LUKA DENDAM (coming soon)
fyrrose
- Leituras 64
- Votos 19
- Capítulos 1
Daim Zahran pernah menjadi segalanya buat Nayesha Alya. Cintanya tidak sempurna. Mereka merancang masa depan, menulis angan-angan dengan janji suci. Namun semuanya dirampas sekelip mata apabila Nayesha terpaksa dikahwinkan dengan lelaki lain. Ithar Luth, pewaris empayar perniagaan, pilihan Datuk Seri Jalil, ayah Nayesha yang lebih mementingkan kuasa daripada kebahagiaan anaknya. Nayesha terpaksa lakukan semua ini demi untuk melindungi cinta pertamanya.
Hancur, Daim menghilang. Tujuh tahun dia mendiamkan diri, menyembunyikan luka, membina kekuatan dan membentuk dirinya menjadi lelaki yang lebih daripada cukup, berkuasa, berpengaruh dan berbahaya.
Nayesha pula tidak lagi hidup dalam istana kaca. Setelah Ithar meninggal dalam kemalangan tragis, dia membesarkan anak mereka, Nain Luth sendirian. Hidupnya berubah apabila dia bertemu kembali dengan lelaki itu. Dia bukan Daim Zahran yang pernah dia cintai.
Dia adalah lelaki yang menyimpan dendam.
Dia adalah lelaki yang tahu terlalu banyak.
Dan dia mungkin tahu rahsia sebenar di sebalik semua apa yang terjadi.
"Lepaskan saya, An. Tolong lupakan apa yang terjadi antara kita"- Nayesha Alya.
"Kau milik aku. Dan aku akan pastikan... tak ada siapa akan rampas hak aku lagi"- Daim Zahran.
Daim tidak hanya ingin menuntut hak. Dia mahu Nayesha membayar segala kehilangan, penghinaan dan luka yang tak pernah sembuh. Tapi di sebalik semua kemarahan itu, satu rahsia disembunyikan. Tentang satu kebenaran hitam yang Daim simpan demi menyelamatkan Nayesha atau menghancurkannya ?
Antara cinta dan dendam, antara kasih dan kuasa, siapakah yang akan kalah dalam permainan yang penuh racun ini ? Kerana dalam permainan milik dendam, tiada yang benar-benar bebas.
"Sampai mati aku akan ingat segala hinaan dilempar pada diri aku"- Daim Zahran