delilanatasha
- Reads 14,488
- Votes 1,433
- Parts 22
BACAAN AWAL SAHAJA
PHANTOM SERIES I
Di gelanggang, Indera Qasturi ialah Rajawali yang dingin dan mustahil ditewaskan. Namun di luar sana, dia berperang dengan sesuatu yang jauh lebih berbahaya daripada lawan di hujung raket.
April, wanita misteri dengan sejarah kelam, kini bersembunyi di belakang Zane Aoki sebagai mata-mata rahsia. Dia bukan sekadar bayang-bayang, tetapi senjata paling berharga dalam permainan penuh tipu daya itu. Berbekalkan identiti palsu sebagai salah seorang yang setia, April menyelinap masuk ke dunia Qasturi untuk menyiasat, mencungkil maklumat. Dan jika perlu, dia hancurkan.
Semakin lama, semakin Qasturi tertarik kepada keberanian dan topeng yang dipakai oleh wanita itu. Hingga di satu tahap, dia bertekad untuk merampas April daripada Zane, meski seluruh dunia menentangnya.
Namun, tanpa mereka sedari, darah masa lalu sudah pun terikat di antara mereka. Rahsia yang dikunci terlalu lama sedang menunggu untuk menghancurkan atau menyatukan hati yang selama ini berperang.
Kerana April bukan hadiah. Dia medan perang itu sendiri.
'The closer you are to the truth, the more dangerous your heart becomes.'
Genres: Sport romance, psychological thriller
Troupes: Rival-to-lovers, love triangle, hidden past, past and present collision, identity crisis.
Start : 01/06/2020
End : 2026