NurulSyafikah866's Reading List
3 stories
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 3,361,577
  • WpVote
    Votes 30,074
  • WpPart
    Parts 8
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap buruknya. Dan, Zya pula ingin bersama Redza untuk menutupi kisah silamnya. Sepenuh hati, dia percaya Redza boleh menerima buruk baiknya. Namun, segalanya bertukar apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang diperkenalkan oleh Redza kepadanya. Lelaki itu alfa. Rupanya, tuturnya dan tingkahnya mampu menggoyahkan mana-mana hati wanita. Dia... Ziyad Al Falikh. "Perkenalkan, ini daddy I. Harap you dan daddy I boleh get along." - REDZA AZHAD "Daddy?" - ZYA MIKAYLA "In specifically, your sugar daddy?" - ZIYAD AL FALIKH Ziyad Al Falikh pernah bergelar "sugar daddy" pada Zya tiga tahun lepas. Dan, itulah kisah silam yang cuba ditutup kemas olehnya selama ini. Sekarang, bagaimana dia mahu tinggal sebumbung dengan lelaki itu dan menganggapnya sebagai bapa mentua? Gawat! "Zya, I already told you before. Kau tak mungkin dapat lari daripada aku. Kau ingat lepas kau sedap-sedap kikis duit aku, kau boleh berhambus begitu saja? You're mine love. My only one." - ZIYAD AL FALIKH "Saya dan Redza akan berkahwin tak lama lagi. Tuan tak perlu ganggu saya lagi!" - ZYA MIKAYLA "Should we play a game then? Attempt to get rid of me. I want to see how far you can go. You know, sayang... I really miss you."- ZIYAD AL FALIKH Apa akan jadi pada hubungan Zya dan Redza? Apakah Zya mampu lari dari Tuan Ziyad yang sentiasa mengejarnya?
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 993,036
  • WpVote
    Votes 27,562
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,238,068
  • WpVote
    Votes 326,044
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed