alicejws's Reading List
3 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,802
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Hati Untuk Encik Mafia - (on going) by theroseline
theroseline
  • WpView
    Reads 13,365
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 29
Kecundang dalam dunia percintaannya apabila kasih yang diberi racun yang dibalas. Bukan hanya ditipu malah dijualnya pula menjadi hamba nafsu serakah manusia . Namun, seperti diberi nafas baru apabila dia diselamatkan oleh seorang lelaki alfa yang bakal mengubah hidupnya . Bolehkah, Raisya , seorang gadis yang polos terus hidup dengan lelaki itu dengan bahagia? Atau disebalik semua itu perlu ada bayarannya ? " Boleh ke aku miliki hati dia ?"
Silent Love ♡ by hanahasnisham
hanahasnisham
  • WpView
    Reads 1,904
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 30
Hana Zulaikha, atau lebih dikenali sebagai Tengku Hana Zulaikha, lahir dan dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh Allahyarham ibu dan ayahnya. Walaupun kehidupannya berubah ketika dia bertemu dengan keluarga kandung yang sebenar, hati Hana tetap teguh dengan pegangan agama yang telah ditanam sejak kecil. Dikelilingi oleh ramai jejaka yang terpikat dengan kecantikan dan keperibadiannya yang mulia, Hana tidak pernah terlintas untuk membuka hatinya pada cinta. Di sebalik senyumannya, ada seorang lelaki yang tersimpan dalam relung hatinya, namun perasaan itu tetap tersembunyi. Tengku Zaqwan, seorang jejaka tampan dan kaya raya, menjadi idola ramai wanita. Namun, jauh di dalam hatinya, dia hanya mengejar satu perkara-mendapatkan cinta Hana Zulaikha. Dia percaya, di sebalik segala perhatian yang diterimanya, hanya Hana yang mampu menyentuh hatinya dengan cara yang istimewa. Setelah suatu kehilangan yang menggoreskan hati, muncul seorang jejaka bernama Rayyan Mateen Yusuf. Setelah dua tahun menuntut ilmu di luar negara, Rayyan kembali ke tanah air untuk bertemu dengan umi dan abinya yang sangat dirinduinya. Namun, lebih daripada itu, dia kembali untuk mencari wanita yang telah lama disayanginya dalam diam, wanita yang sentiasa ada dalam doanya, dan wanita yang tak disedari telah menyimpan perasaan yang sama. > "Jodoh, ajal, dan maut itu hanya di tangan Allah." ~ Hana Zulaikha > "Walau berapa banyak wanita datang dan pergi, Zulaikha tetap di hati Yusuf." ~ Rayyan Mateen Yusuf Adakah cinta dalam diam mereka akhirnya dipertemukan? Apakah takdir akan menyatukan Yusuf dan Zulaikha dalam jalinan yang indah? × No plagiat × ~ my own base story ~