MiaIla826's Reading List
40 stories
HIS MUTE WIFE : DARA SOFEA by Thefiamoon
Thefiamoon
  • WpView
    Reads 862
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 4
HIS MUTE WIFE: DARA SOFEA Disebabkan perjodohan oleh keluarga Hairul, dia dan Dara berkahwin tanpa secebis perasaan cinta antara satu sama lain. Namun Dara cuba menjadi isteri yang baik kepada Hairul walaupun dia hanya... "Perempuan bisu! Aku kahwin dengan kau ni sebab family aku je. Kalau boleh dah lama aku ni pijak-pijak je otak kau yang bengap ni! Perempuan cacat!" Dara hanya mampu bersabar dan melayan Hairul dengan lembut walaupun penampar yang dia dapat. "Ingat! Jangan nak malukan aku dekat majlis ni. Faham?!" Dara mengangguk faham. Walaupun Hairul membenci akan dirinya tapi dia tidak pernah membalas perasaan benci itu kembali. Malah dia mula berasa sayang dan jatuh cinta kepada Hairul walaupun dia tahu cinta dia tidak akan terbalas. Hairul mula bersembang dengan beberapa orang di majlis tersebut. Dara pula hanya duduk di hujung dewan sambil memerhatikan Hairul. Dia ternampak ada lelaki yang ingin mengambil inhaler asthma dari poket seluar Hairul. Dia mahu menghalang tapi tidak tahu bagaimana. Dia bisu. "Wlaa...auu...aler...." Ramai tetamu mula ketawa akan dirinya yang berbunyi seperti orang bodoh. Hairul menarik lengan Dara keluar daripada dewan dan menolak badan Dara di atas jalan tar yang kosong dan sunyi. "Aku dah katakan jangan malukan aku! Yang kau pergi buat bunyi bodoh dah kenapa?! Dah tahu diri tu bisu,tak payah nak cuba-cuba bercakap! BODOH!" Dara menangis tersedu sedan. Dia cuma nak selamatkan Hairul je sebab mummy ada bagitahu yang Hairul selalu terkena asthma,jadi dia selalu membawa inhaler bersamanya. "Kau balik rumah jalan kaki! Anggap ini hukuman kau sebab malukan aku tadi! Nasib baik dia orang tak tahu yang kau ni isteri aku. Kalau tak memang aku bunuh kau dekat sini! Faham?!" Lalu apakah pengakhiran kisah mereka? Kematian atau sebaliknya? START: 29 JUN 2025 END: DILARANG PLAGIAT ❗❗❗
Kasturi Luz Ghafi  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,469
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 5
Siti Kasturi cantik. Sangat cantik sehingga adik tirinya sendiri menjadi pembenci. Dengki yang berdarah daging dalam diri sang adik tiri membawa episod hitam dalam hidup Kasturi. Hidup Kasturi hancur. Maruahnya direnggut. Wajahnya cacat. Kasturi kira nasib buruknya hanya sampai disitu. Rupa-rupanya itu hanya awal dari kisah hidupnya yang malang. Bertahun-tahun dia menderita. Bukan salahnya. Mereka yang jahat, termasuklah suaminya sendiri yang hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan lelaki itu. Suami yang tidak mencintainya.. Suami yang hadirnya hanya tahu menabur benih luka dihati Kasturi..
