tronirl's Reading List
116 stories
ZAYAN: Zulaikha Isabelle por AishahGazali
AishahGazali
  • WpView
    LECTURAS 3,014
  • WpVote
    Votos 350
  • WpPart
    Partes 90
Zayan, bekas anggota pasukan elit, hidup dengan prinsip dan disiplin ketenteraan. Dunia yang gelap, sunyi, dan tiada ruang untuk emosi. Kononnya hatinya keras, beku, 'Zon Larangan Manja'. Tapi semuanya berubah bila dia bertemu Zulaikha Isabelle, seorang wanita moden yang datang dari dunia berbeza penuh warna, kebebasan dan suara manja yang menggoyahkan tembok hatinya. Bila cinta mula meresap ke dalam hati seorang pejuang, mampukah dia terus patuh pada prinsip? Dia dilatih untuk bertarung... Tapi tidak untuk jatuh cinta.
CintaRemajakuu🤍  (ON GOING) por hasyalerr
hasyalerr
  • WpView
    LECTURAS 8,435
  • WpVote
    Votos 425
  • WpPart
    Partes 32
Alicia dan Adrean sudah saling mengenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, yang dikenali bukanlah kenangan manis, tetapi pertengkaran kecil yang hampir berlaku setiap hari. Mereka sering berbeza pendapat Alicia yang lantang dan tegas, manakala Adrean pula keras kepala serta sukar mengalah. Guru dan rakan-rakan sudah lali melihat mereka berbahas walaupun hal yang remeh. Namun, masa mengubah banyak perkara. Setelah melangkah ke alam dewasa, masing-masing memikul tanggungjawab besar terhadap mereka. Suatu hari, satu keputusan yang berat terpaksa dibuat kedua-dua keluarga bersetuju untuk menyatukan mereka. Bagi Alicia, keputusan itu ibarat beban yang tidak pernah diminta. Bagi Adrean pula, ia adalah pengorbanan yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari selepas perkahwinan, hubungan mereka penuh dengan kekok dan jarak. Mereka berbual hanya bila perlu, dan banyak perkara diselesaikan tanpa melibatkan hati. Namun sesuatu yang pelik mula berlaku. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin mereka belajar memahami antara satu sama lain. Pertengkaran yang dulu seperti perang kecil kini berubah menjadi gurauan halus yang kadang-kadang mencetuskan senyuman. Alicia mula menyedari bahawa Adrean bukanlah sekeras yang disangkanya, manakala Adrean melihat sisi lembut Alicia yang tidak pernah ditonjolkan di sekolah dahulu. Tapi dalam hati masing-masing, satu persoalan masih belum terjawab Adakah hubungan ini sekadar tanggungjawab... atau perlahan-lahan berubah menjadi cinta?
Sedetik Lebih por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 113,973
  • WpVote
    Votos 10,297
  • WpPart
    Partes 48
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
SYED AEDEN FAYYADH [C] por jssfiit
jssfiit
  • WpView
    LECTURAS 60,321
  • WpVote
    Votos 1,940
  • WpPart
    Partes 85
SYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Nadine." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput. Dia ditinggalkan oleh kekasih hati, pertunangannya dibatalkan dan suami menduakannya. Hati seorang perempuan yang mana tidak sakit bila diperlakukan sebegitu. "Saya tahu awak tak cintakan saya.. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa tunggu awak.." air matanya mengalir deras. Kejamnya perasaan ketika itu. Mengapa hatinya masih mencintai sedangkan tiada yang mahu menerima perasaan cinta itu? Mengapa hatinya masih gagah walaupun telah dihancurkan? Adakah kesetiaan Sophea akan dibalas dengan kebahagiaan? Mampukah dia tabah menghadapi dugaan didalam corak kehidupannya? Syed Aeden Fayyadh, yang mempunyai pelbagai personaliti. Boleh jadi sisinya berubah menjadi seorang yang dingin berhati batu dan dia juga boleh berubah menjadi seorang yang psiko tanpa perasaan yang kejam. Namun, dalam keadaannya begitu jauh di sudut hatinya telah tersemat satu nama gadis yang dicintai. Sisi lemah lembutnya hanya untuk gadis pujaan itu sahaja. TIADA ORANG LAIN! Akan tetapi, apabila satu persatu rahsia terungkai hatinya mula berubah. Dia tidak lagi menjadi dia, seolah-olah dirasuk seperti menjadi orang lain. Kenyataan tersebut sukar untuk diterima, dia sering menyakiti orang yang berada dengannya tanpa dia sendiri sedar. Akan tetapi segala-galanya berubah apabila si dia memutuskan untuk pergi dari hidup Syed.. Meninggalkannya sendiri tergantung sepi.. "ak- aku perlukan kau.." rayu Syed. "Bukan aku yang kau perlu tapi dia." Mampukah Syed mencari kebahagiaannya walaupun dia sudah melakukan kesilapan yang besar berulang kali? Adakah Syed mempunyai peluang untuk menebus segala kesalahannya?
