Malay's Novel
44 stories
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 194,800
  • WpVote
    Votes 10,602
  • WpPart
    Parts 48
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangam tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 827,911
  • WpVote
    Votes 28,709
  • WpPart
    Parts 67
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Siapa sangka disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Di caci, di hina, di maki memang makanan harian. Hidupnya mula berubah saat dia bertemu seorang lelaki asing - Ivan Qidran, seorang yang datang tanpa dijemput, tapi terus menjadi penyelamat di saat dia paling terdesak. Dalam satu keputusan berani, Aeris melamar lelaki itu untuk berkahwin dengannya. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN "Haah memang saya desperate sebab saya terpaksa. Kita kahwin jom" - AERIS ALAIA Semuanya bermula hanya kerana janji dan amanah. Namun siapa sangka, perkahwinan itu sebenarnya membuka lembar baru bagi mereka berdua. Perasaan kasih dan sayang yang tumbuh makin sukar dijelaskan. Perlahan-lahan, keduanya belajar erti pengorbanan, kepercayaan, dan cinta sebenar. Antara tanggungjawab dan rasa, antara rahsia dan ketulusan, antara realiti dan mimpi, mereka akhirnya menemui bahagia yang mereka sendiri tak sangka wujud. "Kerana janji dan amanah takdir kita tercipta." #Cringe alert #Roller coaster alert
KAHFI ✔️ by najahsfieya
najahsfieya
  • WpView
    Reads 452,479
  • WpVote
    Votes 17,929
  • WpPart
    Parts 54
2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before my husband kill you. Clear that, my brother-in-law?" Sangkanya selepas putus dengan si adik, hubungan mereka akan terputus begitu sahaja. Tetapi sangkaannya meleset. Sebaliknya, sangkut pula dengan si abang! Macam mana boleh jadi seperti ini?! Ini bukan perancangannya! "Berhenti ganggu isteri aku, or else, Khalaf Noel. Aku tak bunuh kau sebab kau adik aku. Kalau ikutkan, memang aku tak bagi kau bernafas. Better you know your limits, aku masih boleh bersabar dengan kau." - Nadim Kahfi "Hey, untal! Jangan jadi bodoh ya nak rampas merampas. Kalau kau masih anggap Nadim ni abang kau, tinggalkan Hanani." - Khai Izzryl. @najahsfieya Cerita ringan dan comel
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 131,850
  • WpVote
    Votes 8,107
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 149,545
  • WpVote
    Votes 7,858
  • WpPart
    Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 53,755
  • WpVote
    Votes 1,005
  • WpPart
    Parts 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.
DEEL &  DEEN  (B4)  by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 306,135
  • WpVote
    Votes 23,844
  • WpPart
    Parts 65
AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyraz - Dia bad boy. Segala buruknya ada pada dia. Sedar dalam lautan dendam tapi takut untuk berubah kerana dia bencikan pandangan orang terhadap dirinya Kata arwah tok ma, Aydeel dan Aydeen adalah satu. Entah Aydeen sendiri tak memahami tapi lama - lama dia faham kenapa arwah tok manya kata begitu. Kesilapan paling besar dilakukan, buat Aydeen tersepit sendirian. Tiada siapa yang sanggup menggenggam tangannya untuk membimbing dia keluar dari kemelut hitamnya. Dia takut! Dia buntu! Tapi... Meleset tekaannya apabila Aydeel juga yang sanggup memegang tangannya. Menunggu dan mengajar dia untuk berubah tanpa mengira lelah. Memang sesal tak sudah dia apabila bakal kehilangan abangnya untuk selamanya. Andai kata dia mampu undurkan masa, takkan dibiarkan satu saat pun dibazirkan tanpa adanya abang kembarnya! ------ "Aku percaya, setiap manusia yang melakukan kesilapan itu akan terbuka pintu hatinya untuk berubah. Macam kau, Deen. Istiqamahlah" - Aydeel Hyriz "Kau sakit ke Deel? Kerap sangat hilang dengan Ayeen. Rahsia apa aje yang kau asyik sorok sangat dari aku?!" - Aydeen Hyraz ------ Perit ditanggung seorang diri. Dalam diam hati merana menangung rasa derita. Sembunyikan kepayahan dibalik senyuman... Hanya itu yang dia mampu untuk bawa perubahan buat adik kembarnya, Aydeen Hyraz. ------- Precious cover by @mrpoisonous ------- ⚠ - Abusive language!
