piaadude's Reading List
27 stories
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 49,782
  • WpVote
    Votes 5,357
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,909,647
  • WpVote
    Votes 19,442
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
[EBOOK] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 421,383
  • WpVote
    Votes 2,800
  • WpPart
    Parts 8
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 723,696
  • WpVote
    Votes 6,553
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 5,763,706
  • WpVote
    Votes 98,021
  • WpPart
    Parts 40
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemuan pertama mereka yang tidak dijangka. Niat Nasya hanya ingin memujuk si bayi yang menangis. Namun tidak sangka pula dia akan ditawarkan untuk menjadi babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora itu. Bekerja di bawah majikan seperti Andi, bukanlah sesuatu yang mudah. Huru-hara. Perang mulut sentiasa berlaku di antara mereka. "Woi, berani kau tipu aku ya?" "Betullah tadi ada Lady Gaga lalu. Tapi bila dia nampak muka encik, dia terus blah. Mungkin muka encik macam pembunuh kot." Kemunculan Rachel yang berniat mahu membalas dendam memaksa Andi untuk mengahwini Nasya demi menjaga keselamatan gadis itu dengan anaknya, Elsa. Perkahwinan yang terbina atas dasar ingin menjaga mula memutikkan bunga-bunga cinta. Namun di saat mereka baru ingin merasai kemanisan berumahtangga, dugaan pula hadir bertimpa. Seorang demi seorang musuh Andi muncul atas misi yang sama. Iaitu... Balas dendam! Mampukah Andi untuk menjaga Nasya dan Elsa? Mampukah dia menjaga keduanya daripada menjadi 'toy' dalam setiap 'game' di antara dia dan musuh-musuhnya? "You may hold my hand for a while, but you can hold my heart forever." ⚠ WARNING!! Terdapat beberapa perkataan dan bahasa kasar di dalam cerita ini. Harap maaf.
[C] TERLUKIS INDAH. by celestialunee
celestialunee
  • WpView
    Reads 1,104,046
  • WpVote
    Votes 43,162
  • WpPart
    Parts 64
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ FIRST BOOK OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi dah! Ian janji Ian akan jadi suami yang kuat yang akan lindungi Alana macam yang Lana nak tapi tolonglah jangan tinggalkan Ian, Lana. Ian cintakan Lana! Ian minta maaf sebab tak sihat, sebab terencat. Ian minta maaf sayang." - GIBRAN QAISER ✦⋆ "Sekali lagi kau sentuh suami aku, aku tak teragak-agak nak pecahkan kepala kau, faham?" - ALANA MAYLEA ✦⋆ publish : 8 august 2023 draft : 7 april 2023 status : complete
Obessions: Tengku Haris Daniel My Flower  by moon__vyle
moon__vyle
  • WpView
    Reads 3,405
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 8
"I will chase your love untill you return to my lap" start : 13/9/23 end: -
𝐇𝐈𝐒 𝐓𝐑𝐄𝐀𝐒𝐔𝐑𝐄 : 𝐅𝐎𝐑𝐁𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐎𝐆 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 8,174
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 9
𝐋𝐔𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐎𝐔𝐒 1 Asyfryna Dhamira dan Raja Aqeef . Dua insan yang pernah berkongsi cinta selama lima tahun di Sapienza University of Rome , kini terpisah oleh satu tragedi . Kemalangan yang menimpa Asyfryna bukan sahaja meragut hampir separuh memorinya , tetapi juga membiarkan dirinya hidup dalam sebuah teka-teki yang tidak pernah dia fahami . Raja Aqeef , seorang lelaki yang dingin dan penuh dendam , kembali dalam hidup Asyfryna bukan sebagai kekasih , tetapi sebagai seseorang yang ingin mengajarnya tentang sakitnya kehilangan . Dia membawa Asyfryna ke Malaysia untuk urusan syarikatnya , Luna Nerra Holdings , tanpa memberi ruang untuk penolakan . Di mata Raja , Asyfryna adalah pengkhianat , wanita yang pernah dia cintai sepenuh hati tetapi telah menghancurkan kepercayaannya . Namun , semakin lama mereka bersama , semakin banyak rahsia lama yang terbongkar . Asyfryna mula mempersoalkan kebenaran di sebalik semua tuduhan Raja . Adakah dia benar-benar seorang pendusta seperti yang Raja percayai , atau ada sesuatu yang telah diambil daripadanya bersama memorinya ? Dalam satu perjalanan ke Paris , di acara gala syarikat , ketegangan antara mereka semakin memuncak . Mata Raja penuh dengan amarah , tetapi jauh di sudut hatinya , ada perasaan yang tidak pernah mati . Asyfryna , dengan hati yang rapuh tetapi ingin mencari jawapan , tidak mahu tunduk kepada keangkuhan Raja . Di antara dendam dan cinta , antara ingatan yang kabur dan kebenaran yang terpendam , mampukah mereka menemukan semula kisah yang telah lama hilang ? Atau semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki ? ⚠️ -tidak meniru mana ii cetakkan yang lain -segala kesalahan boleh pm -no hating allowed -11+ only -banyak menggunakan bahasa pasar / kasar -tiada kena mengena dengan HLS .