RAZIN : DISISI KAMU (EDITING)  por nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    LECTURAS 746,936
  • WpVote
    Votos 12,379
  • WpPart
    Partes 32
SECOND ✨ RAZIN X QASH ✨ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia perkahwinan ke lima tahun,suaminya Lutfan dijemput Ilahi kerana kemalangan jalan raya. Namun ada perkara lebih mengejutkan setelah dua minggu kematian lelaki itu Kisah antara Qash dan Razin telah terlakar sejak awal,Namun kisahnya cuma separuh jalan. Dipisahkan oleh masa dan keadaan namun disatukan jua oleh masa dan keadaan. RAZIN RYKARL "Aku nak jaga kau dan Hud" QASH ARTIYA "saya tak perlukan lelaki dan suami untuk jaga saya dan Hud.Baik Tuan jaga girlfriend-girlfriend Tuan yang ramai tu" HUD ARDEN "Ud nak yayah bawu." MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start: Mar 12 2024 End :May 20 2024
Bunga Terakhir (Spin Off Flower Path 2) por CikYaya_
CikYaya_
  • WpView
    LECTURAS 3,449
  • WpVote
    Votos 248
  • WpPart
    Partes 34
Bunga Inara | Hakim Sulaiman "Seperti bunga yang tumbuh mekar, cinta juga penuh dengan kemungkinan."
[OG] SANGKAR RENJANA | FULL VERSION por mzarieth
mzarieth
  • WpView
    LECTURAS 29,253
  • WpVote
    Votos 1,690
  • WpPart
    Partes 73
"Awak tahu kan, saya sanggup lepaskan apa saja tapi bukan Ihana? Jangan cabar saya, Ezar." - ZARIS DYNARA "Sayang nak lawan abang?" - EZAR RAYYAN "Tak pernah terdetik pun dekat hati saya ni untuk lawan awak. Tapi, kalau awak biarkan orang luar hancurkan apa yang saya bina selama ni, saya tak akan pertahankan apa yang awak gagal pertahankan." - ZARIS DYNARA Pernah saling mencintai sepenuh jiwa, mereka membina mahligai bahagia yang disangka kekal. Namun badai yang tak berkesudahan meretakkan segalanya. Setia bertukar curiga, cinta berubah luka. Dari celah retak yang kecil, lahirlah kemungkinan sebuah kehancuran... atau ...peluang terakhir untuk kembali menemukan bahagia? !! BERBEZA DENGAN VERSI EBOOK !! START : 14 AUG 2025 END :
Imam Yang Dikirim [ Series Aazeen ] por Ninieoxbat
Ninieoxbat
  • WpView
    LECTURAS 396
  • WpVote
    Votos 32
  • WpPart
    Partes 7
Sambungan 'Cinta Yang Menyakitkan' start: 25 July 2025 end: -
Sekali Lagi Memiliki por MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURAS 410,861
  • WpVote
    Votos 14,248
  • WpPart
    Partes 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?