Risya_ayu
- Reads 74,485
- Votes 2,858
- Parts 44
Dua jiwa, satu hati. Kalau memang sudah tertulis bahawa lelaki itu milik perempuan bernama Asha, maka tiada siapa pun mampu memisahkan mereka-walau seluas lautan terbentang antara keduanya.
Bukannya dia tak tahu. Gadis berumur 18 tahun yang sering datang ke 99 Speedmart tempat dia bekerja sambilan itu, memang menyukainya. Tapi dia hanya pura-pura bodoh. Banyak perkara yang lebih penting sedang bergayut dalam fikiran. Lagi tiga bulan, rekrut tentera akan bermula. Masa makin suntuk.
Lima tahun berlalu...
Asha kini seorang guru sekolah rendah. Dia kembali ke rumah ibu bapanya kerana mendapat penempatan mengajar di sekolah berhampiran. Tak pernah dia sangka, takdir tiba-tiba menyusun pertemuan lama.
-----------
"Saya Nur Asha Liora, boleh panggil saya Asha."
Lelaki itu memandang dia tenang, lalu tersenyum sedikit.
"Saya tahu."
Dia tersentak.