New story
65 historias
Vow Of Hope por lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    LECTURAS 1,135,903
  • WpVote
    Votos 43,618
  • WpPart
    Partes 79
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Hati-hati Dengan Hati por helianthu_s
helianthu_s
  • WpView
    LECTURAS 355,410
  • WpVote
    Votos 9,826
  • WpPart
    Partes 68
Kisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan segalanya? Siapa lelaki misteri yang sentiasa menghantuinya? Siapa juga yang perlu berhati-hati dengan hati? Dan.. Hati siapa yang perlu dijaga? In shaa Allah, semuanya akan terjawab di dalam ini. ♡♡♡
C | DIAN MAISARA por atieiza
atieiza
  • WpView
    LECTURAS 438,792
  • WpVote
    Votos 17,127
  • WpPart
    Partes 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . . . "Dan aku berjanji akan hancurkan hidup kau,macam mana kau telah hancurkan kebahagiaan aku" Start : 06/08/21 End :29/10/21 Pencapaian: #1 in Thriller : 02/11/21 #45 in Romance: 05/11/21 #1 in Thriller : 07/11/21 #19 in Romance: 08/11/21 #7 in Romance : 10/11/21 #1 in Thriller : 15/11/21-17/11/21 #1 in Thriller :23/11/21 #1 in Thriller : 22/02/22
KERANA TERPAKSA AKU CINTA [COMPLETED] por dhimien
dhimien
  • WpView
    LECTURAS 2,469
  • WpVote
    Votos 67
  • WpPart
    Partes 41
--- Bermula dengan dendam, berakhir dengan cinta. Tengku Elvina Raissa tidak pernah menyukai Tengku Izz Khalish. Sejak zaman sekolah, lelaki itu sentiasa menjadikannya bahan usikan. Dingin, sinis dan penuh ego - Izz adalah bayangan lelaki yang paling dia benci. Namun hidup tidak seindah dirancang. Disebabkan perjanjian antara dua keluarga hartawan, Elvina terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci - Izz Khalish - seorang CEO muda yang terlalu tegas, terlalu serius dan... terlalu handsome untuk disukai. Dua insan yang saling menyakitkan, kini terperangkap dalam satu ikatan yang mereka tak pinta. Setiap hari menjadi medan perang - dari bilik makan ke bilik tidur. Tapi dalam benci, ada gurauan manja. Dalam gurauan, ada resah yang tak terucap. Hadirnya Qisya, bekas kekasih Izz, dan Haqeem, lelaki yang pernah menghancurkan hati Elvina, mengeruhkan lagi rumah tangga yang baru dibina. Mampukah dua hati yang penuh luka belajar menerima? Atau mungkinkah cinta hanya akan jadi korban permainan manusia tamak? ---
SUPER MAMA  por nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    LECTURAS 2,230,028
  • WpVote
    Votos 119,426
  • WpPart
    Partes 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
PELUANG KEDUA por jaynxaella
jaynxaella
  • WpView
    LECTURAS 72,948
  • WpVote
    Votos 1,809
  • WpPart
    Partes 36
[ JALAN CERITA MASIH BELUM DIEDIT. MAAF JIKA MENGARUT ] Tengku Ariq Mikhael & Farra Aryna Kelakuan dingin seorang gadis bernama Farra Aryna membuatkan Tengku Ariq Mikhael jatuh hati terhadapnya. Walaupun si bunga tidak pernah senyum kepada si kumbang, namun Tengku Ariq Mikhael tidak berputus asa untuk menyulam cintanya kepada gadis pujaan hati. Kehadiran Tengku Ariq Mikhael dalam hidup Farra Aryna amat merimaskan pada awalnya. Hari demi hari, Farra Aryna semakin selesa dengan tingkah laku Tengku Ariq Mikhael. Lelaki itu tidak pernah berputus asa untuk membuat gadisnya tersenyum. Namun apabila kebahagiaan sudah dikecapi, ombak duri datang melanda. Setiap masjid yang dibina, pasti akan ada yang cuba untuk meruntuhkannya. Mereka akan cuba sedaya-upaya untuk memusnahkan ikatan cinta yang sah tanpa memikirkan tentang agama. Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah jua; Sepandai-pandai otak berfikir, Akhirnya jatuh ke kawalan manusia. Adakah Tengku Ariq Mikhael dan Farra Aryna bahagia hidup bersama ? Mampukah mereka menghadapi dugaan yang menimpa ? Siapakah dalang disebalik pancaroba ini ? Semuanya bakal terjawab dalam Peluang Kedua. JANGAN BACA ! CERITA TERLALU KEBUDAKAN 😭😭 start : [ 11/06/2021 ] end : [ 05/01/2023 ]
