dibdibzz's Reading List
32 stories
His Remedy [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 2,585,598
  • WpVote
    Votes 79,910
  • WpPart
    Parts 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous. Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri. "Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang? Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena. "How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana... "She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya? Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy. Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan. ⚠️ unedited highest ranking : #1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu #1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy #1 in mystery , #1st in mafia
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,533,110
  • WpVote
    Votes 21,542
  • WpPart
    Parts 17
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
AALTHAF DAFFA (C) (in process revamp) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 1,350,278
  • WpVote
    Votes 1,806
  • WpPart
    Parts 3
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Aalthaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Aalthaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Aalthaf Daffa Aalthaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Aalthaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Aalthaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Aalthaf ? Adakah Aalthaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Aalthaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 55,508
  • WpVote
    Votes 3,645
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,484,341
  • WpVote
    Votes 17,454
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,241,038
  • WpVote
    Votes 89,325
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.