🖇Asuna List🌷
4 stories
Love, Ariq Farhan | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 709,684
  • WpVote
    Votes 49,297
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
[C]✓Bidadari Tengku Hael by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 3,183,470
  • WpVote
    Votes 128,713
  • WpPart
    Parts 59
|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa menikahi seorang gadis hanya disebabkan wasiat yang ditinggalkan atuknya sendiri, Dan itu telah menghancurkan janji yang telah dicipta dengan kekasih hati hubungan yang mereka cipta sudah berlayar 3 tahun tetapi hampir saja retak disebabkan dia yang telah menikahi gadis yang langsung tidak dikenali, Dia menikahi hanya disebabkan terpaksa... "Saya minta maaf saya tak mampu tunaikan permintaan awak..." NAYLEA SYAZAL - Sigadis cantik yang menjadi segala mangsa keadaan bukan dirinya tidak ingin meninggalkan hari pernikahan itu, Tetapi dia tidak mampu untuk mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kakaknya sendiri, Yah kakaknya melarikan diri sewaktu hampir menikahi lelaki pilihan kedua ibu bapanya, dan dia tidak ingin kedua ibu bapanya akan merasa benda yang sama itu lagi, Disebabkan itu rasa bersalah menyelubungi hati kerana keputusan yang dibuatnya telah menghancurkan sekeping hati milik seorang gadis, Yah dia telah melukai hati kaumnya sendiri . Dugaan demi dugaan datang menghempap diri, Mampukah mereka mencapai puncak kebahagiaan? Amaran: (Sad Romance) (Emotional too heavy) (Mengandungi kekerasan rumah tangga) (Polygamy) (Mencarut) (Cringe) (18+) ⚠️ So read on your own risk ⚠️ Ofc clice hehe...
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,149
  • WpVote
    Votes 28,918
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."
Bawa Dia Kembali [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 176,941
  • WpVote
    Votes 3,653
  • WpPart
    Parts 7
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? "Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa