new
11 stories
She, My Exception  by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 679,444
  • WpVote
    Votes 4,651
  • WpPart
    Parts 8
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka-sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
Mr. Inspektor Annoying ©️ by munasyas
munasyas
  • WpView
    Reads 246,187
  • WpVote
    Votes 9,749
  • WpPart
    Parts 70
[ 𝓜𝓻 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 2 ] Known as The Annoying Husband ~ 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐂𝐄𝐍𝐓 𝐖𝐈𝐅𝐄 ~ "Kahwin dengan aku." RAYYAN FIRASH- Seorang inspektor, mempunyai rupa paras yang tampan, memiliki segalanya. Dia menggunakan ketampanan dan kekayaannya untuk memikat para gadis-gadis di luar sana. Playboy berjaya, dengan perangainya yang menjengkelkan membuatkan orang sekelilingnya tak mampu nak layan, annoying nak mampus. "Ceh, annoying tapi saya suka." MIA QALISYA- Seorang polis, cantik, menawan, mempunyai sikap yang pemalu, pendiam, naif. Dengan sikapnya yang polos membuatkan dia selalu dibuli oleh orang atasannya sendiri, Akan tetapi disebalik kepolosannya itu, ada tersimpan 1001 rahsia. "Eleh, mulut kata lain hati kata lain!" -NAUFAL HAZIQ, sahabat sehidup semati, sesyurga, seneraka Rayyan. "Tchh, suami isteri pengkhianat negara." -HANS ISAAC, pemenang anugerah menganjing sedunia. "Ikut je apa yang kita plan." -TENGKU ALAN ADRIAN. CLARK DEJEX -menghilang hanya kerana mendengar kata-kata Tengku Adrian saja. ⚠️ CRINGE. ⚠️ PLAGIAT DILARANG KERAS. ⚠️ PENGGUNAAN KATA-KATA KESAT. ⚠️ UNTUK PEMBACA MATANG SAHAJA. STATUS : Complete ✓ START : 13 Mei 2022 END : 5 Okt 2024 SEBELUM BACA INI, PASTIKAN BACA Mr. Duda Cold DULU, BARU FAHAM JALAN CERITA! ACTION+COMEDY+ROMANCE
S E P H I A by thenasyh
thenasyh
  • WpView
    Reads 2,802,619
  • WpVote
    Votes 37,405
  • WpPart
    Parts 56
Warning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.
I'm The One  by missyhzyy
missyhzyy
  • WpView
    Reads 330,349
  • WpVote
    Votes 9,613
  • WpPart
    Parts 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku walaupun dia telah bertaubat? Intan Sofea gadis bernasib malang yang sering menganggap dirinya sebagai anak haram. Walaupun dia tahu ibunya berkahwin sebelum melahirkannya. Tetapi ramai yang menganggap ibunya berkahwin ketika mengandungkan Intan Sofea. Setelah Intan Sofea lahir dia dan ibunya ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang dia tidak tahu siapa. Pertemuannya dengan seorang wanita tua menyelamatkannya. Dia diupah bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah villa. Dan dia berjumpa dengan seorang jejaka juga merangkap anak kepada wanita tua yang mengambilnya. Dan mulalah perjalanan hidupnya yang terseksa dengan lelaki tersebut. "Kau kena sedar sikit kau tak layak nak bergaul dengan kami ni"- Tengku Arash "Hina sangat ke aku ni?"- Intan Sofea. Tapi pada suatu hari tiba-tiba sahaja Intan Sofea menghilangkan dirinya tanpa sebarang berita mahupun jejak setelah berlaku suatu krisis yang dia tidak dapat lupakan. Malah Tengku Arash juga berasa pelik dengan kehilangan gadis yang selalu dia buli itu. Dari situlah dia tahu bahawa dirinya telah pun jatuh cinta dengan gadis itu. Mampukah Tengku Arash mencari Intan Sofea ataupun dia melupakan sahaja kehilangan misteri gadis itu? Dan apakah pula kaitan Isac sepupu kepada Tengku Arash yang selalu melayan Intan Sofea dengan baik dalam kisah mereka berdua. Dan apakah rahsia antara Intan Sofea bersama Isac? Kenapakah dia sentiasa muncul dalam buku hidupnya. ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠
Hadirnya Cinta by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 451,034
  • WpVote
    Votes 13,048
  • WpPart
    Parts 77
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ ➳ Cringe tahap maximum ➳ Barely edited ➳ Banyak kesalahan tatabahasa start : 3 dec 2018 end : 11 nov 2019