Anna Julia, Perempuanku by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 5,393
  • WpVote
    Votes 176
  • WpPart
    Parts 6
Julia pernah menjadi seorang perempuan kotor. Dulu, hidupnya musnah ditangan seorang lelaki demi segenggam wang ringgit untuk menyara keluarganya dikampung. Yang Julia tidak tahu episod hidupnya masih panjang. Ada liku-liku penuh kesakitan dan titisan airmata yang menemaninya. Dia dipertemukan semula dengan insan yang sudah memainkan peranan penting dalam memusnahkan hidupnya. Fakhril.. Lelaki itu tidak pernah putus memburu Julia.Tidak puas memusnahkan hidup Julia sebelum ini, hadirnya yang tidak diundang itu juga sekadar untuk meremehkan harga diri Julia. Nyatanya Anna Julia bukanlah insan istimewa yang dipandang tinggi. Dia hanyalah semut yang boleh dipijak sesuka hati.. AMARAN! Kekerasan, bahasa kasar dan keganasan terdapat didalam cerita ini! Tidak boleh ditiru! Sekadar bacaan saja! SPINOFF DERITA AZAHRA dan ELENA
Takdir Dinara by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 12,080
  • WpVote
    Votes 347
  • WpPart
    Parts 9
Perempuan yang bernama Dinara Ausha dulu seorang yang angkuh dan selalu mendongak ke langit ketika berhadapan dengan orang-orang yang berada dibawah kastanya. Hidupnya yang mewah dan kaya-raya sekelip mata menjadi miskin. Kini, Dinara adalah seorang gadis dengan penampilan yang terlalu biasa. Tiada barang berjenama yang dia gayakan, semuanya hilang. Ketika satu pertemuan tak sengaja terjadi, Dinara terpaksa mengingat sesosok lelaki bernama Syed Bakhtiar Jaiden Syed Bakri. Seorang lelaki nerd yang yang sekarang sudah berubah menjadi lelaki tampan. Spin off Anggun Sieg -Sesiapa yang pernah baca Anggun Sieg mungkin kenal watak Rara dan Bakhtiar. Ini kisah mereka.-
Elena  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 26,494
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 5
Kesalahan masa lalu menjadikan Elena dibenci suami sendiri. Hidup dalam kebencian rupanya tak semudah membolak-balik telapak tangan. Dia perlu kesabaran dan kekuatan. Hinaan, cacian, bentakkan, kekasaran bahkan pukulan bertubi-tubi dia dapatkan dari insan yang bergelar suami.vWalaupun begitu, Elena masih mahu bertahan. Namun, selama mana tahan itu mampu dia pikul jika yang dibenci suaminya bukan hanya dia, melainkan anak-anak mereka juga. Spin off DERITA AZAHRA.
Poor Wife.. Hilman Adrian by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,280
  • WpVote
    Votes 399
  • WpPart
    Parts 10
Didesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar-gambar anak dari kenalan Maminya nekad memberi kejutan lamaran pada Nurine Afiya. Namun, buat kesekian kali lamaran itu tidak juga menjadi. Kejutan yang dia siapkan tak sempat menjadi kejutan. Sehinggalah dihari yang sama, dia bertemu dengan seorang perempuan yang pernah menjadi pesakitnya dua tahun lalu. Perempuan yang bernama Aleeya Tarmizi. Seorang perempuan yang mempunyai masa lalu gelap. Baru saja bebas dari pusat pemulihan kerana ketagihan dadah. Pertemuan tanpa sengaja itu membawa cerita yang panjang diantara mereka. Sehingga nekadnya yang mahu menikahi Nurine Afiya beralih kepada Aleeya Tarmizi. Tetapi dia juga tak mampu menipu hati sendiri bila yang dicintainya bukan sang isteri namun kekasih yang sudah dia sakiti hatinya, Nurine Afiya. Lantas, dengan siapa akhirnya dia memilih bersama? Aleeya atau Nurine? Spinoff Takdir Dinara
Khilaf Ashraff Rafael by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 9,933
  • WpVote
    Votes 310
  • WpPart
    Parts 6
Menyesalnya seorang lelaki.. Kembalinya seorang isteri membuka lembaran baru dalam hidup seorang suami yang dihuni dosa silam. Bagi Ashraff Rafael, lelaki yang diuji dengan sesal menggila akibat kehilangan isteri membuat dia takut kehilangan si isteri sekali lagi. Tahun demi tahun saat isterinya sudi memberi sebuah kemaafan, dia kira bahagia yang dinanti sudah cukup sempurna. Namun segala kebahagiaan itu memang bukan utuh miliknya lagi. Masih ada simpang-siur kehidupan yang perlu dia hadap demi bersama isteri terkasih, iaitu ketakutan yang sering menyelinap tanpa henti. Takut kehilangan. Takut ditinggalkan. Takut menghadapi derita tanpa isteri disisi. Kerana seorang suami bernama Ashraff Rafael hanya ingin bersama seorang isteri bernama Mawar Baiduri. Bidadari syurga yang dia sebut disetiap doanya.
