR [Completed] by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 316,940
  • WpVote
    Votes 25,024
  • WpPart
    Parts 126
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan jiwa mereka. Dalam diam juga, seorang pemburu sudah berada di antara mereka. Selamatkan jiwa... Selamatkan generasi... Jangan biarkan mereka peroleh apa yang mereka mahukan. P/s:sambungan Iezzi:The Last Hope
 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO by Choclatenight
Choclatenight
  • WpView
    Reads 16,454
  • WpVote
    Votes 1,438
  • WpPart
    Parts 52
Sudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya. Dia seperti bukan dirinya. Dia cuba menyiasat kisah silamnya. Ikutilah perjalanan Ashwin dalam merungkaikan segala misteri tentang dirinya. ''My truthself has awaken from a deep sleep,''- Ashwin Selamat membaca! 📖 📚 📕📒
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,389
  • WpVote
    Votes 16,254
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD