ALL 1
162 stories
TUAN ZYAN:I'm Not As Beautiful As What You Sketch [COMING SOON] by ZyanAhmadd
ZyanAhmadd
  • WpView
    Reads 896
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 2
MUHAMMAD ZYAN MALIK HAIDAR - Seorang jejaka berketurunan Turki,dan seorang mafia yang tidak pernah tunduk dan tidak pernah memberi peluang kepada sesiapa pun yang berani menyentuh hak miliknya..Sekejam mana pun dirinya di mata dunia, dia tidak pernah berkasar terhadap isterinya, keluarganya, mahupun kedua orang tuanya..Dia disegani, digeruni, dihormati, dan ditakuti oleh semua. Namun, demi insan yang paling disayanginya 'MARLENE' dia sanggup memberi nyawanya demi melindungi isterinya dan rela mati untuknya... MARLENE DARISSA - seorang wanita berbangsa Iban, Dia pernah berkahwin dengan lelaki seagama, namun perkahwinan itu menjadi neraka apabila dirinya diperlakukan seperti hamba, bukan isteri..Luka yang ditinggalkan bukan sekadar di tubuh, tetapi di jiwa..Selepas perceraian,hatinya tergerak untuk memeluk Islam..Keputusan itu mengubah hidupnya seratus peratus cara dia berfikir dan cara dia mencintai dirinya sendiri..Beberapa tahun kemudian,dia bangkit sebagai seorang doktor bedah di Kartal International Private Hospital, sebuah hospital swasta milik Zyan..Di situlah takdir kembali mempertemukan mereka..Lelaki yang pernah membantunya dua tahun lalu, muncul semula dalam hidupnya kali ini bukan sebagai penyelamat sementara, tetapi sebagai takdir yang menetap dan akhirnya, lelaki itu menikahinya.. "Assalamualaikum..." - Zyan "W-Wa'alaikumussalam... tuan." - Marlene "Marl"- Zyan "Marlene Darissa." - Marlene Zyan tersenyum nipis. "Evli misin?" - Zyan (Sudah berkahwin?) "Bahasa apa tu, tuan? Bahasa alien ke?" - Marlene Zyan menyondongkan badannya ke arah Marlene yang lebih rendah daripadanya, suaranya direndahkan. "I said... awak dah kahwin?" - Zyan "Belum." - Marlene "Ada boyfriend?" - Zyan "Tak ada." - Marlene Zyan mengangkat keningnya, jelas berpuas hati. "Tamam, küçük hanım... mutluyum." - Zyan (Baiklah, gadis kecil... saya gembira.) Marlene sekali lagi terpinga-pinga, tidak memahami maksud lelaki itu. "T-tu...?" - Marlene "Saya happy." - Zyan
Most Wanted Mom (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 101,597
  • WpVote
    Votes 4,572
  • WpPart
    Parts 70
1st book | Guns n' Roses | Annaliese Jasmina | Ann ialah seorang wanita yang baru diberhentikan kerja selepas dituduh menyeleweng saham syarikat dan mempunyai skandal besar dengan seorang ahli perniagaan misteri. Dibesarkan di rumah anak yatim dan terbiasa memikul tanggungjawab sejak kecil, hidupnya kini terumbang-ambing. Gosip yang tersebar luas menjadikan namanya tercemar, dan tiada satu pun syarikat sanggup menerimanya semula. Dalam keadaan terdesak, Ann menemukan satu tawaran pekerjaan yang pelik iaitu jawatan sebagai seorang 'ibu' diperlukan dengan segera. Tanpa banyak soal, dia menerima tawaran itu selepas bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Haal, yang dianggapnya sebagai penyelamat. Tanpa membaca terma secara mendalam, Ann menandatangani kontrak yang kelihatan mudah, tapi mengikat. Namun, setibanya di rumah agam milik Haal, Ann segera sedar bahawa peranannya tidak seperti yang dibayangkan. "Terima kasih encik Haal sebab beri peluang untuk saya menjadi 'ibu' kepada anak-anak encik Haal," ANNALIESE JASMINA "Bila masa saya kata saya ada anak?" - HAAL "Habis tu saya kena jadi 'ibu' untuk siapa kalau bukan anak encik Haal?" - ANNALIESE JASMINA "Oh about that. Kenalkan adik-adik saya. Kami semua ada mommy issues. Jadi, awak akan jadi 'ibu' untuk kami semua. Welcome Ann," - HAAL "Huh...?" - ANNALIESE JASMINA "Hi our new mommy!" - ACE "Hi Ann," - ZEN "...." - KEN Dia tidak tahu bahawa langkahnya ke rumah itu akan membawanya ke dalam sebuah kisah yang bakal menguji batas kewarasan dan naluri keibuannya. Mampukah Ann bertahan menjadi 'ibu' yang tidak pernah dimintanya?Atau adakah dia sedang terperangkap dalam sesuatu yang jauh lebih gelap?
His Love : Ayaaz Mateen || C by lyshe_
lyshe_
  • WpView
    Reads 270,622
  • WpVote
    Votes 8,151
  • WpPart
    Parts 65
[ Sekuel series ] Book 1 || "​𝐘​𝐨​𝐮​ ​𝐧​𝐞​𝐞​𝐝​ ​𝐬​𝐨​𝐦​𝐞​𝐨​𝐧​𝐞​ ​𝐢​𝐧​ ​𝐲​𝐨​𝐮​𝐫​ ​𝐥​𝐢​𝐟​𝐞​ ​𝐚​𝐧​𝐝​ ​𝐢​𝐭​'​𝐬​ ​𝐦​𝐞​ ​𝐛​𝐚​𝐛​𝐲​"​ "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta Hayla. Maafkan abang, Hayla. Abang hanya anggap Hayla sebagai adik abang..." -Ayaaz Mateen Dia tahu perasaan itu bukan kehendak dia tapi kenapa jejaka itu tidak boleh menerima perasaan dia ? Adakah kerana dia tidak sesempurna wanita lain ? Atau lelaki itu bukan tercipta untuk dirinya atau untuk orang lain ? Mengapa dirinya selalu memikirkan jejaka tersebut. Jejaka yang sudah berjaya memikat hatinya. Kini dia benar-benar jatuh cinta jadi dia akan mengejar cinta nya sampai dia dapat. Dia tidak akan berputus asa dan akan membuatkan jejaka itu cintakan dia. Tapi tanpa dia sedar. Jejaka itu juga sudah jatuh cinta padanya cuma jejaka itu trauma dengan sesuatu hubungan... "Kenapa masa Hayla confess dulu abang tak terima pun. Tetapi sekarang abang pula yang confess kat Hayla..." -Hayla Trisnie "Sebab abang tak suka perempuan confess dulu. Abang lebih suka lelaki yang confess dulu. Jadi sebab tu abang reject but now...i really love you baby" -Ayaaz Mateen Adakah mereka akan bersama hingga ke akhir hayat mereka ? -TOP 1 IN WATTPADSTORY -TOP 1 IN LOVE -TOP 1 IN LOVING -TOP 1 IN CUTE -TOP 1 IN SAD
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 69,368
  • WpVote
    Votes 3,088
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Sofea Xenia by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 492,140
  • WpVote
    Votes 13,248
  • WpPart
    Parts 58
Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendengar hinaan orang sekeliling. Wanita murah? isteri malang? perempuan tak ada harga diri? Gelaran itu sudah berkali-kali didengarnya sampai dia jadi lali. Demi si kecil yang semakin meningkat dewasa, dia sanggup berpenat lelah asalkan si kecil tidak menerima nasib yang sama sepertinya. Sangkanya dia sudah bahagia dengan si kecil, rupanya suami tak dipintanya muncul kembali menginginkan dia untuk hidup bersama. Sofea menolak. Setelah pahit yang dia tempuh beberapa tahun ini, mudahnya lelaki tak guna itu inginkan dia semula. Tidak! Tidak akan! Sofea tidak akan semudah itu menerima Caden Elhasiq dalam hidupnya semula. Post : 25 Jan 2025 Completed : 02 Mac 2025
Kieran's Obsession : The Tan Sri's Little Lady [C] by SAZBAM
SAZBAM
  • WpView
    Reads 14,918
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 36
​Bagi dunia, Tan Sri Kieran Fransco adalah definisi kesempurnaan. Muda, kacak, dan memegang empayar Kieran's Holdings pada usia 23 tahun. Namun, di sebalik darah Greece dan wajah kaku itu, tersimpan jiwa yang gelap dan sunyi sejak kehilangan ibunya di usia kecil. Dia tidak tahu cara mencintai, dia hanya tahu cara memiliki. ​Thia Zulaikha hanyalah seorang gadis yang mahu mencari rezeki sebagai PA. Dia menyangka Kieran adalah pelindungnya, namun satu malam yang hitam meragut segala maruah dan kepercayaannya kepada lelaki itu. Kieran bukan sekadar mahukan khidmatnya, Kieran mahukan seluruh jiwa dan raganya. ​"You are mine, Thia. Even if I have to break your wings so you won't fly away from me." - Kieran Fransco ​Hancur dikerjakan oleh sang majikan, Thia memilih untuk melarikan diri. Dia pulang ke kampung halaman, berharap luka itu akan sembuh dan bayang Kieran Fransco akan hilang bersama debu kota. Namun, dia lupa satu perkara;Kieran tidak pernah melepaskan apa yang sudah menjadi miliknya. ​Apabila jejaknya ditemui, Thia sedar pelariannya sia-sia. Kieran datang bukan untuk memohon maaf, tetapi untuk menuntut haknya kembali. ​Antara dendam, trauma, dan obsesi yang tidak berpenghujung, mampukah Thia mencari sinar di sebalik kegelapan seorang Kieran Fransco? Atau adakah dia akan selamanya menjadi 'Little Lady' yang terperangkap dalam sangkar emas Tan Sri muda itu?
My Grumpy Jealous Husband by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 398,064
  • WpVote
    Votes 6,204
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
My Husband Rayyan Adyan  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 386,360
  • WpVote
    Votes 4,709
  • WpPart
    Parts 20
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Harith Zayn: The Adorable Husband [Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 110,948
  • WpVote
    Votes 4,696
  • WpPart
    Parts 70
Scnd story: HARITH ZAYN | ZENYA AURORA
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,520,180
  • WpVote
    Votes 46,957
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."