IrfanIrdina3's Reading List
181 stories
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 290,145
  • WpVote
    Votes 15,668
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
CHANTEQ AESHLYN: BOUND BEYOND YOU (OG) by mrs_nsa
mrs_nsa
  • WpView
    Reads 1,584
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 35
Pertemuan mereka bermula dengan cabaran tetapi berakhir dengan perasaan yang tak mampu diungkapkan. Engku Chanteq Aeshlyn Khan seorang wanita berdikari dan penuh prinsip tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah saat bertemu Caiden Althaf lelaki yang datang dengan niat tersembunyi. Apa yang bermula sebagai permainan berubah menjadi cinta sebenar. Namun cinta itu tidak datang tanpa luka. Ujian demi ujian... kesakitan demi kesakitan... mengubah segalanya. Masih adakah peluang kedua untuk cinta mereka? Atau adakah takdir telah memilih jalan yang tidak boleh berpatah balik?
Vow Of Hope [Bakal Terbit] by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,373,162
  • WpVote
    Votes 51,753
  • WpPart
    Parts 79
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
IRIS, MY SWEETHEART (OG) by Anne_Dahlia
Anne_Dahlia
  • WpView
    Reads 5,005
  • WpVote
    Votes 518
  • WpPart
    Parts 18
"Abang Am, Iris suka abang. Dah lama Iris pendam." - Iris Awliya "Terima kasih sebab suka abang, Iris. Maaf, abang terpaksa tolak. Iris masih budak. Perjalanan Iris masih jauh lagi." - Arham Ezri Selang beberapa tahun, Iris berjaya membuka hati untuk lelaki lain setelah pengakuan cintanya pernah ditolak oleh Arham. Tak seindah yang dibayangkan. Saat melalui fasa pertunangan, tunangnya Qais Naufal ditangkap khalwat bersama sahabat baiknya, Ardini Erina. Hancur hati Iris. Dia ingin melarikan diri dari semua ini. Saat dia belajar untuk redha dan menerima takdir, Arham muncul semula. Kemunculan Arham bukan semata-mata sebagai abang kepada sahabat baiknya tetapi lelaki itu muncul dengan pengakuan cinta. Iris bingung. Nama lelaki itu telah lama dilupakan, kini dia muncul kembali. Puas Iris menolak namun Arham tidak kenal erti mengalah. "I'm good at waiting." -Arham Ezri "Tunggulah seorang diri. Biar mereput." -Iris Awliya Akhirnya Iris menerima jua Arham dalam hidupnya. Sejauh mana kebahagiaan milik mereka? Mampukah persahabatan Iris dan Ardini kembali pulih? Sejauh mana Qais menerima segala takdir? Wujudkah si pengkhianat dalam kehidupan mereka?
Erica Juwita : Strings Of Fate (Og)  by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 10,003
  • WpVote
    Votes 823
  • WpPart
    Parts 72
Bagi Tengku Erica Juwita, hidupnya bukan sekadar tentang kuliah perubatan atau pentas kecil busking bersama rakan-rakan. Dia hidup dengan luka lama yang tidak pernah sembuh-dibuang oleh bapanya sendiri, dituduh sebagai punca kematian yang salahnya. Dilahirkan dari rahim seorang ibu yang meninggal dunia kerana kanser sejurus selepas melahirkannya, Erica memilih untuk menjauh dari keluarga bangsawan bapanya dan berdikari dengan kehidupannya sendiri. Di pentas busking kecil di sudut jalan, gitar Aliff Adiqha menjadi pengiring setia kepada dentuman dram Erica. Namun, di sebalik senyuman dan gurauan, Aliff memikul beban yang berat-abang sulung kepada lima adik yang masih bersekolah, menjaga ibu yang lumpuh, dan menggantikan tempat bapa yang hilang tanpa jejak. Persahabatan mereka bermula di antara alunan muzik dan kopi malam di kafe kecil, tetapi takdir memaksa mereka melangkah ke fasa yang tidak pernah mereka bayangkan-perkahwinan. Bukan kerana cinta... tetapi kerana satu sebab yang hanya mereka tahu. Namun, mampukah sebuah ikatan tanpa cinta bertahan di tengah badai kehidupan, rahsia masa silam, dan hati yang mula bergetar tanpa sedar? Mula : 1/8/2025 Tamat :
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 345,377
  • WpVote
    Votes 35,291
  • WpPart
    Parts 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
HIS : REA QAYSZA by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 13,864
  • WpVote
    Votes 1,770
  • WpPart
    Parts 10
