ridya7's Reading List
22 stories
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 103,916
  • WpVote
    Votes 5,368
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
Of Ashes and Faith by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 366
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 3
Ziyad Danial Iskandar. Nama yang tidak asing di dalam dunia korporat. Lelaki yang menumpaskan bapa kandungnya sendiri, Zafrul, demi menutup pintu kejahatan yang hampir melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Nama Ziyad juga terpalit. Dan dia sentiasa hidup dalam bayang-bayang dosa arwah bapanya. Walau dia bukan lahir dari keluarga yang sempurna, kasih sayang Ummi Ilmah sentiasa menjadi syurga kecil buat Ziyad. Pernah suatu ketika, Ziyad menyimpan rasa terhadap sekuntum bunga yang disiram, dijaga rapi, namun apakan daya, bunganya disunting kumbang lain. Dan dari saat itu, hatinya retak tanpa ada penawar. Hinggalah dia bertemu dengan Mawar Mikayla. Nama yang cukup indah, namun tidak seindah akhlaknya. Mawar lahir dari keluarga yang berantakan. Salah faham, kekurangan perhatian dan rasa terasing menjadikan dia seorang yang keras kepala, angkuh dan jauh daripada landasan agama. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia jatuh cinta pada senyuman milik Ziyad. Cinta pandang pertama. Takdir menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang bukan atas kerelaan. Perkahwinan terjadi hanya memenuhi permintaan Datuk Razeen Farhan, ayah Mawar. Mawar bahagia, Ziyad terpaksa. Dari titik itu, hidup Mawar berubah. Ziyad mengambil tanggungjawab untuk membentuk Mawar Mikayla menjadi insan yang lebih baik. Kisah mereka tidaklah indah dari permulaannya. Kisah mereka penuh ujian, luka dan pengorbanan. Mereka jatuh, mereka terpisah, namun takdir menemukan mereka semula. Jodoh mereka terlalu kuat untuk dipisahkan. Rumah tangga mereka juga tidak terkecuali daripada badai. Tiada bahagia yang kekal tanpa diuji. Sejauh manakah takdir akan membawa cinta Ziyad dan Mawar? Dan mampukah Mawar mempertahankan cinta itu hingga ke akhirnya?
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 1,632,421
  • WpVote
    Votes 65,576
  • WpPart
    Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
Until I Found Him | OG by LauraNaura8
LauraNaura8
  • WpView
    Reads 76
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 3
KARYA KEEMPAT: LAURA NAURA Amsyahr Mardeen Nawra Zuhayra "𝗦𝗼𝗺𝗲𝘁𝗶𝗺𝗲𝘀 𝗵𝗲𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁 𝘆𝗼𝘂 𝗺𝗲𝗲𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗻𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗲𝘅𝗽𝗲𝗰𝘁𝗲𝗱 𝘁𝗼 𝘀𝗲𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻." ⚠️NO PLAGIAT! start: 27/11/2025 (4 pagi) end: ?
𝐋𝐎𝐑𝐃 𝐇𝐀𝐃𝐄𝐒 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 9,345
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 1
(SUDAH TERBIT PBP 2025) Jilid satu. Untuk Ortus, Mors masih di sini.
𝐓. 𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐓𝐇 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 462,297
  • WpVote
    Votes 4,021
  • WpPart
    Parts 4
(Terbit PBAKL 2025) Adam dan Indah.
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,163,332
  • WpVote
    Votes 244,198
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 142,829
  • WpVote
    Votes 8,451
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
Mi Cariño by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 414,357
  • WpVote
    Votes 20,642
  • WpPart
    Parts 16
Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine
Mi Diosa (PREKUEL 2 MI VENENO) TERBIT by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 47,944
  • WpVote
    Votes 924
  • WpPart
    Parts 2
EBOOK TO NOVEL KEVIN KYLE/KENDALL MELANTHA