malay
3 stories
ANAQI'S [C] by tyrastory_
ANAQI'S [C]
tyrastory_
  • Reads 3,670,618
  • Votes 110,285
  • Parts 77
‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen Insyirah "Nampak mcm aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau?" -Anaqi Bakhtiar Namun, dah jodoh tak kemana. "Kau tidur bawah lah! Aku tak biasa la tidur dengan lelaki." -Eireen Insyirah "Amboi? Derhaka nampak? Syurga bawah tapak kaki sape?" -Anaqi Bakhtiar Dan semestinyalah terbit rasa cinta di alam perkahwinan mereka. "Reen cintakan Anaqi.." -Eireen Insyirah "Kau mimpi masuk neraka sebab tu kau berbaik dengan aku kan?" -Anaqi Bakhtiar 60% Kelakar. 38% Bahagia. 2% Konflik. Yang penting manis tu ada🫶🏻 Harsh words, romance, sexy storyline and of course very sweet. ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding .
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
HAZRAEL | TERBIT
harleenxira
  • Reads 1,346,467
  • Votes 63,589
  • Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
See You In A Bit [ TERBIT ]
moonlightlavh
  • Reads 1,004,023
  • Votes 13,646
  • Parts 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.