AIM-Akademi Irsul Muta'afif by saif_almasyriq
saif_almasyriq
  • WpView
    Reads 35,415
  • WpVote
    Votes 4,828
  • WpPart
    Parts 74
Dia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pertama. Yang sentiasa disisi, yang sentiasa memahami. Seorang yang nakal yang sentiasa menceriakan hidup Saif hari-hari. Tetapi di belakang Saif, dia juga punya rahsia yang disimpan kemas dari pengetahuan sahabatnya itu. Dia pula seorang Fathul. Disebalik sikapnya yang ceria dan gila-gila bahasa, hakikatnya dia adalah seorang putera. Setia pada persahabatan. Hobinya adalah menyakat Furqan. Tiga remaja, satu ikatan persahabatan. Kerana Saif, mereka bertiga sentiasa berdepan dengan bahaya. Mampukah mereka bertahan? Atau ada yang berundur di tengah jalan? Atau ada yang membelot dan menikam dari belakang? Segalanya di sini...AIM.
ROISIN THE DA-XIA [ON-GOING] by nurnaein
nurnaein
  • WpView
    Reads 50,557
  • WpVote
    Votes 1,705
  • WpPart
    Parts 47
Rafqael | Melrose Hanya satu kata. PERPISAHAN. Melalui perpisahan, jiwa mereka disatukan. Angkara kekejaman kehidupan, dua jasad ini kembali dipisahkan. TYA MELROSE. Raut wajah secantik bunga. Namun, hidupnya tidaklah seindah nama. Tiada siapa yang tahu gelombang yang tersirat di dalam hatinya. Hanya kebebasan yang dia inginkan, tetapi semua itu tidak mudah untuk digapai olehnya angkara seorang jejaka. "Just run as far as you can. Kau tetap selamanya hidup dalam cengkaman aku, Roisin." TUAN RAFQAEL TUAN MALIZIE. Hanya dengan satu senyuman, semua gadis akan menunduk padanya. Aura maskulin jejaka ini membuatkan dia mudah mendapat apa saja yang diinginkan. Namun, tidak pada satu perkara. Iaitu menakluki gadis kesayangannya, Tya Melrose. "You'll be mine. Sooner or later." -Tuan Rafqael "In your dream! Kau mungkin dapat jasad aku, tapi bukan jiwa aku." -Tya Melrose Apa jua halangan, hanya satu tekad utama Rafqael. Mendapatkan Melrose. Meskipun harus mengkhianati rakan baiknya sendiri. "I'm the one who's been betrayed, so I'll do what needs to be done." -Harith Azrel Malapetaka terus memburu mereka atas pengkhianatan yang dilakukan. Satu persatu pembohongan juga mulai terungkai. Saat Melrose tahu akan rahsia yang tersimpan, perpisahan pula jalan yang diinginkan. Rafqael pula tersepit di antara cinta dan misi. Manakah yang akan menjadi pilihan hati? "One more move, your head will be shot." "Just do it. I'm halfway to my death." -------------- • Action romance •
SAIF AL-ASWAD [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 8,194
  • WpVote
    Votes 848
  • WpPart
    Parts 57
﷽ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir menghunus pedang, tetapi juga tajam akalnya dalam merancang strategi. Dalam medan perang, dia menari bersama bayang-bayang musuh, pedangnya membelah keangkuhan orang tamak yang ingin merobek kekayaan tanah airnya. Namun, sebagaimana mentari tetap tenggelam di ufuk senja, begitu juga nasibnya. Satu kesalahan, atau mungkin satu pengkhianatan, telah meragut segala-galanya. Daripada seorang wira, namanya kini menjadi cela dalam sejarah bangsanya. Hukuman dijatuhkan tanpa bicara yang adil. Dia dicampak jauh dari tanah yang pernah dipertahankannya dahulu. "Benar, kebenaran itu pahit. Mudah sangat ditutup dengan manis-manis kepalsuan." Dengan kehormatan yang tercalar, dia merantau ke Bait al-Hilal. Kini, dia hanyalah seorang nelayan yang berperang dengan lautan, seorang peniaga ikan di Bazar Jelata, hidup tanpa darjat, tanpa bayang-bayang masa lalu. Tangannya yang dahulu menggenggam pedang kini hanya mengikat jala, fikirannya yang dahulu menyusun strategi perang kini sekadar menimbang harga tangkapan hariannya. Namun, takdir masih belum selesai mengukir kisahnya. Dalam keasingan, dia bertemu seorang wanita yang mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup. Rasa cintanya mulai mekar bak mawar di taman. "Saya sanggup terima segalanya tentang awak." "Masa silam saya tak seindah yang awak sangka, sayang." Tetapi sejarah tidak pernah benar-benar terpadam. Api dalam jiwanya hanya menanti angin untuk kembali membakar. Dan akhirnya, angin itu datang dari istana yang pernah menghukumnya. "Tiada lagi yang layak selain anakanda." Namun, yang hebat takkan selamanya di atas. Dan musuh, takkan selamanya kalah. "Kau akan mati di tangan aku, Saif!" "Nyawa itu milik Tuhan." Terimalah, SAIF AL-ASWAD. Start: 13 MAC 2025 End: 27 APRIL 2025