EyaHanns
- Reads 46,915
- Votes 2,886
- Parts 83
BLURB
Tuan Harraz Rafael dan Edlyn Khaleeda tidak pernah berkahwin kerana cinta. Mereka hanya disatukan oleh sebuah alasan yang pada awalnya membuatkan perkahwinan itu terasa seperti satu kewajipan.
Namun waktu mengubah segalanya.
Cinta tumbuh tanpa mereka sedari, sehingga dua manusia yang pernah yakin mereka mampu hidup tanpa satu sama lain akhirnya menjadi tempat pulang yang paling mereka perlukan.
"Janji dengan abang, tak kira apa pun berlaku, it's us against the problem." -- TUAN HARRAZ RAFAEL.
Mereka fikir janji itu cukup untuk melindungi rumah tangga yang telah mereka bina.
Sehinggalah Mya Rosalie, anak perempuan Tuan Rehan, muncul dalam kehidupan mereka.
Apa yang bermula sebagai sebuah urusan profesional perlahan-lahan membawa mereka kepada sesuatu yang jauh lebih besar daripada yang pernah dijangka. Rahsia lama mula muncul, hubungan mula diuji, dan ketenangan yang mereka bina selama ini mula retak sedikit demi sedikit.
Edlyn hanya tahu satu perkara.
Ada sesuatu yang tidak kena.
Dan semakin dia cuba mencari jawapan, semakin dia terasa kehilangan lelaki yang paling dia percaya.
"Mana abang waktu sayang perlukan abang? Mana pergi semua janji yang abang pernah ucapkan? Takkanlah tak ada sikit pun rasa untuk perjuangkan rumah tangga kita?" -- UNGKU EDLYN KHALEEDA.
Apabila cinta yang pernah menjadi tempat pulang mula terasa seperti tempat paling asing, mampukah Harraz dan Edlyn memilih untuk bertahan, atau mereka akhirnya akan kehilangan satu sama lain sebelum sempat mengetahui siapa yang sebenarnya sedang bermain di belakang mereka?