Still reading (on going)
21 stories
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,032,626
  • WpVote
    Votes 42,748
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Surat Cinta Buat Kekasih [OG] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 39,123
  • WpVote
    Votes 1,931
  • WpPart
    Parts 23
Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus. Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan. Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla. Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta. Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 60,603
  • WpVote
    Votes 5,436
  • WpPart
    Parts 34
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 86,576
  • WpVote
    Votes 6,275
  • WpPart
    Parts 59
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
MAHKOTA UNTUK TIARA by hazzinoe
hazzinoe
  • WpView
    Reads 33,029
  • WpVote
    Votes 1,049
  • WpPart
    Parts 49
REZHAN BAHTERA, pelumba motosikal ternama dan berbakat, sentiasa menakluk setiap litar perlumbaan dan mencuri hati peminat. Di sebalik kejayaannya, hatinya hanya terpaut pada seorang wanita - NADA ZALEA, seorang pereka dalaman berbakat dan berdikari. Mereka bertunang, dan semua orang menantikan detik bahagia pernikahan mereka. Namun, takdir berkata sebaliknya. Pada hari pernikahan, Nada Zalea menghilang tanpa sebarang berita, meninggalkan Rezhan Bahtera dalam kesunyian dan kekecewaan yang mendalam. Tahun-tahun berlalu, dan kehidupan mereka masing-masing terus berjalan. Tanpa disangka, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka. Adakah ini sekadar peluang kedua yang diberikan oleh takdir, atau adakah hati mereka memang dari awal sudah ditakdirkan untuk bersatu? ISAAC ARVIAN, seorang penyanyi terkenal dari Indonesia, yang hadir dalam hidup Nada Zalea ketika dia masih dibelenggu luka. Kehadiran Isaac Arvian mencetuskan konflik perasaan, membuatkan Zalea buntu antara cinta lama yang belum selesai dan peluang baharu yang tiba-tiba muncul. Rezhan Bahtera, lelaki yang setulus hati mencintai Nada Zalea. Tetapi bagaimana pula dengan Nada Zalea? Adakah cintanya masih untuk Rezhan Bahtera, atau hatinya mulai terpaut kepada Isaac Arvian? Atau mungkinkah hati mereka akan terus terperangkap dalam kekeliruan dan dilema cinta yang membingungkan?
Swastamita by ryliariszz
ryliariszz
  • WpView
    Reads 550
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 15
Melepaskan atau berjuang? Jika berjuang akan ada banyak hati yang terluka dan jika melepaskan, jiwa sendiri yang merana. diuji dengan dugaan membuatkan gadis ini tekad melakukan perkara di luar jangkuan minda. Disaat kaki melangkah, tidak seinci pun keputusan berpaling arah. Disaat semua dijangka habis...terbit satu perasan lain. Gelisah dan risau sering menghantuainya. "Ya Allah,adakah ini bayaran dan kesakitan yang aku perlu terima dalam membuat keputusan diwaktu dulu "- N.A.K "Dah berapa banyak nangis ni? Ada penuh selbaldi tak?" - M.N Dalam sibuk mencari balik jalan penyelesaian, ujian utama datang kembali menimpa. "Dia tinggalkan aku. Dia pergi dulu berbanding kami " A.A
 TERBIT|  DAIYAN HUMAIRA by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 75,444
  • WpVote
    Votes 701
  • WpPart
    Parts 6
[Versi Suntingan] [Misteri + Romance] "Berhenti mencari Daiyan atau kau akan binasa." Mula: 29 Julai 2023 Tamat: 22 December 2023 Sunting Mula: 2 December 2024 Tamat: 9 Jun 2025