TBR(Ongoing) [Malay]
32 stories
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7 by moonjni
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7
moonjni
  • Reads 1,274,824
  • Votes 62,731
  • Parts 91
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu mengaku kalah. "Hello Cik Adik kurang manis. Kau ingat kita orang bertiga nak mengorat kau? Jangan perasan!" - Bagi pihak lelaki juga tidak mahu kalah. Masing-masing tidak akan meletakkan ego ke tepi. "Dulu benci, sekarang apa?" "Sekarang sayang sampai ke Syurga" Start : 13 April 2024 End : 19 Julai 2024
[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔  by syakinah_m
[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔
syakinah_m
  • Reads 2,498
  • Votes 217
  • Parts 22
Allah sebaik-baik perancang... Dia, Efyana hanyalah seorang wanita yang hidup sebatang kera. Ditinggal keluarga sewaktu umur tiga belas tahun. Kini, menginjak usia dua puluh lapan tahun dan sudah mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka fesyen. Hidupnya ceria namun dalamannya hanya dia dan Tuhan sahaja tahu. Sikap dan ayat yang terpacul dari mulut bekas tunangnya sendiri, Raffiq suatu masa dulu bagaikan racun yang sentiasa mengalir di pembuluh darahnya. Tapi entah mengapa, Raffiq masih lagi mengejar dirinya setelah sekian lama memegang status bekas tunangnya. Efyana sudah bagi semuanya, tapi Raffiq sendiri runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata. Dia sudah tiada hati dengan Raffiq. Tiada! Hingga Efias ada. Lelaki yang seakan datang mengetuk pintu hatinya tanpa sengaja. Mengubah kesedihan perih menjadi kebahagiaan yang luhur. Lelaki yang begitu pandai berhujah. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti berisi dan penuh makna. Kerana itu, Efyana mula menyukainya. "Jangan sedih, saya ada."- Efias Efias itu bermulut manis, berhati hangat. Efyana tidak mahu melepaskannya namun apa kata takdir Tuhan, semuanya bagai punah tatkala dia kembali menjadi milik Raffiq. Kerana satu kejadian, dia bertindak melulu untuk mengakhiri hubungannya dengan Efias. Tanpa bukti yang kukuh. Ditambah lagi hasutan Fasya. Suara sumbang Raffiq, kekuatannya kian merosot. "Kalau ini keputusan awak, saya takkan paksa. Saya ikhlas. Tapi janji dengan saya, awak akan selalu bahagia. Biarpun bukan dengan saya lagi."- Efias Dia sendiri yang menjerumuskan dirinya ke dalam jurang yang terdalam. Dia yang nekad. Dia yang mahu meninggalkan Efias, tetapi kenapa hatinya tidak mampu untuk menerima? Ini bukan tentang penyesalan tapi tentang pilihan! Bahagia itu ada pada hati yang reda. Jika memang Efias bukan tercipta untuknya, maka dia akan mengikhlaskan semuanya. Kerana dia yakin, Allah pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada jiwa yang ikhlas dan sabar. Pasti! Start: 3/2
QAYYUM'S WEAKNESS | OG by nabilllss
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
nabilllss
  • Reads 899,229
  • Votes 69,153
  • Parts 56
KF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan ibu kandungnya. Jejaka ini pantas dalam menyelesaikan setiap tugas, atau lebih dikenali sebagai penggodam tercekap dalam The Locos. KHALISA FREDELLA | Gadis jelita berkacukan Jerman & berusia 20 tahun. Sikapnya yang tegas dan keras kepala telahpun dikenali oleh setiap unit The Locos mahupun keluarga sendiri. Mudah membuka hati untuk seseorang sedangkan perasaannya hanya diperbodohkan. Pertunangan Fredella bersama Tengku Uqael bukanlah atas permintaan sesiapa, malah gadis itu sendiri yang bersetuju akibat telah jatuh hati padanya. ❝Am I not perfect enough for you, Uqael?❞-Fredella Hanya Qayyum yang mengetahui siapa disebalik Tengku Uqael. Dihujung jari saja bagi dia untuk merungkai segala-galanya demi kebaikan Cik Mudanya. Hari demi hari, ada sesuatu yang menarik perhatian Fredella terhadap Qayyum. He's too possessive! Dalam diam jejaka itu melindunginya. ❝She deserves to be mine!❞ -Qayyum ❝Saya... saya nak awak, Fredella.❞ -Qayyum •DARK ROMANCE •Cringe + sweet & bitter storyline •He's possessive and she's cold ⚠️Traumatised part ⚠️Harsh words ⚠️Fake scenes/code ⚠️Grammar error ⚠️Plagiarism is not allowed ↳ TOP 10 / HIGHEST RANKING #4 in tuan | 14.12.2022 #6 in cinta | 4.2.2023 #2 in sweetheart | 24.3.2023 #3 in plot twist | 4.9.2023 All Rights Reserved @nabilllss
