on going
51 stories
TUAN TAQIE: CINTA KALI KEDUA by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 1,119
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 2
TAQIE RAZALEIGH X ORKED INARA Cinta... Tak mengenal usia. Masih wujudkah erti cinta sejati buat si dia yang sudah enam tahun menduda? Tuan Taqie Razaleigh Hughes, si jejaka cerewet, angkuh dan berhati kering. Gelaran hot and spicy diusia 40 tahun itu adalah yang tepat untuk Tuan Taqie. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna. Kerana kegagalan rumah tangganya, cinta dan kesetiaannya hancur menjadi debu. Hati dan perasaannya mati buat mana-mana wanita. Warna dunianya hanya ada hitam dan putih semata. Konflik bermula apabila Datin Sri Tania, bondanya memaksa Tuan Taqie mencari seorang pengasuh baru sementara, dalam masa lapan bulan untuk menjaga Adri Hilman dek terlampau nakal. Takdir Tuhan telah mempertemukan Tuan Taqie dan Orked Inara, si gadis kasar rela dalam paksa menjadi pengasuh sementaranya. "You ni tahu jaga budak ke tak, Orked? I bayar gaji you empat ribu bukannya pakai daun kari!" ―TUAN TAQIE "Walaweh, memang tak sayang mulut betullah pakcik ni!" ―ORKED INARA Kalau Tuan Taqie sudah serius dan dingin orangnya berlawanan pula dengan sikap Orked si kuat menjawab dan pantang dicabar. Bukan sahaja tentang penjagaan Adri, malah apa-apa perkara pun boleh jadi penyebab perang dingin berlaku! Bila tersedar Tuan Taqie sendiri keliru dengan perasaannya. Dia benar-benar jatuh cintakah dia pada Orked Inara? Benarlah cinta tak mengenal usia... Semudah itu si pakcik tua ini terjatuh cinta buat kali kedua? "Kenapa tuan selalu panggil saya, Cik Bunga?" ―ORKED INARA Bagi Tuan Taqie, perbezaan jarak usia 16 tahun itu tidak menjadi satu halangan malah hatinya sudah lama terpaut sejak mereka bertemu. "Excuse me, pakcik. Untuk pengetahuan pakcik, saya ni bukan jenis perempuan yang cepat tergoda tau." ―ORKED INARA "Shhh... Don't talk too much, Orked. Jangan hilangkan mood I." ―TUAN TAQIE Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan namun tatkala hadirnya Rania Edlina, bekas isteri lelaki itu muncul semula?
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 88,408
  • WpVote
    Votes 4,340
  • WpPart
    Parts 23
GHAZRIL MIKAIL X SEROJA MIKAYLA Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Karakternya persis dominan dan bengis dalam segala hal. Kerana hidup bergelumang dengan kisah lama dan dosa 12 tahun yang lalu, akhirnya dia nekad menghindarkan hati untuk bercinta buat kali kedua. Dinginnya Tuan Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Tuan Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Kerana pertemuan singkat itu, hadirnya seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla. Hasrat di hati begitu tulus mencintai lelaki seperti Tuan Ghazril. Namun Tuan Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Baginya, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Ya tuhan, apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―TUAN GHAZRIL "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan, cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Tuan Ghazril. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―TUAN GHAZRIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Ujian mula membadai rumah tangga mereka. Siapakah Tuan Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 6,490
  • WpVote
    Votes 435
  • WpPart
    Parts 9
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Damian yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Masked Seducer | OG  by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 3,930
  • WpVote
    Votes 401
  • WpPart
    Parts 8
❝Untuk goda lelaki idaman, dia terpaksa belajar daripada seorang seducer sebenar. Tapi permainan ini tak pernah adil dan tak pernah selamat.❞ IVY ROSE bukan sesiapa di kolej itu. Si gadis nerd berkaca mata besar, selalu duduk di belakang kelas, suka anime dan diam-diam jatuh cinta dengan ARYAN, lelaki paling popular, paling charming, dan paling tak tercapai. RYO CHAIDEN, lelaki berdarah campuran. Pendiam. Menyeramkan. Dikenali sebagai seseorang yang tidak ramah. Tak ramai tahu pasal dia dan sesiapa yang tahu, tak berani cakap apa-apa. "Kalau kau nak lelaki macam Aryan tunduk, aku boleh ajar." - RYO CHAIDEN. Syaratnya? Ivy tak boleh tanya kenapa. Tak boleh jatuh cinta. Dan tak boleh tarik diri. Dalam misi mengubah diri, Ivy mula belajar seni menggoda. Tapi siapa sebenarnya yang sedang tergoda? "Awak tengah goda saya ke ni?" - IVY ROSE.
