🕊️ꔚ🕊️
2 stories
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 913,085
  • WpVote
    Votes 63,862
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,530
  • WpVote
    Votes 28,934
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."