Naufal Idrees - Pertama kali mata Naufal mendarat pada Rea, dia terpegun. Untuk seketika, dunianya bagaikan terhenti. Dia seperti tidak mahu melepaskan peluang sesaat pun untuk tidak menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Rea sangat cantik di matanya. Bukan dia tak pernah melihat gadis cantik malah hidupnya dikelilingi oleh model, artis dan selebriti tetapi kenapa kali ini perasaannya lain? Wajah bersahaja gadis itu yang langsung tidak hiraukannya buatkan dia makin tertarik. Kenapa dia tak pernah tahu Adrean mempunyai kakak secantik ini? Tengku Rea Qaysza - Dia hanya mengukir senyuman sinis apabila Naufal hulurkan tangan untuk bersalam. Bukan dia tak kenal dengan lelaki ini. Saban hari ada saja gambar lelaki ini bersama wanita yang berlainan. Naufal? Memang kacak. Tapi dia tak hairan. Berlambak lagi manusia yang kacak atas muka bumi ini tetapi dia tetap tak hairan. Kerana apa? Kerana dia tidak mencari cinta. Rea lebih memilih kebebasan. "Kakak aku off limit Naufal. Perempuan lain boleh tapi bukan kakak aku." - Adrean Amaran dari Adrean buat Naufal berfikir dua kali untuk mendekati Rea. Gadis itu juga langsung tidak memberikannya ruang untuk mendekat. Namun adakah Naufal akan berhenti setakat ini sahaja? Mestilah tidak. Amaran Adrean tidak menjadi penghalang sehinggalah kemunculan seseorang yang tidak dijangka di antara mereka. Siapa yang muncul di kala Naufal sedang berusaha memikat Rea? Adakah Naufal akan berjaya memikat Rea? Salam sayang, STILL
MIKAEL HARITH : HIS AURELLIA 🔞  [EBOOK] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 599,230
  • WpVote
    Votes 2,415
  • WpPart
    Parts 11
Mikael Harith + Aurellia Imani Kahwin tanpa cinta bukan pilihan mereka, tapi satu takdir yang tak boleh dielak. Aurellia Imani - keras kepala, penuh luka dari masa silam, dan terlalu takut untuk membuka hati. Mikael Harith - tenang, dominan, dan lebih sabar dari lelaki biasa. Tapi bila hati dia sudah jatuh, dia takkan lepaskan. Setahun mereka berkahwin tanpa disentuh, bukan sebab tiada keinginan, tapi kerana Mikael memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga Aurellia benar-benar sedia. Tapi sampai bila? Bila provokasi jadi permainan, dan rindu jadi senjata, siapa yang akan tewas dulu, isteri yang kononnya keras hati, atau suami yang dah terlalu lama menyimpan rasa? "You nak kurung I tiga hari? I sanggup kalau pengurungnya Mikael Harith." "Consider yourself in action for 72 hours, baby." Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini tentang sabar, godaan, dan cinta yang menyembuhkan. I nak pesan awal awal, cerita ni 18+ keatas. Cerita ni terbuka. Cerita ni akan ada scene hot and spicy. Jangan bila da baca baru nak cakap itu ini. I dah warning awal awal ek ‼️ 🌶️Kata Kesat 🌶️ Hot and spicy (dewasa) 🌶️ Setiap scene hot and spicy i akan letak warning 🌶️ Obsession so jangan pelik 🌶️Read at your own risk #1 Cinta mati on 11/7 #1 Slow on 11/7 #1 Love stories 11/7 #1 Obsesi 6/8 #1 Ego 27/8 Start : 01/07/2025 End : 29/07/2025
Eternity Love II by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 4,341
  • WpVote
    Votes 342
  • WpPart
    Parts 6
"Walau apa pun terjadi, genggam erat tangan ini." - Balqis Surfina "Cinta ini bukan untuk hari ini, tapi untuk selamanya, hingga akhir waktu." - Tengku Arifin. Sungguh, dia bahagia hidup bersama Balqis, tambah-tambah lagi dikurniakan zuriat yang sangat menghiburkan hatinya setiap saat. Dia kira, hidup mereka akan tenang-tenang saja tanpa sebarang masalah tapi siapa sangka badai yang melanda lebih kuat dari yang dihadapi sebelum ini. "Papa adalah lelaki paling strong yang pernah abang jumpa. Jangan menyerah. Demi keluarga kita." - Tengku Ahnaf "Apa pun keputusan papa, Aqi tahu itu yang terbaik untuk keluarga kita." - Tengku Anaqi "Adik sayang papa. Selamanya, takkan pudar." - Tengku Adelia Demi anak-anak, dia harus kuat berjuang melawan dan menepis segala yang menganggu kehidupan mereka namun dia hanya manusia biasa. Mampukah dia apabila hati yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan rasa kasih yang tinggi buat si isteri semakin memudar setiap kali dia menatap wajah itu? "Awak tahu, saya akan tetap berpegang dengan janji awak kerana saya tahu janji yang awak ukirkan suatu ketika dahulu tulus untuk saya." - Balqis Surfina.