tulipshaa_'s Reading List
2 stories
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,274,405
  • WpVote
    Votes 26,917
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
Dear Kayyisa ©️ by azyvrins
azyvrins
  • WpView
    Reads 536,607
  • WpVote
    Votes 22,609
  • WpPart
    Parts 64
[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan mempunyai kacukan Itali. Orang kata cukup pakej! Senang nak dibuat menantu? Tidak sama sekali! Ziyyad dikenali dengan sikapnya yang berat mulut. Selalu dengar berat hati bukan? Ziyyad pula berat mulut, mungkin ada lombong emas barangkali. Tetapi, lelaki dingin ini masih normal dan bukannya songsang! HANA KAYYISA | Seorang gadis cantik, bijak tetapi dia juga seorang yang manja. Dirinya dikenali dengan sikapnya yang suka bersendirian. Kawan? Hana tidak pernah berkawan dengan sesiapa sebaik saja melangkah ke universiti. Tujuannya hanya satu. Belajar, belajar dan belajar sampai muntah! Dirinya hidup sebatang kara semenjak kedua ibu bapanya meninggal dunia. [Peristiwa yang hampir meragut nyawa Hana membuatkan Ziyyad merasa bersalah.] "Kita kahwin, aku jaga kau. Aku nak tebus kesalahan aku." - ZIYYAD MALEEQ "Encik nak saya kahwin dengan encik?! Kalau saya kahwin dengan encik saya boleh berjalan ke?! Saya boleh sembuh dari lumpuh ni!" - HANA KAYYISA [Akhirnya, Hana akur dengan permintaan Ziyyad untuk menjadikan dia sebagai isteri jejaka itu.] "Saya takkan mampu bagi awak zuriat dalam keadaan saya macam ni! Saya ada cita-cita Ziyyad! Bukannya saya tak ada cita-cita!" - HANA KAYYISA "Aku akan jaga kau, Kayyisa. Semua bil hospital dan rawatan aku tanggung termasuklah biaya universiti kau." - ZIYYAD MALEEQ [Apabila Hana ditakdirkan sembuh dari lumpuhnya, perasaan cinta pada Ziyyad mulai memekar.] "Aku cintakan kau, Hana. I hope you love me the way I love you, daisy." - ZIYYAD MALEEQ "Hana cintakan abang. Terima kasih sebab sudi jaga Hana walaupun Hana ni selalu susahkan abang." - HANA KAYYISA ⚠️ DARK ROMANCE ⚠️ CONTAINS TOO MUCH HARSH WORDS ⚠️ BROKEN GRAMMAR Ranking 🥇 #1 in daisy - (15.6.2023) #1 in lovely - (19.6.2023) #1 in pretty - (11.11.2023) START: 10 JUN 2023 END : 13 APRIL 2025 All right reserved, [©️-azyvrins]