C | ARJUNA by nevirelle
nevirelle
  • WpView
    Reads 82,698
  • WpVote
    Votes 3,163
  • WpPart
    Parts 56
AKAN DIREVAMP BERMULA 1/1/2026 𝓐𝓻𝓳𝓾𝓷𝓪'𝓼 𝓑𝓪𝓫𝔂𝓰𝓲𝓻𝓵 𝒯𝑒𝓃𝑔𝓀𝓊 𝒜𝓇𝒿𝓊𝓃𝒶 𝓍 𝐸𝓇𝒾𝓀𝒶 𝒜𝒾𝓇𝒾𝓈 SPIN OFF ARLUNA Tengku Arjuna-lelaki tenang dan disenangi ramai, tidak pernah bermain dengan hati sesiapa. Tapi semuanya berubah selepas satu malam yang penuh misteri. Ditangkap basah bersama seorang wanita asing semasa percutian kerja, Arjuna dipaksa menikahi gadis itu. Seorang wanita yang langsung tidak dikenalinya. Arjuna bungkam. Dia tidak percaya dengan tuduhan itu. Tapi demi maruah keluarga, dia tunduk pada kehendak takdir walau hatinya penuh benci. Dia yakin, semuanya satu perangkap. Namun, di balik wajah polos si isteri, tersembunyi rahsia yang belum terbongkar. Adakah benar dia diperangkap? Atau... ada sebab yang lebih dalam di sebalik semua ini? Dan benarkah... kebencian Arjuna akan kekal sampai bila-bila? START : 1 JULY 2025 END : 30 OCT 2025
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 40,693
  • WpVote
    Votes 3,322
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Mì Cuore (Og) by atiyatya
atiyatya
  • WpView
    Reads 61,071
  • WpVote
    Votes 3,354
  • WpPart
    Parts 75
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."
HIS SIDE OF LOVE by elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    Reads 164,130
  • WpVote
    Votes 4,801
  • WpPart
    Parts 55
Ryanne Delisha bukan perempuan biasa. Dengan kecantikan yang menggoda dan langkah yang yakin, dia simpan luka lama yang tak pernah sembuh. Di langit antarabangsa, dia terbang bebas... tapi di bumi, hatinya terikat pada seorang lelaki yang tak sepatutnya dia cinta - Dato' Riaz Mikael, duda yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Riaz bukan lelaki mudah disentuh. Tapi Ryanne bukan perempuan mudah dilepaskan. Segalanya mula rumit bila anak lelaki Riaz, Zayyan, mula tertarik pada adik Ryanne sendiri. Dan saat bekas isteri Riaz kembali menuntut apa yang pernah jadi miliknya, permainan ini jadi lebih gelap. Dalam dunia penuh darjat, politik dan rahsia - cinta mereka bukan hanya salah... tapi juga berbahaya. Dan satu nama, mungkin tak cukup untuk sembunyikan segalanya.
Fahrin Mikael: Love and Addiction (completed) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 1,928,930
  • WpVote
    Votes 190,075
  • WpPart
    Parts 78
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra