AlexanderGama5's Reading List
199 stories
Godaan Uncle Sado Ku by Darkhole96
Darkhole96
  • WpView
    Reads 7,820
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 2
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak bersangkut-paut dengan yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Selamat membaca.
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 6,081
  • WpVote
    Votes 547
  • WpPart
    Parts 64
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 115,739
  • WpVote
    Votes 9,634
  • WpPart
    Parts 105
SILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang saudara akan tetap berterusan. Farhan Tuzeman salah seorang dari Lima Elemen Naga,menyedari dan nekad untuk memberi keseimbangan setiap keamanan selagi dia boleh. Dia menyedari perkara selepas bertemu dengan Fara Darweez,salah seorang manusia yang diubahsuai ataupun lebih tepat Cpu-biologi. Farhan Tuzeman "Aku tak suka menyibuk hal orang,tapi kalau kalau mereka dalam kesusahan..aku tidak akan teragak-agak.." Fara Darweez "Saya mungkin dikatakan senjata hidup,tapi saya manusia..!" Taufeq Tuzeman "Lightning Knight,at your service!!" Haikal Al'Jazreen "Menjadi seorang pahlawan handal seperti master aku,bukan perkara mudah dan aku sedar tu.."
ASH (PG13) by xoxmizzxox
xoxmizzxox
  • WpView
    Reads 109,861
  • WpVote
    Votes 5,063
  • WpPart
    Parts 76
#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya agar membawa dia pergi dari situ. Pada mulanya azroy tidak mahu menolong gadis itu sebab dia tak kenal gadis tersebut tapi bila dia lihat ada 3 orang lelaki bersenjata berlari menuju ke arah mereka mahu tidak mahu azroy pun terpaksa membawa gadis itu pergi dari situ. Dari situlah kisah ini bermula.... # P/s: it's okay if u didnt want to vote or comment in every pages I posted here. By the way thanks for reading this story... huhu
Misteri Lewat Malam (MLM)- Buku 1 [Lengkap, currently unpublished] by pelukishidup
pelukishidup
  • WpView
    Reads 3,924
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 5
Complete, but currently on hold/unpub Faris ialah seorang pelajar sekolah yang berumur 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pendidikkan Malaysia. Dia juga merupakan seorang remaja metroseksual dan sangat suka mengikat perut demi menjaga imejnya itu. Di sekolah, dia dikenali sebagai pelajar yang pendiam dan misterius. Jika berada di rumah pula, Faris banyak menghabiskan masanya di dalam bilik. Dia juga tidak mempunyai ramai kawan. Faris menyukai salah seorang pelajar perempuan di dalam kelasnya iaitu Samantha Lim. Samantha atau Sam ialah seorang wanita yang paling cantik di dalam kelasnya itu. Malahan, Sam juga mempunyai bentuk badan yang ideal bak model. Dia selalu memandang ke arah Sam semasa Sam ralit menyalin nota di dalam kelas. Faris turut membayangkan dia dan Sam menjadi pasangan kekasih yang paling bahagia. Pada suatu hari, suatu kejadian telah menggemparkan sekolah. Seorang pelajar lelaki telah meninggal dunia kerana terjatuh daripada bangunan kelasnya. Berita itu telah mengejutkan semua warga sekolah dan juga Faris memandangkan dia mengenali pelajar lelaki itu walaupun mereka tidak begitu rapat. Mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama sewaktu berumur 7 tahun. Malam itu, Faris keluar dari rumah dengan berjalan kaki kerana ingin membeli barangan yang dikirim oleh Ibunya. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Faris telah dilanggar oleh seseorang iaitu Sam yang berwajah cemas dan gusar. Sam berlari melepasi Faris dengan wajah cuak. Sejurus selepas itu, seorang perempuan turut melanggarnya. Mereka berdua jatuh terjelopok ke atas jalan bertar akibat daripada pelanggaran tersebut. Barang yang dipegang oleh Faris juga turut terjatuh. Perempuan itu bingkas bangun dan berlari mengejar Sam semula dan meninggalkan Faris terpinga-pinga di situ. Apakah yang sedang berlaku? Kenapakah Sam dikejar oleh perempuan itu? Dan, siapakah perempuan tersebut? 1 in #komik (10/8/21)
kebangkitan (Sequel) by AdaHaris
AdaHaris
  • WpView
    Reads 75,817
  • WpVote
    Votes 5,480
  • WpPart
    Parts 51
sequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampukah Puteri Arissa menyelamatkan Kota Rosmera dan negeri2 ghaib yang lain dari kemusnahan? ------------------------------------------ "Tuanku... Dia... Dia dah bangkit! Nenek dapat rasakannya! Satu kuasa yang sangat dasyat sedang bangkit. Kuasanya kuat walaupun masih belum lengkap!" Ujar Nenek Wu sambil tersekat-sekat. "Apa yang nenek cakapkan ni?" "Dia lebih kuat dari Marina! Lebih kuat dari Raja Adrian! Dia... Dia...." Nenek Wu kelihatan sangat takut. Apa yang dimimpikannya tadi terbayang-bayang difikirannya. "Nek.." "Dia musuh pertama Raja Naga.." ------------------------------------------------------ "It is a story.. a journey through the other mystical hidden kingdoms.. a resurrection of a leader with a soul of a dragon and a villain with a soul of a demon." - AdaHaris
The MAGIC Girl (COMPLETED!) by christelwriter
christelwriter
  • WpView
    Reads 88,977
  • WpVote
    Votes 5,075
  • WpPart
    Parts 37
Kisah ini menceritakan tentang Swanda yang terpaksa dihalau oleh penduduk sekampungnya kerana telah membunuh 3 ekor shwan,makhluk pemakan manusia semata-mata hanya untuk menyelamatkan seorang budak dengan hanya menggunakan petir. Namun,Swanda tidak percaya bahawa dia yang melakukannya. Swanda yakin bahawa itu cuma kuasa tuhan. Namun begitu, Swanda juga tidak tahu bahawa dia merupakan satu-satunya magic girl terkuat di alam semestar. Mampukah dia menerima bahawa dia ialah seorang magic girl ataupun lebih dikenali dengan nama samaran,guardian? Mampukah dia melawan kuasa-kuasa jahat? Siapakah keluarga sebenarnya? Mengapa dia yang terpilih? Bacalah kisah the magic girl
Sumpahan Rosmera by AdaHaris
AdaHaris
  • WpView
    Reads 98,876
  • WpVote
    Votes 6,586
  • WpPart
    Parts 26
Dunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup sebagai manusia. Tidak pernah pula dia sangka. Yang dia bukan manusia biasa. Malah dia tidak layak pun dipanggil manusia. Kerana asal kejadiannya. Lebih dari sekadar "biasa". Ramalan sudah tercipta lama dulu. Sebuah sumpahan yang tidak dapat dibelenggu. Hanya seorang sahaja yang bisa mematahkan semua. Dialah kunci kebebasan kota terlindung dari permaisuri neraka. Dialah sang puteri tunggal Kota Rosmera.
Rabbit Sakti [18SG] by FakrulArif83
FakrulArif83
  • WpView
    Reads 1,048
  • WpVote
    Votes 178
  • WpPart
    Parts 128
Setelah rumahnya dibakar penduduk Kampung Tengah angkara difitnah oleh Rahim, Azlan - pemuda cerdas yang diusir kerana penemuan kitab kuno gabungan ilmu sains dan sihir - bertekad membalas dendam. Dengan eksperimen misteriusnya, sebahagian penduduk Kampung Tengah hilang tanpa jejak, seolah-olah ditelan kegelapan hutan puaka, sementara sebahagian lagi disumpah menjadi haiwan. Sementara itu, Osa, pemuda dari Bandar yang menyewa di Kampung Kiri, turut difitnah Rahim kerana ditangkap basah bersama Mak Jah, janda berhias. Rahim bekerjasama dengan Penghulu Samad mengusir Osa demi maruah kampung kiri. Dipukul dan dimalukan, Osa nekad membalas dendam. Di tengah kekosongan dan misteri itu, Comot, seekor arnab biasa yang sebenarnya Rabbit Sakti, bertemu Lanng, helang bijak yang membantunya memahami kekuatan dalam diri. Sementara Osa mengawasi dengan hologram dirinya, setelah turut menyumpah penduduk di tiga kampung di seluruh Pulau Tiga Bersaudara menggunakan teknologi sains dan sihir hasil penemuan Azlan, dia tersenyum penuh rahsia. Comot dan Lanng berjuang menyingkap petunjuk tersembunyi dan melawan kekuatan gelap yang mengancam. "Inilah dendam orang sabar, maafkan aku, Azlan," bisik Osa, menanti masa untuk membawa malapetaka atau harapan bagi Pulau Tiga Bersaudara. Dua Dendam, Satu Keadilan!? [Karya Fakrul Arif - 2011]
NOXIOUS by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 29,621
  • WpVote
    Votes 2,729
  • WpPart
    Parts 48
[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragut lebih 70 nyawa tidak berdosa, kawasan galian itu terpaksa ditutup dan dirahsiakan tanpa diberitahu sebab-sebabnya. Kes langsung ditutup dan dibiarkan misteri. Kini, kawasan tersebut dibangunkan sebuah bangunan pendidikan diberi nama Universiti Intelektual Prima Perdana. Sebuah bangunan pendidikan teknologi terulung di Malaysia. Namun ada rahsia besar tersimpan kemas pada bangunan gah itu. Rahsia yang meletakkan status keamanan dalam bahaya.