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,465,225
  • WpVote
    Votes 125,789
  • WpPart
    Parts 57
[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seorang penghibur malah suka bergurau. Tapi kerana satu kejadian yang telah memberi impak terbesar dalam hidupnya telah merubah perwatakannya. Dari suka bergaul kini dia suka menyendiri malah mula dikenali dengan perwatakan bekunya. serta tanpa perasaan. JANNAH ADRIANA - Seorang gadis periang yang berkerja sebagai doktor gigi. Dikenali dengan perangai masuk airnya serta kecomelannya. Mempunyai paras yang cantik dan mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Sifatnya yang lemah lembut malah selalu merendah diri. Tapi siapa sangka? Dalam diam dia cuba berusaha menghilangkan perasaan yang sudah terpendam lama terhadap seorang lelaki. Perasaan yang tidak pernah dia luah. Tetapi seakan susah untuk dia menghilangkan perasaan tersebut. Inikan dia luah. Belum dia luah saja dia sudah tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Tingkah jejaka itu saja selalu menyakitinya dalam diam. Makanya dia mengambil keputusan untuk berusaha menghilangkan perasannya terhadap jejaka itu walaupun seakan tidak mampu ia lakukan. Ya jejaka itu Detektif Maiq Hakimi. Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya. Hanya dia saja yang tahu. Yang pasti dalam dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tapi dalam hatinya ada seseorang. Jannah Adriana. Gadis itu yang bertaktah didalam hatinya. Dalam dia menunjukkan tiada keinginan dekat gadis itu. Tapi akan dia pastikan tiada siapa yang dapat memiliki gadis itu selain dia. Amaran : [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,746
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
ZA'IM UKHROWI [C] by nurfrhnnh
nurfrhnnh
  • WpView
    Reads 1,238,235
  • WpVote
    Votes 43,281
  • WpPart
    Parts 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki dalam diam. Namun, sejak mengenali lelaki yang disukainya itu perlahan-lahan sikap sebenar gadis itu semakin hilang. Mula mendiamkan diri, sakit hati sendiri, memendam rasa apa yang dia rasa dan apa yang dilemparkan oleh lelaki yang bernama Za'im Ukhrowi. Semakin keruh hubungan persahabatan dari kecil mereka apabila kedua pihak keluarganya membina sebuah ikatan tanpa persetujuan Za'im iaitu ikatan pertunangan. "Kau dengar sini! Hadam betul-betul masuk dalam otak kau yang benak tu! Lepas aje habis paper SPM. tak ada lagi ikatan yang diagung-agung kau tu. Sementara ada lagi setahun ni, kau Jajalah dekat satu sekolah tittle bodoh kau tu!!" - ZA'IM UKHROWI Kata-kata yang dilempar oleh Za'im itu dipegang kuat sehinggalah pada hari dia memutuskan untuk menyambung pembelajaran di luar negara. Dia memohon dalam diam tanpa diketahui oleh Za'im, malah keluarganya sendiri. Selepas 8 tahun, Adra Kembali ke tanah air apabila dipaksa oleh Abinya. Semakin hari semakin Adra keliru, banyak perkara yang berlaku selepas dia pulang ke Malaysia. keluarganya dan keluarga Za'im diganggu dan dianiaya kerana mereka mengetahui rahsia besar yang Rido Mikael lakukan. Za'im yang dulu dikenali sebagai 'mr heartless' berubah 100 percent dan menjadi seorang lelaki sangat kuat melindungi diri Adra dari musuh tanpa gentar dan takut. "Awak sendiri yang cakap, kita tak ada apa-apa hubungan lepas je paper SPM tamat."- ADRA "Itu dulu, aku dah lama tarik balik kata-kata aku 8 tahun lepas. Kau je yang tak dengar." - ZA'IM "Semudah tu aje kan jawapan awak!"- ADRA Namun kuatkah Adra ingin melupakan apa yang dilakukan oleh Za'im 8 tahun dahulu? Sesenang itukah Adra dapat memaafkan Za'im? Sia-siakah dia melarikan diri selama ini? start : 26 january 2022 End : 24 February 2022
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,934,080
  • WpVote
    Votes 15,576
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,005,073
  • WpVote
    Votes 13,677
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.