We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Intan1899's Reading List
140 stories
Perempuan simpanan tengku zafran mateen (c)    by sofeawriter
sofeawriter
  • WpView
    Reads 47,445
  • WpVote
    Votes 861
  • WpPart
    Parts 80
Sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, Tengku Zafran Mateen (35) tidak pernah sekalipun membiarkan hatinya berpaling arah. Bagi Zafran, kesetiaan adalah janji yang harus di jaga. Namun, rumah tangga yang di bina bersama Wardah Amara (33), seorang model antarabangsa yang semakin mengejar puncak kerjaya, perlahan-lahan runtuh tanpa di sedari. Wardah lebih memilih dunia glamor dan pentas peragaan berbanding kehangatan di rumah. Tekanan daripada mertua, Datin Rose Amanda dan Dato Nabil Zuhairi yang mendesak perihal zuriat menambah parah pada luka yang belum kering. Setiap kali Zafran berbincang dengan isterinya, Namun wardah akan membalas setiap kata yang zafran berikan oleh nya, membuatkan Zafran berasa seperti orang asing yang tidak bernilai di rumah sendiri. Dalam sisa kelelahan mencari erti bahagia, Zafran akhirnya memilih Hannah Andrea (24), pembantu peribadi yang selama ini menjadi satu-satunya pendengar setia. Bagi Andrea, ini bukan sekadar tugas, tetapi peluang keemasan yang sudah lama di nantikan peluang untuk memiliki lelaki yang sudah lama bertakhta di hatinya. Tanpa berfikir panjang akan risikonya, Andrea melangkah masuk ke dalam hidup Zafran sebagai perempuan simpanan, menukar dunianya demi cinta yang mungkin hanya lah satu kesilapan. Namun, adakah bahagia yang di impikan Andrea akan menjadi kenyataan, atau dia sebenarnya sedang melangkah masuk ke dalam lembah kesedihan yang tidak berpenghujung? Apabila rahsia mula terbongkar dan dendam mula bersarang, rumah tangga yang retak bakal berkecai. Di antara ego seorang model, kelembutan seorang pembantu peribadi, dan hati seorang suami yang sudah tawar siapakah yang akhirnya akan hancur lebur? "Ini merupakan karya ke enam saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang tidak henti-henti menyokong saya. Alhamdulillah, cerita ini sudah mencapai readers, saya sayang korang semua. Happy reading everyone 🤍
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 206,806
  • WpVote
    Votes 9,248
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 410,087
  • WpVote
    Votes 15,464
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 167,925
  • WpVote
    Votes 13,394
  • WpPart
    Parts 51
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
THE PLAYBOY [C] by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 5,613,791
  • WpVote
    Votes 143,066
  • WpPart
    Parts 79
⚠️ known before as @Mrs Haiden Riyaz❗[UNEDITED VERSION] *** First book of '𝒯𝒽𝑒 𝒮𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈' 🌸 - WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Haiden Riyaz, Namanya indah seperti tuannya. Jiwanya licik seperti matanya. Hatinya kejam tanpa sebarang perasaan. Nafsunya mengalah syaitan. Saat mata terpaku pada si jelita, jiwanya memberontak inginkan si gadis meskipun menghancurkan kehidupan si gadis tersebut. Maruah dirampas sebegitu sahaja. Ariana, Manis seperti dirinya. Kesucian yang dijaga ternoda begitu sahaja kerana kerakusan nafsu sang jejaka. Menangis pun tiada guna kerana maruah sudah tergadai. Kejadian dua tahun lalu digunakan untuk menghancurkan hubungan si wanita. Jahat? Ya, dia jahat. Namun, saat ikatan tidak rela terjadi. Mengapa benci menjadi ganti? Wujudkah cinta buat mereka? "Ariana perempuan pertama dan terakhir buat abang, tiada wanita bisa mengantikan Ariana,"
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,060,827
  • WpVote
    Votes 67,896
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
[C & UNEDITED] Cinta Berakhir Bahagia by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 674,108
  • WpVote
    Votes 1,778
  • WpPart
    Parts 39
Agency Series (3) ⚠️ Trigger Warning ⚠️ This story includes scenes of domestic violence, emotional manipulation, unhealthy relationships, and situations that should not be imitated in real life. Please remember: this is a work of fiction. These behaviours are portrayed for the sake of the story and are never acceptable in reality. If you ever find yourself in such a situation, please seek help and support. Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa jejak, tiba-tiba muncul semula, mengganggu hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali, tapi kali ini sebagai bakal suami kepada sepupunya. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan disusun dengan penuh teliti. Helena mahu Eden merasai kepedihan yang sama, ditinggalkan tanpa sebab yang jelas. Tambahan pula, hati kecilnya sakit melihat Eden bahagia bersama sepupunya, sedangkan dia? Terperangkap dalam bayangan kenangan yang tak pernah selesai. "It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena "It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin Pelan yang disangka sempurna, akhirnya mulai runtuh. Hidup Helena, yang selama ini bagaikan seorang puteri, kini berubah sepenuhnya, 180 darjah ke arah yang tak pernah dia duga. "Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena "Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin Takdir mengikat mereka dengan cara yang tak terduga. Seorang perempuan, yang masih dihantui dengan kenangan cinta yang belum padam, dipaksa hidup bersama lelaki yang pernah meninggalkan luka dalam hatinya. Highest rankings: #1 novelmelayu #1 fiksyen #1 agency #1 drama #1 misteri #1 dendam #1 revenge #1 romance #1 kahwin #1 mystery #1 romantic #1 angst #1 love #1 malay
Sempurnakan Cinta Kita (C) by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 364,192
  • WpVote
    Votes 10,165
  • WpPart
    Parts 52
'Sempurnakan Cinta Kita' ⭑.ᐟLet me introduce the characters in this story⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Muhammad Arif Iskandar (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabella Natasya (26 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haiqal (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabila Natasya (24 Tahun) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤ Muhammad Danish Haiqal (5 Tahun) ╰┈➤ Rose Laylina (25 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Alif Hazriq (29 Tahun) ╰┈➤ Nur Qaisara Amani (24 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Akif Azril (27 Tahun) ╰┈➤ Datin Tina (47 Tahun) ╰┈➤ Dato' Hassan (50 Tahun) ╰┈➤ Datin Emliy (53 Tahun) ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (28 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
MIKAEL'S : His Everlasting Love (TERBIT) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 708,238
  • WpVote
    Votes 833
  • WpPart
    Parts 2
RAJA MIKAEL x QASEH AMANDA "Forever hers, even in silence" PBAKL 2025
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,556,250
  • WpVote
    Votes 30,295
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?