syazwinszx
Harraz Angelo tidak pernah mempercayai cinta.
Bagi lelaki yang dibesarkan dalam dunia kemewahan, kuasa dan pengaruh, perasaan hanyalah kelemahan yang tidak perlu diraikan. Dalam hidupnya, segala-galanya boleh diperoleh dengan wang, strategi dan kawalan. Manusia pula hanyalah sebahagian daripada permainan sosial yang boleh disusun, diganti dan dikorbankan.
Namun pertemuan itu mengubah sesuatu.
Seorang gadis yang sepatutnya tidak lebih daripada wajah asing dalam kehidupannya, tiba-tiba menjadi gangguan yang tidak mampu dia abaikan. Bukan kerana kecantikannya semata-mata, bukan juga kerana kelembutannya. Tetapi kerana dia berani menolak.
Penolakan itu bukan sekadar mencabar egonya , ia membangkitkan satu keinginan yang aneh dan tidak pernah dia rasakan sebelum ini. What started as curiosity slowly turned into something darker. Something deeper. Something dangerously obsessive.
Setiap lelaki yang berani mendekati gadis itu menjadi percikan api kepada kemarahannya. Rasa cemburu yang pada awalnya kecil, bertukar menjadi bara yang membara dalam diam. Dalam fikirannya, kehadiran lelaki lain bukan sekadar gangguan, ia adalah ancaman yang perlu dihapuskan.
Bagi Harraz Angelo, memiliki bermaksud menguasai sepenuhnya. Dan jika dunia berani mencabar haknya, dia tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja demi memastikan gadis itu kekal di sisinya walaupun harga yang perlu dibayar adalah nyawa seseorang.
Dalam permainan yang dipenuhi kecemburuan, kemarahan dan rahsia yang tersembunyi, satu perkara menjadi jelas, dia tidak akan berhenti sehingga gadis itu menjadi miliknya sepenuhnya.
KARYA : 2
GENRE : Darkromance |
🔞⚠️