Fizzah Shah's
5 stories
PELUANG CINTA PERTAMA HUD GUFRAN by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 448
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 12
Hud Gufran, lelaki dingin yang dicurangi oleh isterinya. Setelah setahun berada dalam perkahwinan tanpa cinta, akhirnya dia meleraikan ikatan suci itu setelah isterinya sanggup khianat dia. Dia tak sakit dan tak rugi kerana telah muak memikul beban dosa yang dilakukan Nasha. Lagi menyakitkan bila dia tahu isterinya berzina dan pernah gugurkan kandungan. "Kau ingat aku tak tahu tu semua alasan untuk bagi nampak aku ni suami tak guna? Kau jalinkan hubungan dengan jantan tua tu dah lama, Nasha. Waktu kau tak kahwin dengan aku lagi. Dan badan kau ni, dah digauli banyak kali oleh jantan bernafsu kuda tu. Aku jijik nak sentuh kau." - Hud Gufran Asha Adifa pula menjadi pengganti tempat Nasha kerana ingin membalas budi. Namun kesakitan yang dia rasa sangat tinggi. Bila tahu kakak sendiri sanggup buat kerja terkutuk dan membuang dia selepas kantoi. Jiwanya kian layu. Terasa dia hanya beban orang. "Aku nak keluar dari sini. Sekarang abang ipar tak guna kau tu dah ceraikan aku. Jadi pandai-pandailah kau hidup dengan dia. Aku malas nak ambil tahu pasal kau. Nanti tak pasal-pasal hidup aku bertambah sial." - Nasha. Kakaknya bertindak membuang dia bagaikan orang yang paling hina. Tapi nasibnya baik kerana Hud sanggup menjaga dia dan mengahwininya. Namun, satu persatu ujian melanda. Dibenci bapa mertua, hampir dicederakan oleh seseorang yang dia tak kenali dan akhirnya baru dia tahu penyebab sebenar kematian kedua ibu bapanya dan kebenaran atas setiap perbuatan jijik kakaknya. Yang paling menyakitkan bila tahu orang yang terdekat dalam hidup Hud merupakan dalang disebalik kesakitan yang Asha rasa. Siapa orang itu? Dan bolehkah Hud mengecapi bahagia bersama orang yang dia cinta? Semuanya terbongkar dalam naskhah PELUANG CINTA PERTAMA HUD GUFRAN. EBOOK TERBITAN NOVEMBER 2025 START : 2023 END : 2025 Hak milik Fizzah Shah🖤
KHIANAT CINTA ADLINA by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 66,322
  • WpVote
    Votes 2,078
  • WpPart
    Parts 16
Hati isteri mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai ditangkap khalwat dengan seorang doktor. 3 tahun dia bertahan dalam hubungan yang seakan tiada makna dan suram tanpa kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih mereka. Adlina Shahmina reda andai tiba masanya mereka berpisah kerana dia tidak tahan lagi hidup dalam berpura-pura bahagia sedangkan dia menderita. Dia rela melepaskan suami yang dicintainya mengahwini Sara Qalisha, untuk menutup aib mereka. Lagi sakit apabila kakak kepada Sara Qalisha sendiri seakan menyokong tindakan adiknya yang ingin merampas dan meruntuhkan masjid yang sudah terbina. Disaat dia tak mampu bertahan lagi, perpisahan menjadi jalan terakhir. Diluar seteguh tembok tapi didalam serapuh biji besi dilebur. Mampukah Adlina mengecapi bahagia seperti dulu lagi? Ranking 6 - #bahagia (1 Okt 21) Ranking 1 - #derita (15 Okt 21) Ranking 14 - #curang (15 Okt 21) Start : 12 September 2021 End : ....
