Noorsakinahrameli's Reading List
190 stories
SETIA by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 12,756
  • WpVote
    Votes 1,383
  • WpPart
    Parts 48
Damia Iris Siapa sangka gadis yang memiliki raut wajah yang begitu anggun namun mempunyai jiwa yang begitu kental adalah merupakan teman wanita kepada seorang lelaki yang begitu dikenali gara-gara sikap kaki perempuan. Adrian Iskandar Dia mencintai wanita itu. Hanya wanita itu sahaja yang mengerti dan boleh menerima segala sikap nakalnya.Betapa pentingnya kehadiran dirinya di dalam hidup Iris menyebabkan Adrian tidak sanggup untuk melepaskan Iris pergi. "Ian janji untuk terus setia dengan Iris sampai bila-bila?Selain Ibu,Ian lah orang yang paling penting bagi Iris.Buktikan kepada Iris yang lelaki setia itu masih wujud."-Iris.. "Ian janji.Ian pun sayangkan Iris.Segala onak duri kita hadapi bersama."-Adrian.. Namun... "Baru Iris sedar yang selama ini kita tidak ditakdirkan untuk bersama.Ian pergilah cari kebahagian dengan wanita yang lebih sempurna.Anggap sahaja perkahwinan ini hanya sekadar pertemuan bagi kita berdua,walaupun usia perkenalan kita berdua lebih lama dari usia perkahwinan ini." Start-25.11.2024 Finish-
Aurora's Guardian by aersyifa
aersyifa
  • WpView
    Reads 2,806
  • WpVote
    Votes 312
  • WpPart
    Parts 10
Aurora Ruby Elaine, sebuah nama yang cukup terkenal dalam dunia fesyen. Seorang model yang cantik dan bergaya sehingga membuatkan ramai orang terpaku akan dirinya. Di mana sahaja gadis itu berada, cahaya kamera tidak pernah berhenti menyala di setiap tubuhnya, menangkap setiap sisi wajahnya kerana mereka tahu itu dapat menjadi hasil gambar yang sangat disukai oleh penggemarnya. Namun, semakin terkenal Aurora dimata dunia, semakin ramai penggemar dia yang mula bertindak melebihi batas. Perkara ini telah mendatangkan rasa risau dalam diri Miss Qaleeda, pemilik Oleanders Entertainment akan keselamatan model di bawah naungannya itu. Oleh itu, Miss Qaleeda mencadangkan Aurora untuk mempunyai bodyguard yang boleh memastikan dan menjaga keselamatannya di mana sahaja gadis itu berada. Dan muncul lah lelaki itu. Dia, Idrez Andika. Pendiam. Tenang. Dan terlalu sukar dibaca. Tidak seperti lelaki lain, Idrez langsung tidak cuba mengambil perhatian Aurora. Dan itulah perkara yang perlahan-lahan membuatkan Aurora semakin tertarik untuk mengetahui tentang latar belakang lelaki itu. Pada Aurora, dia masih belum tahu semua tentang Idrez, lelaki itu bagai sedang menyembunyikan sesuatu mengenai hidupnya. ______________ Started date : 11 June 2026 Ended date : -
Dr. Semantik Cinta by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 9,268
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 41
[COMPLETED] Lecturer & Student Edition Di fakulti, dia pensyarah 'hot' yang paling diminati. Di luar kampus, dia cuma seorang lelaki berumur 35 tahun yang penat disoal, "Bila nak kawin?" Bagi Dr. Fairel Calief Atharizz, pelajarnya tidak lebih daripada sekadar adik-adik. Mendidik itu keutamaan, cinta itu kemudian. Namun, tanggapannya punah bila perkahwinan aturan keluarga menemukan dia dengan Inara Helena-pelajar fakultinya sendiri yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) empayar perniagaan keluarga! Bernikah dengan pensyarah sendiri? Itu langsung tiada dalam perancangan Inara. Demi menjaga nama baik keluarga dan amanah kerjaya, mereka sepakat merahsiakan status rumah tangga. Maka bermulalah lakonan acuh tak acuh di dewan kuliah dan sikap Fairel yang selalu menduga kesabaran Ammara di depan pelajar lain! Ingatkan hidup berahsia ini tenang, rupanya tidak. Gaya hidup mewah Inara dan kereta mewah yang memukau mata mula mencetuskan fitnah hangat warga kampus, sehinggalah satu hantaran di confession universiti membongkar segala-galanya dan meletupkan ruang media sosial. Daripada hubungan 'pensyarah-pelajar' kepada rahsia yang terbongkar, mampukah Fairel dan Inara mempertahankan cinta ini?
Benci Sedingin Harraz (OG) by naura_modric
naura_modric
  • WpView
    Reads 9,414
  • WpVote
    Votes 1,072
  • WpPart
    Parts 43
Harraz Mikael tidak mahu berkahwin. lebih-lebih lagi dengan wanita yang langsung tidak dikenalinya. Namun satu akad menjadikan Nuur Humairah isterinya, dan sebuah rumah menjadikan mereka dua orang asing yang terpaksa berkongsi kehidupan. Harraz memilih jarak. Humairah memilih sabar. Hari berganti bulan, sehingga Humairah akhirnya belajar menerima bahawa perkahwinan mereka mungkin tidak akan pernah menjadi lebih daripada sekadar nama di atas kertas. Malangnya bagi Harraz, ketika isterinya berhenti berharap... dia pula mula mencari. Suara yang selama ini tidak dipedulikan. Kehadiran yang pernah dianggap menyusahkan. Dan sekeping hati yang mungkin sudah terlalu lama dia biarkan menunggu. Bagaimana jika kebahagiaan yang paling Harraz perlukan selama ini ialah kebahagiaan yang pernah dia tolak sendiri?
