Read this ❤️
3 stories
Between Us by ayshqy
ayshqy
  • WpView
    Reads 184
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 10
Ian Noa Eltasya cuma nak hidup biasa-biasa. Masuk sekolah elit, dapat keputusan bagus, dan... jauhkan diri dari drama. Tapi drama datang juga - dalam bentuk silap daftar asrama. Dan silap bilik. Dan silap roommate. Tengku Aadyan Suhair. Pagi tu? Jeritan. Drama. Tuala. Panik. Bila identiti sebenar Ian terbongkar, semuanya meletup. Dia segera dipindahkan ke asrama perempuan, tapi damage dah dibuat. Sekarang, dia sekelas dengan Aadyan. Dan dengan geng pelik-pelik kelas 4 Ruby. Setiap hari rasa macam survive satu episod baru-ada yang manis, ada yang menyakitkan hati, dan ada yang... buat jantung degup pelik. Dalam dunia Crownz Academy yang penuh rahsia, hierarki pelik, prank besar-besaran, dan geng pengawas yang macam James Bond versi sekolah - Ian mula belajar satu perkara: Kadang-kadang, orang yang paling kau benci... adalah orang yang paling faham kau. Dan hati? Dia memang suka buat hal. #ExroommateFromHell or #BoyILove?"
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,152
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 9
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
𝐇𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋 𝐃𝐘𝐀𝐙𝐄𝐋𝐋𝐎 [C] by FyDream
FyDream
  • WpView
    Reads 30,285
  • WpVote
    Votes 2,640
  • WpPart
    Parts 68
Nik Fayyadh x Adwa Izyan "You fall into a game that you will never be a winner, Han." Dia... Nik Fayyadh. Lelaki yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang pegawai polis berpangkat kapten. Setelah menjalani latihan asas Unit Tindakhas dan menyertai pasukan elit. Dia memilih untuk menyamar sebagai ahli kongsi gelap, dan membalas dendam atas kematian Ibunya. Dia sanggup kehilangan pangkat serta kerjaya demi mencari jawapan. Ya, dia gila. Dia memang gila. Sudah masuk ke dunia gelap, belum tentu ada jalan keluar. Hanya satu malam.. dia dipaksa mengotori tangannya. Dipertemukan pula dengan seorang gadis yang diancam oleh kongsi gelap hanya disebabkan dia ialah Hacker. Tanpa sedar, gadis itu berkait rapat dengannya. Atas Tuan Hamzah, Fay bertugas semula. Kemunculan White Mask menimbulkan beribu persoalan. Salah satunya.. Adwa Izyan. Si gadis hacker yang diburu oleh Dragon Curse. Sekumpulan kongsi gelap yang berpengaruh besar di ibu kota, Vietnam. Dalam diam, bibit-bibit cinta mula bercambah di hati masing-masing. Namun sering terpisah kerana ego. Mungkin, sudah ditakdirkan untuk bersama. Dua hati kini menyatu. Saling berkongsi cerita duka. Saling menjaga dan menyayangi satu sama lain. Siapa sangka setiap kejadian yang berlaku dirancang begitu teliti? "𝑨𝒌𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖. 𝑫𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖." - 𝑾𝒉𝒊𝒕𝒆 𝑴𝒂𝒔𝒌 Siapakah Han? Apa yang dia mahukan? Mampukah Fay menerima kebenaran yang dicari? Mampukah dia menerima siapa dirinya? Sembunyi? Sejauh mana Izyan mampu berlari dan mengelak dari Aaron? Beautiful Cover By @tsweetestrain-