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️ por szellaz
szellaz
  • WpView
    LECTURAS 191,995
  • WpVote
    Votos 5,573
  • WpPart
    Partes 40
Mengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaiannya Haidar Hayyan tidak rela dengan pernikahan ini membuat perjanjian. Inara terpaksa menyetujuinya. Kesetiaan Inara diuji dengan keegoan Haidar. Tanpa disangka Haidar sendirilah yang melanggar perjanjian mereka. dia luluh dengan sifat Inara
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna por faedyo
faedyo
  • WpView
    LECTURAS 371,264
  • WpVote
    Votos 12,083
  • WpPart
    Partes 50
[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - AIDA ARIFF AISY IMRAN, seorang jejaka berkelulusan tinggi yang punya angan-angan sendiri. Tidak mendambakan keluarga kecilnya sendiri, baginya sudah cukup hidup seorang diri, tidak perlu komitmen, tidak perlu menyusahkan diri. "Hah, kahwin? apa plan kau?" - AISY IMRAN Dari seseorang yang langsung tidak dikenali, kini mereka bergelar suami isteri yang diikat tanpa kasih, juga terikat dengan perjanjian demi mencapai matlamat hidup masing-masing. Apabila bibit bibit cinta mula hadir, muncul lah yang ketiga membuatkan hubungan mereka kucar-kacir. "Lelaki memang semua sama! termasuk kau Aisy Imran!" - AIDA ARIFF "Aku takkan ceraikan kau! Kau boleh terus jadi perempuan murahan!" - AISY IMRAN Dapatkah mereka berpegang pada rancangan asal dan mencapai kepentingan masing-masing? Segalanya akan terungkai dalam penulisan ini, karya Faye D. bertajuk Cinta Disebalik Awan:Seribu Makna Tarikh mula: 11/08/2023 Tarikh Tamat: 23/09/2023 ❌ No overly explicit mature content ⚠️ Konflik yang tak ringan & tak berat dan agak cliché bagi saya ⚠️ Heavily used english terms & dialogue ⚠️ 10 Bab yang pertama agak slow sebab perlukan pengenalan yang agak panjang ⚠️Sorry kalau ada typo or ayat/tatabahasa/grammar yang tak betul - boleh leave comments nanti saya betulkan ❤️
BAHAGIA ITU MILIK AKU  por dnnynash
dnnynash
  • WpView
    LECTURAS 5,678
  • WpVote
    Votos 255
  • WpPart
    Partes 38
TENGKU FAREEZ AL KHALISH X NUR ARIESSA SOFEA TENGKU FAREEZ AL - KHALISH - seorang yg sangat berwibawa dalam dunia perniagaan. Perniagaan yang diusahakannya terus mencanak naik dan terkemuka di dunia perniagaan. Namun begitu, fareez duda mempunyai dua orang anak bernama Tengku Danial Erfael dan Tengku Denisha Erleen. Dengan tiba-tiba, Fareez terjatuh hati dengan guru anaknya. Apakah langkah yang diambil oleh Fareez untuk memikat seorang perempuan yang bertuah itu? NUR ARIESSA SOFEA - seorang guru yang berada di tadika. Dikenali dengan sikapnya yang sering bertegur sapa, berbudi bahasa dan bersopan santun. Namun begitu, dia hanyalah seorang anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Satu satu orang yang berada di dalam hidupnya ialah neneknya. Namun pada suatu hari, dia juga terjatuh cinta dengan ayah kepada anak muridnya itu. Apakah pengakhiran kisah cinta mereka?
Pengasuh Cinta [C] por akakbungamatahari
akakbungamatahari
  • WpView
    LECTURAS 44,588
  • WpVote
    Votos 1,521
  • WpPart
    Partes 33
📓17 Ulfa Balqis, seorang gadis biasa yang ditakdirkan menjadi pengasuh dua anak comel. Tapi siapa sangka, lelaki yang dulunya majikan kini menjadi imam dalam hidupnya? Taim Mikail, duda hot yang tak pernah menyangka jiwanya akan diselamatkan oleh seorang wanita 'biasa-biasa' tapi luar biasa di mata anak-anaknya... dan akhirnya di hatinya. Dari rumah sewa ke rumah tangga, dari menangis sorang-sorang ke gelak sampai pengsan, dari naik lori ayam ke panggung cinta halal inilah kisah mereka. Kerana dalam rumahtangga ini... Pengasuh itu bukan hanya menjaga anak dia juga membela cinta. "Pengasuh Cinta" ❤️ kisah lawak, manja, dan penuh makna tentang cinta selepas luka, anak-anak sebagai penghubung hati, dan rumahtangga yang dibina dari senyuman, air mata dan kasih sayang.