Veil Of Eternity ( OnG ) by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 886
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 19
A sequel to Veil of Devotion. Mereka tidak pernah sepatutnya bertemu, apatah lagi jatuh cinta. Hud Zaedan hidup dalam dunia yang dipenuhi kuasa, kemewahan dan kegelapan. Hannah Léyana pula terbiasa hidup dengan caranya sendiri tanpa meminta simpati, tanpa mengharapkan kebaikan sesiapa. "Stay away from me, Hannah. Kau tak tahu what you're getting yourself into bila kau pilih untuk dekat dengan aku." - Hud Zaedan "Maybe I know exactly what I'm choosing, Zaedan. Cuma kau yang belum sedar. I'm not the kind of woman who walks away just because you're dangerous." Hannah Léyana Dua hati yang sama-sama keras. Dua kehidupan yang tidak pernah sepatutnya bersatu. Namun, sebuah pertemuan mengubah segala-galanya. Apa yang bermula sebagai sesuatu yang terlarang perlahan-lahan bertukar menjadi perasaan yang tidak mampu mereka nafikan. Antara rahsia, keinginan dan batas yang tidak sepatutnya mereka langgar, Hud dan Hannah terperangkap dalam sebuah hubungan yang semakin sukar untuk mereka tinggalkan.
Bisikan al-Qadr  by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 4,175
  • WpVote
    Votes 148
  • WpPart
    Parts 24
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?
Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti. (COMPLETED) by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 5,570
  • WpVote
    Votes 449
  • WpPart
    Parts 60
Di hujung nafasnya, masa bukan lagi sekadar detik - tetapi hukuman. Tengku Adriana, satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga elit Tengku Hisyam, hidup dengan penyakit misteri akibat hentakan yang hampir meragut nyawanya. Namun itu bukanlah takdir paling pahit. Selepas tamat peperiksaan SPM, dia dituduh membunuh tanpa niat - sebuah tuduhan yang bukan miliknya. Demi melindungi seseorang yang dirahsiakan, dia terpaksa menggalas status pesalah muda di Sekolah Henry Gurney. Bertahun-tahun kemudian, dia muncul kembali. Bukan sekadar gadis lemah yang disisihkan, tetapi seorang wanita bijak, mahir dalam dunia teknologi dan bayangan gelap. Namun penyakitnya terus menghantui, jarum jam hidupnya semakin hampir berhenti. Kini, dengan masa yang semakin menyempit, Adriana harus menyelesaikan misi terakhir - mengumpulkan adik-beradik tirinya daripada tiga ibu berbeza dan membongkar kebenaran yang disembunyikan keluarga. Setiap langkah adalah perjuangan. Setiap rahsia boleh meragut nyawanya. Dan setiap hela nafas mungkin yang terakhir. "Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti."
HER PERSONAL PAPARAZZI ⚠️ by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,397
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 4
[ STAND ALONE. ] Dendam serta dendam ; menjadi kunci kisah mereka berdua. Sehingga satu perjanjian diikat bagi memudahkan dendam itu terlangsai. Nyawa dibawa ke dalam kotak permainan, antara kedua-dua dendam yang ada ; hanya satu yang akan berjaya. UPDATE : 8.30 P.M ‼️ Start : 30 August 2026 End :
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 229,427
  • WpVote
    Votes 15,002
  • WpPart
    Parts 67
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
Noktah. by deenn112
deenn112
  • WpView
    Reads 23,322
  • WpVote
    Votes 1,217
  • WpPart
    Parts 67
Beginikah rasanya apabila cinta berbalas? Apakah ia memang terasa indah sebegini? Apa ia akan kekal selamanya? Atau hanya untuk sementara? * * * Tengku Aqasyah, ketua unit elit Phantom, digeruni musuh dan disegani rakan. Hidupnya berkisar antara rahsia, darah dan masa silam yang belum selesai. Namun, di sebalik ketegasannya, tersimpan parut trauma masa lalu yang berpunca daripada musuh ketatnya, Darius. Kehadiran Sarah Safiyya, gadis yang ceria namun naif, menjadi cahaya yang berjaya menembusi tembok ais dalam jiwa Qasy. Wanita ini menjadi satu-satunya titik kelemahan di sebalik jiwa "Viper" yang dingin. Namun cinta yang hadir tanpa sengaja itu turut menarik Sarah ke dalam dunia yang sepatutnya tidak dia mengenalnya. "Awak kahwin dengan saya untuk rosakkan hidup saya ke, Qasy? Awak tahu yang awak ada musuh yang gila macam tu, tapi awak heret saya untuk terlibat sekali?!" - SarahSafiyya "Demi Allah, tak Sarah! Aku akui, pada awalnya... niat aku kahwin dengan kau memang untuk protect kau dari gangguan dia. Tapi Sarah, dengar sini..." "Niat tu terus berubah lepas aku lafaz akad kita. Aku ikhlas nak peristerikan kau sebagai bidadari dalam hidup aku." - TengkuAqasyah Apabila bahaya mula menghampiri, kepercayaan diuji dan kesetiaan dipertaruhkan. Setiap langkah ke hadapan membawa mereka semakin hampir ke garis penamat yang tidak pasti. Ia memaksa Qasy melanggar segala protokol kepolisian demi menyelamatkan nyawa insan tersayang. Mampukah dia mengekalkan sisa kewarasannya apabila trauma yang lama mula berakar? atau Adakah Noktah. yang dicari selama ini sebenarnya hanyalah satu lagi permulaan kepada kehancuran yang lebih besar? "Dunia aku mungkin berbahaya, tapi kau adalah satu-satunya alasan aku pulang untuk cari keamanan. Tolong, jangan tinggalkan aku, Sarah." 21/03/26