daiseyspie's Reading List
8 stories
MAFIA'S POSSESSION [COMPLETE] by thecbldn
thecbldn
  • WpView
    Reads 9,965
  • WpVote
    Votes 587
  • WpPart
    Parts 42
KARYA KEEMPAT BY DEARBIHA Dunia Carina Elara hancur dalam sekelip mata. Pemergian ayahnya membawa lebih dari sekadar kesedihan-ia membawa malapetaka. Ivan, seorang mafia kejam, muncul di hadapan pintunya, menuntut sesuatu yang tidak pernah dia jangka-kebebasannya. Terperangkap dalam cengkaman lelaki yang hanya melihatnya sebagai milik, Rina dipaksa tunduk pada perintah tanpa belas kasihan. Namun, ketika dia mula menerima takdirnya, seseorang muncul dalam gelap. Seorang lelaki bertopeng yang menculiknya dari genggaman Ivan-membawanya ke dalam dunia lain yang sama berbahaya. Nikolai, seorang mafia yang berbeza daripada Ivan, tetapi tetap seorang lelaki yang penuh misteri. Kini, Rina berada di antara dua kuasa besar, masing-masing mengaku memiliki dirinya. Lari bukan pilihan. Melawan hanya akan memburukkan keadaan. Di dunia mereka, dia hanyalah satu kepingan permainan... atau mungkin sesuatu yang lebih? Dalam permainan kuasa dan hak milik ini, siapa yang akan menang? Dan yang lebih penting-adakah Rina akan selamanya menjadi milik mereka, atau dia akan menemui jalan untuk bebas? 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒃𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂, 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏.
Pilihan Terakhir : VANO BENJAMIN [COMPLETE] by thecbldn
thecbldn
  • WpView
    Reads 53,937
  • WpVote
    Votes 1,374
  • WpPart
    Parts 22
KARYA PERTAMA BY DEARBIHA 𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu menghantui hidupnya. "Saya tak nak dengar awak cakap tak pandai. Orang lain boleh skor, takkan awak tak boleh?!" - Vano Demi apapun yang akan tejadi. Gadis itu mesti akan menjadi miliknya suatu hari nanti! Pelbagai cara yang dia lakukan untuk dapatkan gadis itu. Benci macam mana sekalipun, kalau dah jodoh tak kemana. "Jasmine adalah pilihan terakhir abang..." - Vano "I love you, abang..." - Jasmine Cerita ini mengandungi unsur 18+ Kalau rasa tak suka, jangan baca terima kasih. Maaf jikalau tatabahasa saya kurang memuaskan 🥰
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,331,281
  • WpVote
    Votes 328,742
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Secret brutal wife©️ by Chickenandnugget_
Chickenandnugget_
  • WpView
    Reads 329,492
  • WpVote
    Votes 12,615
  • WpPart
    Parts 21
•B O O K F O U R• (COMPLETE) ✔️✔️ ~•𝖒𝖞 𝖘𝖊𝖈𝖗𝖊𝖙 𝖇𝖗𝖚𝖙𝖆𝖑 𝖜𝖎𝖋𝖊•~ Korang kena baca story ni •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Mereka berdua terpaksa dikahwinkan atas kehendak tengku siti iaitu ibu kepada Tengku reid mikael yang berkerja sebagai Doctor di Hospital milik ayahnya sendiri. "aku taknak kau mengharapkan kebahagiaan dari aku, sebab aku sayangkan kalisya"- Reid Dalam perkahwinan hanya Tania seorang sahaja yang mengharapkan kebahagiaan dari seorang suami yang cintakan perempuan lain. "Asyik pakai baju colour dark je, takde baju lain ke?" - Reid Tania bukanlah seorang yang terlalu keperempuanan dia lebih kepada brutal, namun Reid langsung tidak tahu akan perangai sebenarnya, malah dia menjatuhkan lagi Tania tanpa memikirkan perasaannya. "No, match with my dark life"- Tania. ••••••••••••••••••••• Istana yang baru dibina, runtuh apabila datangnya orang ketiga, Tania di fitnah, dia ditimpa pelbagai tekanan dari orang sekeliling. "Suka jatuhkan orang lain, demi kepentingan diri sendiri, ya, tu lah kau"-Tania ••••••••••••••••••••• Read and Vote! My fifth story!💞 No copy❌ my own idea!
Cinta Tak Setaraf [ C ]  by minbrown_
minbrown_
  • WpView
    Reads 3,423,046
  • WpVote
    Votes 171,334
  • WpPart
    Parts 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan nak menghukum. Kau bukan tuhan nak menilai. Kau hamba Allah. It's up to you kau nak hina aku. Maki aku and so on. But make sure perempuan yang kau kata hina ni. Perempuan yang kau kata murah ni..Akan sendiri runtuhkan ego setan dalam diri kau. I will prove it. - Irsya. ____________________________ Sedar akan statusnya sebagai anak angkat. Sedar akan statusnya sebagai golongan terhina. Tapi dia sedar setiap apa yang diberiNya adalah yang terbaik. Sakit macam mana pun kena telan. Kena hadam. Hanya itu sahaja jalan terbaik bagi insan yang lemah sepertinya. _____________________________ Heh..Anak pungutan layak ke tinggal sebumbung? -Idhan. ××××× Terima kasih kerana pinjamkan dia untuknya walau sekejap. Terima kasih kerana beri dia peluang merasainya walau sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan segala perasaan bersamanya walau sekejap. Terima kasih. Terima kasih Ya Allah.. ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Duda Cold Hearted (COMPLETED) by cahaya-mata
cahaya-mata
  • WpView
    Reads 142,918
  • WpVote
    Votes 3,644
  • WpPart
    Parts 25
Mohd Adam Firdaus merupakan seorang duda. Dia sejenis lelaki yang suka berterus-terang (straight forward). Kalau dia cakap tidak, maka tidaklah. Dia paling pantang jika orang tidak mendengar kata-katanya. Tidak pula pada Haura Irdina. Haura ialah anak kepada kawan baik ibu Adam. Atau merangkap bakal isterinya. Dia seorang perempuan yang susah nak dengar kata, degil, dan suka berfikiran negatif. Maklumlah, usianya masih muda. Orang kata apa, fikiran tak matang. Mana taknya, umurnya baru masuk 21 tahun. Satu hari, mereka dikahwinkan atas kehendak keluarga mereka. Haura tidak bersetuju dikahwinkan dengan Adam. Begitu juga dengan Adam. Pada Haura, dia ialah, diantara lelaki yang pertama paling Haura benci, kerana sifatnya yang suka merendahkan kaum wanita. Baginya, wanita tidak layak disayangi, dan hanya sesuai dijadikan hamba. Adam bercerai sebelum ini, kerana bekas isterinya curang dengan lelaki lain. Disebabkan itulah, sampai sekarang dia menganggap kaum wanita itu semua sama.
Fahrin Mikael: Love and Addiction (completed) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 1,846,805
  • WpVote
    Votes 186,302
  • WpPart
    Parts 78
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,275,124
  • WpVote
    Votes 26,918
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23