Teratai, hati yang kau hancurkan.. by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 2,732
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 4
Nur teratai.. "Atai janji Atai akan selalu ada disamping abang. Disaat susah dan senang, Atai takkan belakangkan cinta kita.." Amirul Awan "Abang tahu abang tak mampu berikan Atai kemewahan. Tapi satu je abang nak Atai tahu.. Abang tulus cintakan Atai. Tulus dari hati abang yang paling dalam.." Mahligai yang dibina tak mampu bertahan lama. Teratai lupa dengan janjinya. Janji mahu berada disamping Amirul Awan dan janji untuk tidak belakangkan cintanya pada lelaki itu. Selama sepuluh tahun Teratai hilang dari jarak pandangan mata Amirul Awan. Selama sepuluh tahun itu juga Amirul Awan cuba mengubah takdir hidupnya menjadi lebih baik. Pertemuan semula diantara mereka selama sepuluh tahun terpisah membuka cerita baru yang disulami amarah dan air mata. Teratai datang membawa janji yang sama. Mahu kembali kepada Amirul Awan, lelaki pertama yang mengetuk pintu hatinya. Sedangkan Amirul Awan yang masih terhina kerana ditinggalkan oleh wanita yang begitu dicintainya lebih memilih membenci dari mencintai lagi. Apatah lagi bila dia tahu Teratai datang membawa seorang insan bernama 'anak' yang tidak tahu asal usulnya dari mana. Adakah kemaafan untuk Teratai yang pergi meninggalkan lelaki yang tulus mencintainya? Atau cinta yang Teratai mahu mulakan itu terpaksa berakhir dan dia harus mengusung benci akibat kepergiaannya dulu?
Rumisa, isteri sepupu sendiri by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 4,907
  • WpVote
    Votes 91
  • WpPart
    Parts 3
Demi menutup aib, Redza sanggup menikahi sepupunya sendiri yang bernama Rumisa. Malangnya, sejak dari zaman sekolah lagi mereka tidak pernah rapat. Hubungan suami isteri mereka sekadar diatas kertas. Tambah lagi Redza sudah lama mencintai gadis bernama Raisha. Seorang gadis yang menjadi kekasihnya sejak dari zaman mereka sekolah lagi. Sayang pula hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga Raisha yang kaya-raya kerana mereka tidak setaraf. Sejauh mana hubungan Redza dan Raisha akan bertahan atas nama cinta? Dan sejauh mana hubungan Redza dan Rumisa akan berjalan atas nama dipaksa untuk bersama? Rumisa, isteri sepupu sendiri..
Demi Bahagia Mu by roseanglee
roseanglee
  • WpView
    Reads 1,023,044
  • WpVote
    Votes 32,153
  • WpPart
    Parts 73
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau ingat kau dah sah jadi isteri aku,kau boleh suka-suka sentuh harta benda aku ke!!!" _Alya Qaisara "Maaf awak saya tak sengaja terlelap atas katil awak" _Zyan Rafael "Kau dengar sini perempuan.Kau tu hanya isteri atas kertas aku jee!jadi kau tak payah berangan nak belot harta aku.Satu sen pun aku takkan bagi!dan lagi satu,stop panggil aku awak!Kau tu tetap orang luar bagi aku.Panggil aku TUAN! FAHAM!!!" _Alya Qaisara "Faham Tuan" _Zyan Rafael "Huh!Dasar Miskin! Hodoh! Bodoh! Lembab pula tu! aku jijiklah tengok muka kau lama-lama! aku muak tahu tak! dah berambus sana!!!" _Alya Qaisara "Baik Tuan" "Ya Allah,jika ini takdir yang engkau tetapkan untuk ku,aku rela menerimanya._Alya Qaisara Sampai bilakah Alya Qaisara akan bertahan hidup dengan orang yang membencinya malah menghina serta mencacinya setiap hari.Suami sendiri menanam perasaan benci terhadapnya.Hidup sebatang kara bukanlah hal yang mudah untuk terus bertahan di dunia yang penuh dengan kejutan ini.Berharap sang suami akan melindunginya,tetapi semua itu hanya mimpi. Dan sampai bilakah Zyan Rafael membenci isterinya yang sangat sempurna itu.Adakah dia akan membuka ruang hatinya buat sang isteri,atau sebaliknya? Mahu tahu lebih lanjut sila tunggu hingga cerita ini melabuhkan tirainya. WARNING❗ _Plagiat di larang sama sekali _Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati _100%datang dari otak saya sendiri,jika ada persamaan dengan cerita lain itu hanyalah kebetulan _Typo maybe ada di setiap bab