nsyahidazul's Reading List
10 storie
THB [Treat Her Better] di MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    LETTURE 606,541
  • WpVote
    Voti 16,756
  • WpPart
    Parti 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
Gadis Idaman Hati © di hellafro
hellafro
  • WpView
    LETTURE 311,417
  • WpVote
    Voti 14,093
  • WpPart
    Parti 74
[FIRST ROMANCE BY HELLAFRO] Di usia 22 tahun, ADREANNE HUMAIRA dipaksa bertunang atas alasan pinangan sudah diterima keluarga. Dia gadis yang kasar. Kadang-kala mulut dia tak ubah seperti bazooka menembak musuh; pedas dan tajam. Ada masa pula, nakal dia tak boleh ditebak. "Kalau dalam dunia ni tinggal awak dengan jebon je, saya lagi rela pilih jebon jadi suami saya dari awak." - ADREANNE HUMAIRA Lain pula bagi EDIRUL FAHMI, pertunangan yang dijalankan adalah atas kerelaan dia sendiri untuk memiliki gadis yang menjadi idaman hati. Bertahun dia mencari si idaman hati, akhirnya takdir menemukan mereka. Ada kisah yang perlu mereka tamatkan. Ada kisah yang masih tergantung epilognya. "Humaira adalah cinta saya yang datang tanpa amaran. Humaira dah pegang hati saya sebelum saya dapat menidakkan lagi." - EDIRUL FAHMI Di sebalik mahligai cinta yang dibina, tersimpan satu rahsia besar. Apabila rahsia tersebut disingkap, mampukah ADREANNE HUMAIRA menerima takdir yang telah ditetapkan untuknya? Dan selama mana hanya ADREANNE HUMAIRA yang menjadi gadis idaman hati EDIRUL FAHMI? "Thank you for leaving me alone and letting me wonder where was my mistake." -ˋˏ✄┈┈┈ ©️ All copyright reserved @hellafro • Terbitan Pertama : 16/11/2018 • Terbitan REVAMP : 21/1/2024 • Tamat : 15/4/2024 • 60% plot REVAMP adalah plot baru. #1 in romance (27/4/2024) #1 in komedi (27/6/2024)
SAAT CINTA TERCIPTA (C) di Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    LETTURE 1,386,304
  • WpVote
    Voti 34,769
  • WpPart
    Parti 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
AFTER LOVE di Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    LETTURE 843,742
  • WpVote
    Voti 66,480
  • WpPart
    Parti 29
Dia bunuh suaminya sendiri saat bulan madu mereka. Tetapi bertemu dengan lelaki itu kembali selepas tiga tahun. . . . Dia korbankan semuanya untuk mengahwini wanita itu dan akhirnya hampir mati di tangan wanita itu juga. Setelah tiga tahun, dia culik anaknya sendiri untuk membuat hidup wanita itu menderita. "Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah dengan sekeping hati ditikam mati." "Terima kasih dah khianati suami kau sendiri.."
HUMAIRA di thewhitewonder
thewhitewonder
  • WpView
    LETTURE 708,969
  • WpVote
    Voti 22,225
  • WpPart
    Parti 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk menyatukan mereka? "Kenapa dalam ramai-ramai student perempuan kat sini gila nak kat kau, tapi benda ni jadi kat aku?" -Aysha Humaira "Sebab awak tak pernah kenal saya lah saya lagi nak kenal dengan awak." -Adam Harris "Kau ni memang dasar perempuan tak tahu malu kan. Perempuan murahan!!" -Zaileen 💛 Status: Completed 💛 Tulis untuk suka suka je. Tak sesuai untuk orang yang teliti bab tatabahasa dan tanda baca.
Love, Denied di delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    LETTURE 27,323
  • WpVote
    Voti 3,190
  • WpPart
    Parti 11
BLACK ANGEL SERIES III Raja Luqman dibesarkan dengan satu prinsip: jaga keluarga, walau apa pun harganya. Apabila maruah adiknya diragut dan kebenaran dibiarkan mati, dendam menjadi satu-satunya bahasa yang dia faham. Haniza Lifura pula terperangkap dalam kesilapan yang tidak sepenuhnya dia inginkan, namun tetap perlu dibayar mahal. Perkahwinan mereka bukan tentang cinta. Ia perjanjian. Ia hukuman. Apa yang bermula sebagai usaha menyelamatkan nama dan membalas luka silam, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih berbahaya-perasaan yang disangkal, emosi yang dipendam, dan kesetiaan yang diuji. Kerana dalam permainan dendam, yang paling mudah hancur bukan musuh, tetapi hati yang terlalu lama dinafikan. Genre: Dark Romance · Melodrama · Tragedy Romance Trope: Revenge Marriage · Marriage of Convenience · Morally Grey Hero · Love Realised Too Late Start : 21st June 2020 End : -
SEIF di Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    LETTURE 466,420
  • WpVote
    Voti 43,701
  • WpPart
    Parti 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
ALTAF'S SAVIOUR di starryglossie
starryglossie
  • WpView
    LETTURE 2,480,420
  • WpVote
    Voti 126,767
  • WpPart
    Parti 78
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
𝖫𝗈𝗏𝖾'𝗌 𝖱𝖾𝗀𝗋𝖾𝗍 | C di thisivyne
thisivyne
  • WpView
    LETTURE 438,377
  • WpVote
    Voti 12,644
  • WpPart
    Parti 54
(2𝗇𝖽 𝖲𝖾𝗋𝗂𝖾𝗌 𝗈𝖿 𝖫𝗈𝗏𝖾'𝗌) Ayra Alyssa mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia bersama Noah Iskandar. Dia percaya Noah mampu menjadi pelindung terbaik seperti walid dan dua abangnya yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Bagi Noah, ada sebab kenapa dia berkahwin dengan Ayra. Perkahwinan yang dicipta Noah bersulam dengan janji-janji manis kepada Ayra adalah pura-pura dan bukan atas dasar cinta. Ketika memasuki bulan ketiga sebagai suami isteri, terbongkar kisah gelap yang membuatkan Ayra hampir putus asa dengan perkahwinan mereka. Kerana cinta, Ayra butakan mata dan menelan apa sahaja perkataan yang dilontarkan Noah kepadanya. Selepas setahun Ayra meninggalkan Noah tanpa jejak, dia kini muncul semula atas satu sebab. Dia ingin membebaskan dirinya dari kehidupan Noah untuk selama-lamanya. Cinta tidak layak diperjuangkan jika hanya satu pihak yang memperjuangkannya. Banyak kesalahan tatabahasa dan typo❗️ Konflik ringan❗️ Hero 🚩 ❗️ Dalam proses penyuntingan ❗️ Status: Completed ✔️
Her Protector  | ᥴ di oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    LETTURE 4,595,251
  • WpVote
    Voti 54,175
  • WpPart
    Parti 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.