ONGOING ❤️‍🔥
6 stories
NADA TANPA SUARA (OG) by hazyserenee
hazyserenee
  • WpView
    Reads 1,079
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 3
🌙 "In another life, maybe we would've been a perfect pair." NAYLA ARABELLAA.Seorang wanita yang hidupnya dipenuhi masalah.Apa sahaja yang dia lakukan,malang akan menanti.Gila.Ya,dia gila.Menjadi penghidap penyakit Bipolar Disorder adalah tidak mudah.Setiap masa,setiap saat,percubaan menamatkan nyawa adalah perkara biasa bagi dia.Dia reda.Mungkin hidupnya memang ditakdirkan begini. "Abang sayang Bellaa.Sayang yang abang tak tahu nak terangkan macam mana.Sayang yang lebih daripada abang sayang diri abang.Bellaa janji jangan tinggalkan abang,ya?" MUHAMMAD AYDEEN ZHAREF.Seorang lelaki yang luarannya sentiasa tenang.Tetapi di dalam? Tiada siapa tahu.Dia mungkin kelihatan normal,tetapi,hanya orang-orang yang terdekat sahaja yang tahu.Hendak berkomunikasi pun sukar.Dia selalu mempersoalkan kenapa dia dilahirkan cacat sebegini? Tapi lama kelamaan,dia menerima bahawa Tuhan telah menulis takdirnya untuk diberi keistimewaan ini. "Sayang dah janji dengan abang...sayang ingkari janji sayang..." Adakah cinta mereka kekal bersama sehingga ke hari tua? Dapatkah Nayla pulih dari penyakitnya? Mampukah Aydeen menempuh pelbagai cabaran yang akan datang?
SESAL DALAM RINDU by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 3,094
  • WpVote
    Votes 300
  • WpPart
    Parts 1
Coming not so soon 🩶
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 621,839
  • WpVote
    Votes 915
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
BUKAN KALI INI [EBOOK] by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 366,403
  • WpVote
    Votes 3,844
  • WpPart
    Parts 13
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lelaki itu ada. Tengku suruh orang ikut saya ke? ~ Dhea Walaupun ditolak berkali-kali lelaki itu langsung tidak berputus asa malah makin berani membawa Dhea berjumpa dengan bondanya, Tengku Aishah. Pertemuan demi pertemuan, Dhea mula merasakan ada sesuatu dihatinya. Bila lelaki itu menyepi, dia tertanya-tanya ke mana lelaki itu. Dhea, will you be mine? ~ Tengku Elhan Namun setelah kepercayaan diberi, ternyata ada sesuatu yang disembunyikan oleh Tengku Elhan. Tahniah sebab awak berjaya hancurkan saya ~ Dhea Dhea akhirnya pergi membawa diri. Sejak dari itu Tengku Elhan berubah menjadi baran. Setiap hari dia mencari Dhea namun tiada jejak. Sehinggalah setelah lima tahun, Camellia Edric seorang gadis mirip seperti Dhea muncul dalam hidup Tengku Elhan. Kerana gadis itu seakan-akan Dhea, Tengku Elhan mula mendekati gadis itu. Kau bukan Dhea ~ Tengku Elhan Saya Camellia, bukan Dhea ~ Camellia Tengku Elhan tidak berputus asa. Dia tetap akan mencari Dhea Haneesa. Adakah Tengku Elhan akan berjumpa kembali dengan Dhea? Adakah mereka masih ada peluang untuk bersama selepas lima tahun? 🌸 Cerita ini sudah dijual dalam bentuk Ebook berharga RM17 ✨ 🌸 Ada beberapa penambahan dalam scene menjadikan total chapter adalah 51 chapter
Badai Bahagia [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 133,718
  • WpVote
    Votes 12,507
  • WpPart
    Parts 79
