𝒃𝒆𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚🎀
92 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 349,735
  • WpVote
    Votes 28,451
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Dendam Cinta  by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 50,736
  • WpVote
    Votes 3,773
  • WpPart
    Parts 93
Book Vol 2: Luna Delara x Qaleef Hanan Spinoff : Cinta Helena Berkahwin tanpa cinta? Apakah ertinya? Bahagia? Takdir mempertemukan lagi mereka namun dalam versi yang begitu berbeza. Dahulunya seakan benci tapi kini berubah sayang? Apakah benar? "Kau ni pedofilia ka? Aku ni muda 2 tahun dari kau." "Baru 2 tahun. Apalah sangat umur yang berlandas angka tu? I still cantik kan?" QALEEF HANAN menerima takdirnya apabila dia harus menikahi gadis yang tidak pernah terlintas dalam takdir hidupnya. Gadis yang menjeratnya ke dalam perkahwinan ini. "Aku dah bertunang." "I don't care. I always get what I want." LUNA DELARA. Gadis yang menghancurkan hidup seorang Qaleef. Munculnya secara tiba-tiba dengan niat untuk menjadi isteri sah lelaki itu. Perkahwinan mereka terjalin atas cara yang mengorbankan perasaan yang lain namun bagi Luna dia tidak peduli asalkan lelaki itu menjadi miliknya. "Aku terima nikahnya, Luna Delara binti Syed Fawaz..." Tidak membenci mahupun menyakiti malah Qaleef memberikan seluruh cinta dan sayangnya pada gadis itu. "Syed Fawaz? Why does that name sound so familiar, Luna?" "I don't know, Qaleef. Kebetulan mungkin? You pun tahu I anak tunggal mana ada keluarga lain." Kerena cinta, Qaleef percaya. Kerana cinta, Qaleef larut dalam lembah dusta. Dan kerana cinta, Qaleef kalah dengan permainan Luna. Cinta bersulam dendam. Kasih bersulam dusta. Itulah kenyataan yang Luna simpan. Kata cinta yang menata di bibir hanya kepuraan semata dan niatnya cuma satu. Menjatuhkan seluruh keluarga Dato Qadir. "Kau pun tipu aku, kan?! Kau tak pernah cintakan aku sepanjang perkahwinan kita, Luna Delara!" "So? Nothing different between us, Qaleef. You never loved me. You chose me because I look like her, right?! Mampukah mereka bertahan dalam cinta yang bersulam dendam? Setiap langkah dalam perjalanan hati mereka seakan ditenun daripada benang luka lama, membuatkan cinta itu sendiri terasa rapuh, seperti menunggu masa untuk kembali pecah.
Cinta Helena [EDIT] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 99,034
  • WpVote
    Votes 5,300
  • WpPart
    Parts 58
Book Vol 1: Cinta Helena x Qays Hayyan SUDAH tertulis di langit takdir, dua jiwa itu bersatu dalam mahligai cinta yang disangka abadi. Setiap senyuman mereka seperti puisi yang dibisikkan angin. Dunia menyaksikan cinta yang seolah dipupuk dari syurga. "Qays... promise me your love won't ever belong to anyone but me. Forever." "Cinta... you're my whole heart. I promise I'll love you today, tomorrow, and every lifetime after this. You're my forever." SATU JANJI. Tapi sejauh manakah layar sebuah janji mampu berlabuh saat badai takdir mula menjentik layar bahagia mereka? Dalam satu detik yang malang, Helena kehilangan segalanya. Luka bukan sahaja menghuni tubuhnya, tapi juga relung hatinya yang terdalam. Dan ketika itu, setia Qays mula dipertaruhkan. "You masih sayangkan I? Walaupun I dah tak sempurna lagi?" "Ya, Cinta. I akan sayangkan you sampai mati..." Namun setia itu diuji dengan satu perkataan yang paling ngeri buat seorang isteri ' poligami '. Mampukah hati yang retak menampung luka yang lebih dalam lagi? Sedang takdir menjemput wanita lain mengisi ruang yang dulunya hanya milik Helena. "Mummy nak Qays kahwin dengan Inara. She's a real woman, Qays. She can carry your child... not like Helena." "You nak kahwin lain? You nak duakan I!?" Dunia yang dulu cerah, kini gelap dan kelam. Apatah lagi saat pengkhianatan datang dari arah yang paling tak terduga. "Helena...aku-" "Kau kawan aku, Inara. Orang yang aku tak pernah sangka akan tikam aku!" Rasa dikhianati itu menghunjam dada lebih dalam dari sembilu. Hanya kerana kekurangan diri Helena di paksa mengerti walaupun hatinya tiada yang peduli. "I have no choice... H-Helena izinkan. Kalau itu yang buat semua orang bahagia... biar Qays kahwin." Sanggupkah dia terus bertahan, sedang mahligai yang dibinanya kini berkongsi nama dan kasih? Sedang senyum suaminya bukan lagi hanya untuk dia? Sejauh manakah layar perkahwinan ini akan terus belayar di lautan luka dan harapan?
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 296,948
  • WpVote
    Votes 10,590
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 480,917
  • WpVote
    Votes 19,683
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
C | Cruel: Trust no one.  by rosettee_
rosettee_
  • WpView
    Reads 44,884
  • WpVote
    Votes 2,159
  • WpPart
    Parts 55
[COMPLETE] KARYA ROSEAIZEN | NEW VERSION. BLURB- Cyra dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya yang mempunyai sisi gelap yang hanya mereka ternama saja yang tahu. Namun, dia tidak dilahirkan dalam dulang emas seperti yang orang luar jangkakan. Setiap hari dia didera, dihina, dipaksa melakukan kerja- kerja pembantu rumah dan yang paling maling sekali dihukum di bilik bawah tanah ketika dia tidak melakukan salah seperti yang dituduh ibu dan adik- beradik tirinya. Trauma membuatkan Cyra tidak mudah mempercayai orang luar mahupun ahli keluarga sendiri. Berjuang sendirian demi keadilan diri. Makin hari, diri semakin dimamah amarah dan dendam. Ketika dia berusia 15 tahun, dia dipaksa bertunang dengan pewaris The Hertz yang dikenali sebagai seorang yang kejam dan tidak berhati perut. "Kalau kau fikir aku takut dengan kau hanya kerana pangkal nama kau Muller, kau silap Izek," - Cyra. Izek Muller, pewaris The Hertz dan Hernz Royalce. Bergelar seorang billionaire pada usia muda. Sentiasa menjadi harapan kumpulan dan syarikat keluarganya. Cyra bukan satu- satunya matlamat yang ingin dia capai. Janji harus ditepati, dendam harus dilunaskan. "Ini baru permulaan, Mondlicht." - Izek Muller. Mereka saling menjadi boneka kepada si pendendam tanpa mereka sedar. Mata dan hati mereka dibutakan dengan dendam. Cinta? Mustahil bagi mereka untuk kecapi. © All right reserved ⚠️ The following episode contains despictions of child abuse and sexual assault that may upsetting to some readers. Viewer discretion is advised. ⚠️ Plagiarism is prohibited. ⚠️ Original work by Rose Aizen.
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 - 2 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 593,434
  • WpVote
    Votes 44,111
  • WpPart
    Parts 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
HIS MISSING PART [ C ] ⚠️🔞 - 1 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,807,148
  • WpVote
    Votes 94,129
  • WpPart
    Parts 95
‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam Start : 21 JUNE 2025 End : 30 OCTOBER 2025 [ Story ke-20 ]
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 593,281
  • WpVote
    Votes 19,807
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024