FatinMariam
- LECTURAS 939
- Votos 124
- Partes 20
Becky dan Freen membesar bersama sebagai dua sahabat yang tidak pernah terpisah. Persahabatan mereka bukan sekadar teman sekolah atau teman bermain - mereka adalah tempat bergantung, tempat bercerita, dan tempat pulang antara satu sama lain.
Namun segalanya berubah saat Becky melangkah ke usia 19 tahun. Pada satu malam yang sepatutnya biasa, satu tragedi berlaku di hadapan matanya sendiri. Freen menjadi mangsa langgar lari. Becky menyaksikan tubuh sahabatnya terbaring kaku di atas jalan, darah dan hujan bercampur menjadi saksi bisu kepada detik yang meruntuhkan dunianya.
Keluarga Becky yang turut berada di situ segera membawa Freen ke hospital. Hari berganti hari, Freen tidak sedarkan diri. Doktor akhirnya mengesahkan bahawa Freen koma - dan apabila dia sedar kelak, kemungkinan besar dia tidak akan dapat berjalan lagi.
Berita itu menghancurkan hati semua orang, terutama Becky. Rasa bersalah menyelubungi dirinya tanpa henti. Dia percaya, jika bukan kerana dirinya, kejadian itu tidak akan berlaku. Dari seorang gadis yang ceria, Becky berubah menjadi seseorang yang tenggelam dalam penyesalan dan air mata.
Dalam perjuangan Freen untuk menerima takdir barunya, dan dalam usaha Becky untuk memaafkan dirinya sendiri, hubungan mereka diuji oleh kesakitan, harapan, dan cinta yang selama ini tidak pernah mereka ungkapkan dengan kata-kata.
Adakah persahabatan mereka mampu bertahan dalam ujian yang begitu berat? Atau tragedi itu akan memisahkan dua hati yang sejak kecil tidak pernah mengenal jarak?