📍; ↱[𝐬𝐨𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐫𝐞𝐚𝐝]↲ෞ
4 stories
SYED HAYEER [𝐂]  by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 42,560
  • WpVote
    Votes 1,798
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED & COMPLICATED] Medical Thriller with Psychological & Romance elements Syed Hayeer dan Dr. Nur Adra disatukan oleh kes-kes trauma yang orang lain tidak berani sentuh. Keganasan rumah tangga, luka tersembunyi, dan kebenaran yang terlalu mahal untuk didedahkan. Namun setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada Project Elysium, eksperimen terlarang yang memadam memori manusia. "Kalau kebenaran ni hancurkan hidup awak," suara Syed rendah, "awak masih nak saya teruskan?" Adra tidak berpaling. "Saya dah lama hancur. Yang saya takut... cuma hidup dalam penipuan." Apabila masa silam mereka sendiri terbongkar, garis antara keadilan dan keinginan mula kabur. Kerana ada luka yang bukan sekadar ingin disembuhkan, tetapi ingin dihadapi, walau risikonya kehilangan segalanya. *** - Memory Manipulation - Slow-Burn Romance - Trauma / Psychological #DomesticViolenceAwareness PERINGATAN: Kandungan untuk pembaca matang. Mengandungi tema keganasan domestik yang mungkin mencetuskan, ditangani dengan sensitiviti. [DONT COPY MINE!] 😠‼️ Sweet Witch, Louisa.
CINTA DI MEJA BELAKANG by lovelyaara
lovelyaara
  • WpView
    Reads 1,280
  • WpVote
    Votes 342
  • WpPart
    Parts 45
Cinta di Meja Belakang seorang gadis yang tkut akan cinta dan seorang lelaki yang setia menunggu... Hana sentiasa percaya tempat duduk tidak membawa makna. Sampailah suatu keputusan mengubah segalanya - dia dipindahkan ke meja belakang, duduk di sebelah Rayyan, pelajar paling bermasalah yang cuba dia elakkan sejak awal. Setiap hari penuh dengan pertengkaran kecil dan kata sindiran. Hana rimas dengan perangai Rayyan yang tidak pernah serius. Rayyan pula terhibur melihat Hana marah. Namun apabila sebuah projek kelas memaksa mereka bekerjasama, garis benci itu mula kabur. Di sebalik sifat nakal dan senyuman acuh tak acuh, Rayyan menyimpan luka keluarga yang tidak pernah dia ceritakan kepada sesiapa. Hana melihat sesuatu yang orang lain gagal nampak - seorang lelaki yang hampir menyerah pada hidup dan pelajaran. Perasaan tumbuh tanpa disedari. Tidak pernah diungkap. Tidak pernah dijanjikan. Sehinggalah suatu hari Rayyan menghilang tanpa khabar, meninggalkan Hana hanya dengan satu tempat yang penuh kenangan - meja belakang kelas itu. Kerana kadangkala, cinta tidak bermula dengan pengakuan... tetapi dengan seseorang yang memilih untuk kekal, walaupun orang lain sudah lama pergi. cover by@tsweetestrain♡
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,316,987
  • WpVote
    Votes 2,974
  • WpPart
    Parts 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025