HOUSEHUSBAND MAFIA by CIK_ZALIKHA
HOUSEHUSBAND MAFIA
CIK_ZALIKHA
  • Reads 303,123
  • Votes 30,559
  • Parts 28
STOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad HansAndrew bin Megat Naufal cuma nak pikat hati beku si isteri. Entahlah apa kurang di mata dia. Aku seorang yang perfect okay? kacak, tinggi, dan berharta tapi malangnya sikit pun dia tidak pandang.Dia tidak nampakkah betapa ikhlasnya aku mengahwini dia biarpun aku dipaksa untuk terima dia kerana kedua orang tuaku? oh, sayang please... apa yang kau nak aku buat? "Bos, are you serious? Daripada pegang pedang samurai dan pancung kepala orang boleh bertukar jadi pegang senduk dekat dapur dan siang ikan? bos takut bini ke?" "Sorry, ini bukan takut bini. Tapi hormat isteri." Bila depan Aisyah, dia jadi househusband. Bila dibelakang Aisyah, automatik bertukar menjadi househusband Mafia. Bayangkan, sedang berperang dengan musuh boleh pula dia mendapat panggilan daripada Aisyah yang menunggunya pulang untuk makan malam. Oh My jatuh maruah aku sebagai mafia tergarang! "Lambat balik? Awak ke mana?" "Abang pergi beli barang bayi, sayang." "sejak bila kita ada anak?" Macam manalah aku nak teruskan dua karakter ini? Sampai bila aku harus berlakon dihadapan isteri sendiri? Dia sangka, dialah suami paling jahat kerana menyembunyikan kerja sebenarnya tapi hakikatnya wanita itu lebih licik daripada yang disangka. Remuk hati apabila ditipu dan dipermainkan. "Hei, kalau kau nak bunuh aku sangat-sangat bukan dengan cara ni lah! Aku boleh terima semua benda dalam dunia ni, tapi bukan penipuan!" "Kalau saya nak bunuh, dari hari pertama kita kahwin lagi saya dah bunuh awak!" "Tak kesahlah apa alasan kau sekali pun. Mulai sekarang, detik ini pada pukul 9 malam, kau bukan isteri aku lagi! Kau tetap akan jadi musuh aku sampai bila-bila dan aku akan cari cara supaya kau lenyap dari muka bumi ni Izz Aisyah!"
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
THE SPLIT : BRAHMS
CIK_ZALIKHA
  • Reads 516,569
  • Votes 43,209
  • Parts 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
EVA by CIK_ZALIKHA
EVA
CIK_ZALIKHA
  • Reads 67,510
  • Votes 6,498
  • Parts 12
"Macam mana kau hancurkan hidup dia. Macam itu juga aku akan hancurkan hidup kau."-EVA EVA INAYA, hidupnya berubah 180 darjah setelah kematian Iris, sahabat baiknya. Dia yang dulunya seorang yang pemurah dengan senyuman, kini sombong. Semuanya kerana dendam yang lama tersimpan hingga menjadi nanah. Dia harus bangkit bagi menghapuskan lelaki-lelaki durjana yang telah menghancurkan hidupnya dan arwah Iris. . Dan dia, tidak sesekali percaya akan dunia perkahwinan dan CINTA! "Saya tak ingat rumah saya dekat mana. Tapi boleh tak awak tolong hantarkan saya balik rumah? Saya takut mama saya marah..." EZRAN. EZRAN, seorang yang tak berapa nak sempurna dek kerana waktu kecil dahulu terkena demam panas. Bendul. Tak reti hidup berdikari. Persis budak kecil umur 10 tahun. Namun, dikurniakan otak yang sangat bijak pandai. Dia mempunyai satu keinginan. Iaitu mahukan isteri. Malangnya, Dato' Hanif dan Datin Shima tidak membenarkannya. "Selagi abang tak pandai nak berdikari. Mama dengan papa tak boleh biarkan Ezran kahwin. Apa? Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?"- DATIN SHIMA "Tapi abang Zahrin boleh aje dapat dua tiga perempuan dalam masa sehari? EZRAN cuma minta satu aje." EZRAN. Terkedu. Oleh kerana sudah berjanji, maka Datin Shima dan Dato' Hanif pun bercadang untuk aturkan temu janji buat anak lelaki mereka. Sebanyak 30 calon wanita hadir semasa temu janji di sebuah restoran hotel lima bintang, tapi 29 ditolak. "Saya rasa dia takkan datang, Tuan. Apa kata kita balik aje?" "Tapi papa dah cakap, diaorang semua akan datang. Sabarlah kejap. Mungkin lagi lima minit?" -EZRAN "Siapa calon yang terakhir tu? Biar saya maklumkan pada Dato yang dia tidak dapat hadir." "Eva. Eva Inaya." -EZRAN "I'm here." Apakah cinta itu benar-benar tidak wujud bagi Eva buat selama-lamanya? Dan Dapatkah Ezran menjadi seorang suami yang sempurna buat seorang wanita yang dia dambakan? "Awak boleh gunakan saya. Buatlah apa pun. Memang saya ni suami yang bodohkan pada awak?"-EZRAN
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
