Ainaalways_happy's Reading List
59 stories
DEMISEXUAL by avavieyanaley_
avavieyanaley_
  • WpView
    Reads 863
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 5
Ini gila. Terlalu gila. Ini penemuan baharu tentang satu kewujudan komuniti misteri berkait rapat dengan tindak balas reaksi manusia terhadap seksual orientasi kepada manusia lain. Ini berbeza. Ia sangat jarang ditemui dan menimbulkan rasa minat tiga para saintis untuk giat mengkaji benda baharu dan gila. Penemuan baru ini telah menyatukan hati ketiga-tiga para saintis untuk Bersatu meleraikan dan mencari jalan untuk menyelesaikan teka-teki penyakit misteri ini. Kajian yang dilabel sebagai "DEMISEXUAL" ini menjadi garisan permulaan bagi kajian mereka yang tidak masuk akal. Data kajian yang dikumpul oleh mereka terpaksa dirahsiakan dari beberapa pihak tertentu dan organisasi dasar. Sedang mereka mengfailkan beberapa data penting, mereka bertiga digemparkan dengan satu rahsia gelap yang disimpan kukuh oleh kerajaan. Mampukah mereka membongkarkan rahsia kerajaan atau hanya maut menanti pengakhiran mereka? "Don't worried, stick to the plan that we been focus on..." Voilet "This is insane ! " - Hades "No matter what happen to me, never stop finding the truth ! Run and save your life !" - Ava • Credit with three authors, but in silency. • Sedikit complicated dan sukar difahami. Enjoy your reading and make sure you enjoy this 360 roller coaster. Start : 4th June 2021
MRS. ZIYAD HAYDER | OG  by rroseee4
rroseee4
  • WpView
    Reads 10,873
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 12
ZIYAD HAYDER - Seorang lelaki berkacukan Itali itu sangat ditakuti ramai . Mafia terbesar di negara Itali yang cukup matang . Sejak bertemu dengan gadis itu membuatkan dirinya tergila - gila akan gadis itu . Namun siapa sangka , disebalik kebahagian itu menjadi sebuah tragedi ngeri . HUMAIRA AZ-ZAHRA - Seorang wanita polos bermata hazel . Di usia yang muda , wanita ini telah menempuh banyak cabaran sejak tinggal bersama keluarganya .Kawin secara paksa? itulah salah satu cabaran yang harus di hadap oleh wanita ini . Ayah kandungnya menjual wanita ini kepada seorang lelaki tidak dikenali , iaitu Ziyad Hayder . Pertemuannya dengan Ziyad Hayder bagaikan secara tiba - tiba , bagaikan ada sesuatu tarikan pada diri Ziyad Hayder sehingga wanita ini ingin mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam. " MINGGU DEPAN KITA KAWIN " - ZIYAD HAYDER " MUNGKIN JODOH KITA SAMPAI DISINI SAHAJA " - HUMAIRA AZ-ZAHRA Adakah kebahagian mereka berjaya dirampas ? atau sebaliknya ?
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,351,172
  • WpVote
    Votes 63,688
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Wanita Titanium (Sekuel Lelaki Astatine) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 10,158
  • WpVote
    Votes 678
  • WpPart
    Parts 1
Sekuel Lelaki Astatine. Wajib baca Lelaki Astatine dulu. A sad romance. Ardean Tufail x Eshal Elzahra
Lelaki Astatine by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 574,621
  • WpVote
    Votes 35,228
  • WpPart
    Parts 26
Ardean Tufail X Eshal Elzahra
Kau Aku Kita [C] by cikbutterfly__
cikbutterfly__
  • WpView
    Reads 651,805
  • WpVote
    Votes 24,177
  • WpPart
    Parts 53
Siri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perasaan biasa tapi lama kelamaan dia dapat merasakan dirinya sudah tertarik dengan gadis cantik tersebut dan bertekad untuk memiliki hati gadis itu. Puteri Hasya. Seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dengan kulitnya yang sawa matang. Seorang anak tunggal dan yatim piatu. Ibunya meninggal selepas melahirkannya dan bapanya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan oleh neneknya. Eriq Iskandar. Seorang lelaki yang kacak yang baru menetap di kampung tersebut setelah dihantar oleh ibubapanya untuk sementara waktu dibawah pengawasan atuk dan neneknya "Awak, nah duit awak jatuh tadi" panggil Hasya apabila ternampak duit itu jatuh dari poket seluar Eriq tanpa dia sedar. Eriq mengambil duit tersebut lalu beredar tanpa mengucapkan apa apa. "Elemekk mamat ni bukan nak cakap terima kasih. Dah lah kerek senyum pun tidak nyampah aku" bebel Hasya apabila Eriq sudah jauh kehadapan. ⚠️ 100% from my brain before sleep ⚠️ no plagiat ⚠️ harsh words luv you, cikbutterfly 🦋🤍 Start : 2 Januari 2024 End : 24 June 2024
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,543
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 598,615
  • WpVote
    Votes 20,860
  • WpPart
    Parts 66
Tengku Ayyash Hakimi | Ivy Adelia Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang! Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah. "Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar. Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin? Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'. Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi. "Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy. "Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia "Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata. "One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi "This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini? Start : 30th nov 2023 End : 11th march 2024
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,800,938
  • WpVote
    Votes 411,688
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAH by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 45,720
  • WpVote
    Votes 2,110
  • WpPart
    Parts 5
Tak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling simple dan paling mudah untuk bagi pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan. saya boleh kongsikan!