amili91's Reading List
195 stories
LOVE YOU MR. PILOT  ✔️ by crystalisorked
crystalisorked
  • WpView
    Reads 1,711,018
  • WpVote
    Votes 55,444
  • WpPart
    Parts 79
Ini kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bahawa hidup aku juga seperti di dalam novel melayu. Kehidupan kami tidak seperti yang lain. Hidup kami penuh dengan onak dan duri. Kemunculan orang ketiga, orang keempat menyebabkan rumah tangga kami tidak pernah aman walaupun kami tidak pernah bergaduh. ~~ "Weh kau curi eh?" tanya Naufal tiba2. "Hah? Curi apa?" tanyaku blur. "Kau curi hati aku tapi tak nak mengaku eh." ujar Naufal bersama kenyitan mata yang nakal. ~~ "Maybe I should be more like her." gumam hati kecilku. Cover by: appleflakes Start:7/12/2016 End: 3/8/2017
How I Married Your Father (Completed)  by byFasyah
byFasyah
  • WpView
    Reads 927,874
  • WpVote
    Votes 25,289
  • WpPart
    Parts 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap dengan jeratnya sendiri tatkala ia benar benar jatuh cinta kepada Zakery. Disangka kan duda tua, rupa-rupanya duda bukan sebarang duda, duda hot di pasaran 🥵 Mampu kah Ayra bertahan dari godaan demi godaan? Adakah dia tetap meneruskan misi balas dendam? "Once You're mine, you will be mine forever,Ayra" - Zakery Adam
Hadiah Takdir by Aashhuuu_
Aashhuuu_
  • WpView
    Reads 21,635
  • WpVote
    Votes 1,146
  • WpPart
    Parts 20
Hidup Aesya Maleeka bukan sekadar tentang cinta remaja yang tidak kesampaian. Dia seorang gadis yang belajar berdiri sendiri meskipun hatinya pernah dipatahkan berkali-kali. Disakiti tidak menjadikan dia lemah. Sebaliknya, dia semakin berani menentang rasa, meski luka itu tetap membekas. "Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kan suri hati aku. Nothing to worries, okay?" - Ahmad Mustaqim Tapi janji manis itu akhirnya dibiar tergantung, seakan-akan hilang maknanya. Kehadiran Dina Najla, gadis masa lalu yang tiba-tiba kembali dalam hidup Ahmad Mustaqim, telah membuka lembaran perit untuk Aesya Maleeka. Bukan sekadar kehilangan, tetapi pengkhianatan yang diam-diam melahirkan parut. "Perlu ke kau seksa diri kau macam ni?" - Syed Al-Hafiz Di sebalik tawa yang dipamerkan, ada hati yang diam-diam menanggung beban. Namun, Aesya tahu dia tidak boleh terus tunduk pada derita. Dia memilih untuk tetap melangkah, meski bayangan silam sering cuba menariknya kembali. "I don't wanna be a burden." - Aesya Maleeka "Then let me carry it with you. Izinkan saya ada di sisi awak... bukan hanya hari ini, tapi sampai akhir nafas saya." - Tengku Afraz Rida Mampukah Aesya benar-benar membuka hati untuk Afraz, lelaki yang hadir membawa ketenangan dan janji baru? Atau parut lama akan terus membayangi setiap langkahnya?
C | Di atas Sejadah Panjang  by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 178,633
  • WpVote
    Votes 6,427
  • WpPart
    Parts 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
Permaisuri Tanpa Takhta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 106,437
  • WpVote
    Votes 3,894
  • WpPart
    Parts 51
Raziq Hayyan merupakan sebab yang paling kuat untuk dia terus hidup. Disaat dia hampir terkorban ditangan musuh, nalurinya sedar apa yang terjadi sekalipun dia harus tetap hidup demi anaknya. Namun dia sedar anaknya perlukan seorang ibu untuk menyayanginya selayaknya seperti anak-anak yang lain. Ayana Zahra binti Zahrim merupakan kisahnya dimasa lalu, meskipun hatinya berat ingin melepaskannya namun tidak adil bagi dirinya untuk terus bersedih. Jika dirinya itu masih ada lagi ruang untuk bahagia, maka kisah barunya akan diterima dengan hati yang terbuka. Rumah itu seharusnya nyaman, namun ianya berantakkan buat Haness Ryana Binti Hamzah. Kehilangan ibu kandung di umur 21 tahun mengubah segalanya. Meskipun adik-beradiknya sentiasa ada disisi namun tidak sama apabila sang ibu sudah tiada didunia ini. Kelibat ayah pula sentiasa dirindui namun sang ayah terlalu sibuk dengan urusannya. Munculnya neraka dunia untuknya apabila si ayah mengambil keputusan untuk berkahwin semula 5 tahun selepas pemergian isterinya itu. Tidak cukup dengan kehadiran ibu tiri, dia pula dikahwinkan dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada kenalan ayahnya itu. "Saya janda, Encik Raziq. Kita tak sepadan." "Siapa kata kita tak sepadan? Aku duda anak satu, Cik Ryana." Start : 1 Jan 2025 End : 21 February 2025