MIZYAN : SALAH PILIH ISTERI by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 508
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 15
Disangkakan perkahwinan Syed Mizyan akan sentiasa menyinar, tapi rupanya suram pada tahun keenam. Perangai si isteri yang tidak menghormati dia sebagai suami dan keluarga mentua yang tak pernah terima dia membuatkan dia makin rebah. Dalam hati masih ada rasa sayang tapi semuanya dipijak sehingga hancur lebur oleh si isteri. Nonie, wanita itu tak pernah berpihak kepadanya. Wanita itu juga tak mampu nak luluhkan hati emaknya untuk terima Mizyan. "I pelik dengan perangai adik-beradik you tu. Mulut kemain celupar mengata I. Tapi bila perlukan duit je, mula suruh you mengemis duit I. Kenapa dia tak datang hadap I sendiri? Malu sebab tak rapat dengan I, tapi sara diri guna duit abang ipar yang dia benci?" - Mizyan Dek terlalu sakit hati dipergunakan sekian lama, dia memutuskan untuk berpisah. Berpisah bukan kerana tak cinta, tapi dia juga ada hak dan keluarga yang perlu dipertahankan. Dia memilih untuk menjaga hati diri sendiri tapi keluarga belah sana masih tak serik mengacau dia. "Nonie Nadirah binti Nazeem, I ceraikan you dengan talak tiga." - Syed Mizyan "You akan menyesal, Mizyan." - Nonie Nadirah "No, aku takkan pernah menyesal ceraikan perempuan macam kau. Kau balik ke sana, ceritakan pada semua family kau yang aku dah buang kau. Mesti diorang happy sebab akhirnya aku lepaskan kau ke pangkuan diorang juga. Go and raikan hari kebebasan kau sekarang." - Syed Mizyan Dan akhirnya pembebasan Nonie disambut gembira oleh emak Nonie sendiri. "Terima kasih sebab lepaskan anak aku. Aku sujud syukur sangat, sebab akhirnya anak aku terlepas daripada lelaki tak guna macam kau!" - Puan Gayah Akhirnya, perkara yang dia tak pernah jangka akan terjadi telah pun terjadi. Tak sia-sia tekad yang dia buat untuk meleraikan ikatan mereka kerana dia juga LAYAK BAHAGIA. Start : 2025 End : 2026
KARYA FIZZAH SHAH by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 224
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 8
Semua karya ebook ini dibawah terbitan Fizzah Shah Anda tidak dibenarkan mencuri plot cerita, idea dan hasil karya Fizzah Shah. Genre : ActionRomance, Romance
LARA DENDAM DR EGO by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 640
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 13
Nur Nawal Alara, gadis yatim piatu yang bekerja sebagai babysitter kepada bayi yang berusia tiga bulan. Dia menjaga bayi kecil itu macam anaknya sendiri hingga sanggup jadi ibu susuan kepada anak jagaannya atas desakan bapa kepada bayi itu. Dr Raqeeb Ahnaf, seorang doktor beku yang hanya bercakap bila perlu. Gilakan kerja sampai tak ada masa untuk anaknya. Atas desakan si mama yang nak anaknya cukup kasih sayang daripada seorang wanita bergelar ibu, dia bersetuju untuk mengahwini Nawal. Satu kejadian hitam meragut nyawa anaknya dirumah dan ketika itu anaknya berada dibawah jagaan Nawal. Selepas kematian anaknya, dia berubah menjadi seorsng yang baran dan perengus. Kerjanya nak marahkan Nawal dan selalu salahkan Nawal atas kematian anaknya. "Benda tu takkan berlaku kalau kau tak tinggalkan Rezqi dalam bilik tu seorang diri, Nawal. Kau cuai! Kau bunuh anak aku!" - Raqeeb Ahnaf Kemarahan itu ternyata perlahan-lahan membentuk satu dendam dan hanya anak ganti yang menjadi pengganti untuk dia maafkan Nawal. "Anak aku dah tak ada, Nawal. Buat apa aku ceraikan kau kalau aku boleh tumpangkan rahim kau untuk lahirkan anak aku yang baru." - Raqeeb Ahnaf Dalam keadaan Nawal masih larut dengan kesedihan, dia paksa Nawal melayan nafsunya. Semua itu dia buat kerana dia tak nak lepaskan Nawal. "Ya, saya nak awak ceraikan saya. Saya dah tak tahan diperlakukan macam hamba macam ni lagi!" - Nawal Alara Akhirnya Nawal minta untuk dilepaskan kerana sudah tak tahan diperlakukan seperti tahanan yang bersalah sedangkan dia juga mangsa keadaan. Tapi tanpa lelaki itu sedar, ada dalang yang menjadi suspek utama disebalik kejadian yang menimpa mereka. Dan semestinya dalang itu adalah orang terdekat mereka. Nak tahu lebih lanjut? Semuanya ada dalam LARA DENDAM DR BEKU. START : 5 NOVEMBER 2025 END : 17 NOVEMBER 2025