anavalley
- Reads 683
- Votes 18
- Parts 12
IN HIS HOUSE. NOT HIS HEART.
Awal pertemuan Ardell dan Nazhan pun sudah buruk. Ardell terlibat dalam kejadian rompakan dan Tuhan kirimkan Inspektor Nazhan untuk selamatkan dia.
Tapi boleh pula Ardell tersalah tuduh yang Nazhan cuba nak menggatal dengan dia sebab dia ingat Nazhan sudah berkahwin?
Sejak dari situ, mereka ni dah macam musuh tak bersapa yang kerap kali dingin bila bersua muka. Nazhan yang anggap Ardell ni perempuan keras kepala dan Ardell pula gambarkan Nazhan sebagai lelaki kerek no manners!
Namun, kematian Nazreena, kakak Nazhan telah mengubah hidup Nazhan 180 darjah apabila kakaknya meninggalkan seorang anak perempuan bernama Ayla Umairah.
Hati Nazhan bertekad untuk lakukan apa sahaja demi Ayla.
Di satu sisi, ibunya minta untuk dia berkahwin. Di sisi yang lain, Ayla nak Ardell jadi ibu dia. So, kita gabungkan dua dua.
Nazhan menawarkan satu perjanjian kepada Ardell. Jadi isteri dia di atas kertas dan jaga anak perempuannya sepenuh masa.
Tiada kontrak bertulis.
Tetapi setiap bulan akan ada bayaran menandakan tugasan Ardell terlaksana.
Walaupun ragu, Ardell yang dihimpit dengan masalah kewangan pun akhirnya bersetuju.
Bila dah tinggal satu rumah, garisan nipis antara kerja dan peribadi antara mereka semakin pudar. Perasaan yang selama ini tidak wujud mula timbul satu demi satu.
Tetapi mampukah hubungan yang dimulai dengan kepalsuan ini menghadapi dugaan perkahwinan yang mendatang?
Bolehkah Ardell bantu memadam masa silam yang selama ini selalu menghantui diri Nazhan?
(MY HIRED WIFE)
first time menulis, please be kind ˚ ༘♡ ⋆。˚