2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Zinnirah Alwie Bertahun lamanya dia bertarung dengan penyakit mental dan fizikal, akhirnya gadis itu membuat keputusan untuk mencapai cita-cita dengan menyambung pelajaran di universiti yang sama dengan Mustaqim. Dan juga, Absyar Abid. "Mus, aku suka Zinnirah." - Absyar Abid "Kau tahukan apa yang telah berlaku pada Ji dan kau memilih untuk suka dia?" - Mustaqim Alwie Masa lalu? Ah, persetankan masa lalu! Perasaannya pada Zinnirah bukan main-main. "Izinkan aku lamar adik kau pada hari konvokesyen dia." - Absyar Abid Dan, dia lakukan hal itu. Namun, respon Zinnirah menggetarkan hatinya. "You deserve someone better than me. I have nothing left for you to be proud of, Absyar." - Zinnirah Alwie "Then, can you be that 'someone better' for me, Zinnirah?" - Absyar Abid. Mahligai bahagia baru tercipta namun badai yang melanda merencatkan segalanya. Perkahwinan yang menjadi nafas baru buat Zinnirah dan Absyar, kini menjadi ketakutan terbesar buat diri mereka. "Saya dah cakap dulu, I'm not worth to be fight for." - Zinnirah Alwie "Biar sekuat mana badai melanda, Absyar Abid akan sentiasa cintakan Zinnirah." - Absyar Abid 🚨 WARNING 🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (incurable disease, anxiety, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY 1 in #sliceoflife - 12/10/24, 28/2/25 Start: 17/1/24 End: 27/2/25
PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD) by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 404,611
  • WpVote
    Votes 31,814
  • WpPart
    Parts 38
# 1st Kingdom Chronicles | 𝕴𝖓𝖉𝖊𝖗𝖆𝖑𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku memang seorang puteri. Nama diberi Puteri Sarahana Sayang Binti Putera Riayatun Shah. Aku puteri yang dambakan sebuah kesederhanaan. Aya kata aku unik. Aku nak jadi cinderella. Tapi aku tak ada ibu dan kakak tiri untuk melengkapkan cerita. Aku nak jadi Snow white. Tapi aku tiada ibu tiri yang perangai macam penyihir. Aku nak jadi macam... Eh kau. Bersyukurlah Puteri Sarahana oii! Ada umi yang baik hati walaupun suka membebel. Ada baba yang sporting walaupun tegas. Dan ada abang-abang dan adik-adik lelaki yang ramai walaupun hampeh. Di luar istana, nama aku Sarahana. Orangnya baik. Lemah lembut? Sopan santun? Boleh tahanlah. Tapi dalam istana, aku adalah seorang Puteri. Yang suka memberontak. Degil. Langgar peraturan. Langgar curfew. Well that's normal. Semua penghuni istana dah masak dah dengan perangai aku. Dan dengan penuh rasa terpaksa, aku kena praktikal di Istana Besar. Tak menarik pun kisah istana ni. Bagi akulah. "Maaf tapi awak seorang sahaja yang kena tarik masuk bahagian protokol pemakaian diraja." Serius lah? Ah sudah. Pandai betul praktikal ni bergurau dengan aku. "Beta tak mahu panggil awak babygirl. Bukan tesoro. Bukan juga honey. But i shall call you my espresso." Tak sweet betul Putera Mahkota ni. Apa barang panggil aku espresso? "Tapi kenapa espresso Tuanku?" "Espresso is my favorite. And so are you." Apakah? Aku tak tahu sama ada aku patut... A) Jatuh cinta? B) Berdiri macam patung? Atau... C) Gelak terguling? Putera Mahkota saja nak berlawak dengan aku agaknya. "I've fallen for you." Tapi Putera Mahkota itu jatuh cinta dengan aku yang 'di luar istana'. Dia belum tahu lagi macam mana perangai aku di dalam istana. Kalau dia tahu, dia tetap akan suka aku ke. "Raja tak lengkap tanpa permaisuri. Oleh sebab itu bonda dan ayahanda beta datang merisik Tuan Puteri Sarahana Sayang. Untuk menjadi isteri beta." Start: 3 May 2020 End:--