roma-eus
- Reads 14,469
- Votes 281
- Parts 17
Di sebalik kesopanan dan kesusilaan masyarakat setempat serta pagar-pagar rumah banglo yang tersergam indah, terdapat empat orang isteri yang sedang menjalani kehidupan penuh rahsia terlarang. Mereka berempat adalah wanita yang memiliki segala-galanya di mata dunia. Namun mereka masing-masing mempunyai rasa gersang di ceruk jiwa yang paling dalam.
Zulaikha boleh dikatakan bagai seorang permaisuri yang tinggal di istana emas. Dia memiliki bentuk tubuh hourglass yang sememangnya menjadi pujaan ramai lelaki di luar sana. Walaupun begitu, suaminya sendiri lebih mencintai kuasa politik berbanding kehangatan dan keseksian tubuhnya. Apabila Zulaikha bertemu Adrian, dia memilih untuk membakar segala protokol demi sentuhan hangat dari lelaki tersebut.
Mariam pula merupakan seorang guru yang sentiasa berpenampilan rapi dan menjaga imej sucinya. Di sebalik baju kurung Mariam yang longgar, tersembunyi sebuah raga yang mendambakan kehangatan. Perkahwinan Mariam yang dingin tanpa sebarang sentuhan batin membawa dirinya ke pelukan seorang lelaki yang menawarkan sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Dahlia pula wanita munggil yang dianggap sebagai barang perhiasan di dalam rumah tangga sahaja. Dahlia merasakan dirinya jadi semakin layu di tangan suaminya yang kasar. Walaupun begitu, Dahlia cuba mencari sisa-sisa harga dirinya melalui pemujaan lelaki asing yang melihat setiap inci tubuhnya sebagai sebuah karya seni dan bukan sekadar alat pemuas nafsu semata-mata.
Sofea pula wanita bertubuh petite. Situasi Sofea yang terperangkap di dalam sebuah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga sendiri terasa cukup membosankan. Ucapan setia yang diungkapkan di hari perkahwinan itu cuma dusta sebelum Sofea menemukan api di dalam sebuah hubungan sulit yang menjanjikan kemuncak adrenalin bagi setiap pertemuan rahsia.
Gema Kamar Larangan menceritakan perjalanan mereka berempat yang terperangkap di dalam rantai kesetiaan yang palsu dan juga godaan nafsu.