Yang Tertulis Dilangit [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 76,918
  • WpVote
    Votes 2,729
  • WpPart
    Parts 48
Hanya ceritera seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta tatkala dirinya sedang berjuang demi negara untuk terus hidup dan pulang kepangkuan isterinya namun tidak kesampaian. Disebabkan tragedi berdarah itu, hidup ini bagi lelaki itu sangat suram dan menyedihkan. " Aku tak kisah kalau mati dekat sini sekalipun, boleh la aku jumpa isteri aku dkt 'sana' nanti. Baik korang tinggalkan je aku dekat sini. Selamat kan diri kau." - Mejar Raziq Haidar " Kau jangan bercakap macam orang tak ada agama ya. Jangan sampai aku yang bunuh kau dekat sini. Aku dah janji dengan anak kau nak bawak kau balik dengan selamat bukan dalam keranda." - Mejar Arif Fakri " Korang yakin kita boleh hidup ke? aku rasa nak putus nyawa dah ni." - Mejar Ian Iskandar
BLOOD ROSE'S by LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    Reads 68,962
  • WpVote
    Votes 2,661
  • WpPart
    Parts 52
Tengku Erissa Mikayla & Tengku Adrean Alexander Louis.. Pertemuan secara tidak sengaja telah menyatukan dua insan.... ....... Disaat cinta mula berputik, pelbagai dugaan yang harus ditempuhi... mampukah mereka untuk mengharungi ujian itu... "Kalau aku tak boleh dapatkan dia, maknanya tidak ada sesiapa boleh dapat dia"Tengku Jessica Daniella Mampukah mereka berdua pertahanan ikatan perkahwinan yang telah dibina???
MY DAHLIA || C by darwishanjwa
darwishanjwa
  • WpView
    Reads 303,072
  • WpVote
    Votes 7,483
  • WpPart
    Parts 68
BLACK SPIDER SERIES [SEKUEL HIS PSYCHO DAISY] ❁ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓓𝓪𝓱𝓵𝓲𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓽𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓲𝓷𝓪𝓻𝓲 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪 𝓼𝓲 𝓹𝓮𝓷𝓭𝓸𝓼𝓪 ❁ Dahlia Aryana. Dipaksa bekerja di kelab malam oleh ibu kandungnya sendiri. Berhari-hari dipaksa memakai yang tidak senonoh dan melayan kaum lelaki yang hadiri di kelab malam itu. Namun dia akhirnya menjadi pelayan yang membawa dulang yang terisi air haram itu. Xavier Adrean. Lelaki yang workhalic dalan syarikatnya. Dingin. Itu sentiasa ada dalam sifat dirinya. Namun mempunyai kisah silam yang tidak mampu hilang dalam fikiran orang lain. Berlaku satu kejadiaan yang mampu menghantui dunia Dahlia. "Pergi!" -DA "Aku takkan pergi selagi kau tak mengaku soal ini" - XA "Saya takkan mengaku sekali pun yang anak dalam perut saya ni anak awak. TAKKAN!" -DA Berbalahan itu hanya mampu membuat diri Dahlia semakin gila dan sakit. Tapi Xavier hanya memandang susuk Dahlia yang pergi meninggalkan sebegitu selepas perbalahan itu. "You'll be mine Dahlia Aryana. My flower." -XA Mampukah Dahlia menanggung semua masalah ini berseorangan? Start:18 FEB 2024 End: 28 JUN 2024 Revamp Start: 8 JUN 2025 End: 22 AUG 2025 #Top🥇limited #Top🥇bunga #Stranger x Lover trope #Romance #100% my ideas #Mafia #Blackspiderseries
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 67,584
  • WpVote
    Votes 2,328
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
[C] KAPTEN MU'IZZ MAHFUDZ by Risya_ayu
Risya_ayu
  • WpView
    Reads 81,625
  • WpVote
    Votes 3,142
  • WpPart
    Parts 44
Dua jiwa, satu hati. Kalau memang sudah tertulis bahawa lelaki itu milik perempuan bernama Asha, maka tiada siapa pun mampu memisahkan mereka-walau seluas lautan terbentang antara keduanya. Bukannya dia tak tahu. Gadis berumur 18 tahun yang sering datang ke 99 Speedmart tempat dia bekerja sambilan itu, memang menyukainya. Tapi dia hanya pura-pura bodoh. Banyak perkara yang lebih penting sedang bergayut dalam fikiran. Lagi tiga bulan, rekrut tentera akan bermula. Masa makin suntuk. Lima tahun berlalu... Asha kini seorang guru sekolah rendah. Dia kembali ke rumah ibu bapanya kerana mendapat penempatan mengajar di sekolah berhampiran. Tak pernah dia sangka, takdir tiba-tiba menyusun pertemuan lama. ----------- "Saya Nur Asha Liora, boleh panggil saya Asha." Lelaki itu memandang dia tenang, lalu tersenyum sedikit. "Saya tahu." Dia tersentak.