MR PIRATE [Complete]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 5,139,539
  • Votes 389,005
  • Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
AKU BENCI KAU by easyizzy
AKU BENCI KAU
easyizzy
  • Reads 4,512
  • Votes 561
  • Parts 11
AKU BENCI KAU - [ 2023 ] 𝒜𝓃𝒹𝒾𝓀𝒶 𝓏𝒶𝓋𝒾𝑒𝓇 & 𝐸𝓇𝒾𝓎𝓁𝓃𝒶 𝐸𝓈𝓉𝓇𝑒𝓁𝓁𝒶 " We meet again, my sayang. " - AZ " Kepala hotak sayang kau! Jijik! " - EE Bertahun - tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu hidupnya terasa tenang, aman dan harmoni.Tiada bala langsung! Namun, malang tidak berbau busuk seperti perangai lelaki itu, mereka dipertemukan semula disebuah syarikat sebagai seorang majikan dan seorang pekerja. " Kenapa kau nak kerja kat company aku ni? Kau suka aku ke apa? Haihh, aura aku ni memang senang betul buatkan orang lain jatuh cinta dekat aku..Susah, tak tenang aku kerja dibuatnya. " - AZ " Eww, kau tengah cakap apa ni Andika? Kembang tekak aku tahu tak? Perasan tahap nak mampus! Sumpah narcissist! " - EE Takut dan mengalah dengan Andika? Itu bukan Eriylna Estrella.Andika menyusahkan hidupnya? Hidup lelaki itu pun pasti akan dia susahkan dua kali ganda. Orang disekeliling mereka yang melihat tingkah " Tom and Jerry " mereka itu hanya mampu menggelengkan kepala.Orang - orang tua kan ada cakap.. Jangan benci sangat, nanti tersuka! *** Start : 22 march 2023 Status : ongoing Cast : Andika zavier & Eriylna Estrella
HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus] by easyizzy
HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus]
easyizzy
  • Reads 40,522
  • Votes 4,361
  • Parts 9
[ 2021 ] HEART : THE HACKER'S PRINCESS [SLOW UPDATE] "Aku diam, kalau kau tak kacau aku." CARLOS BERNARD, lelaki asal German yang berperwatakan sangat pendiam.Hanya bersuara bila ada perlu, dan diam sekiranya tiada apa yang penting.Namun, dalam diam nya turut tersimpan seribu kemahiran serta tarikan.Bukan setakat wajahnya yang tampan, malah pemuda berumur 27 tahun ini juga sangat mahir dalam bidang komputer.Apa saja maklumat yang dia inginkan, pasti akan dapat ditemui dalam sekelip mata.Kerana dia ialah.. The silent hacker. "Ya Allah, pertemukan lah aku dengan lelaki yang ikhlas dalam mencintai aku.." MAYA ZALEA, seorang gadis yang sejak kecil lagi sudahpun menyimpan cita - cita untuk menjadi seorang guru.Tapi pada zaman moden ini, apa saja yang kita boleh dapat tanpa duit? Apatah lagi bagi dirinya yang sudah kehilangan kedua ibubapanya diawal umur 15 tahun lagi.Walau begitu, dia tetap bersyukur dengan segala yang telah di kurniakan kepadanya.Tidak pernah sekali pun dia terfikir untuk mengeluh tentang rezeki dan jalan hidupnya.Dia tahu, setiap orang pasti akan ada bahagianya sendiri. "Kau kenapa ni?" - CARLOS BERNARD. "To-tolong saya encik.." - MAYA ZALEA Bertemunya mereka berdua umpama membuka jalan cerita baru.Tanpa mereka sedari, itu ialah takdir mereka. *** [ Action x romance ] [ Carlos Bernard x Maya Zalea ] Start : 28 okt 2021 Status : On going
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK by easyizzy
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
easyizzy
  • Reads 555,797
  • Votes 43,931
  • Parts 50
[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku secara tidak sengaja itu telah merubah hidup Elyana.Hidupnya yang sebelum ini tidak pernah menyimpan perasaan pada seseorang, kini sudah berubah. Dari pagi sampailah malam, hanya wajah dan suara lelaki itu yang mengisi ruangan fikirannya.Tiada lain selain daripada hal lelaki itu.Tambahan lagi bila gadis itu sejak kecil lagi menyimpan angan - angan untuk mengahwini lelaki dingin dan sombong! Bagi FAER MAHFUZ pula, tiada apa yang menariknya untuk menyimpan gadis itu didalam memori.Dia yakin yang semuanya berlaku secara kebetulan dan bukan takdir. Masih ada yang perkara penting lain yang perlu dia uruskan.Dan sudah pasti, tidak berkaitan langsung dengan gadis yang dijumpai dikedai bunga tersebut. Semuanya memang benar kebetulan, tapi tidak setelah Elyana bertemu dengan Datin Farah aka umi Faer.Nak senang cerita, bakal ibu mertuanya, ehek! "Kamu suka anak auntie ke, Yana?"- DATIN FARAH. "Suka! Suka sangat - sangat, auntie."- NUR ELYANA ERIKA. "Faer tak kenal dia, umi."- FAER MAHFUZ. *** [Faermahfuz×Elyanaerika] [sweet×romance] Start : still waiting. Status : on going.