risken17
Pertemuan antara Firas Daniel dan Dayana Afifah tidaklah romantik seperti pasangan yang lain. Namun siapa sangka, pertemuan ini merupakan permulaan kepada kisah hidup mereka yang penuh dengan persoalan dan cabaran.
Persahabatan mereka pada setiap hari bagai isi dengan kuku, namun rahsia dan kisah silam yang terbongkar meregangkan hubungan mereka sedikit demi sedikit.
"Is there really something between us, Niel?" - Dayana Afifah
Muncul pula suatu organisasi keluarga kongsi gelap yang datang untuk menuntut hak mereka daripada Firas!
"Kau takkan dapat hapuskan dosa ayah kau! Darah mesti dibayar dengan darah!" -Tuan S
Kisah silam yang terbongkar semakin menghantui Firas Daniel. Tanpa Firas sedar, perempuan berkaca mata itu sebenarnya menyimpan suatu rahsia yang besar!
"Sampai hati Yana khianati abang?!" -Firas Daniel
Kini Firas perlu menyelesaikan konflik yang dihadapinya ini dan menjadi pelindung kepada Dayana Afifah pada masa yang sama, kerana sesungguhnya....
"Biarlah semua ini hanya menjadi rahsia antara kita"