syxzzw's Reading List
68 stories
KITA PERNAH | on going by FAAAAATIIINNNNNNN
FAAAAATIIINNNNNNN
  • WpView
    Reads 516
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 16
"Kita Pernah." Kadang, cinta pertama bukan untuk dimiliki. Tapi untuk dikenang, sampai hati sendiri tak tahu macam mana nak lupa. Ini bukan kisah cinta yang bahagia di hujung. Ini kisah dua jiwa yang pernah saling jatuh, saling percaya, saling memilih- tapi dunia memilih untuk pisahkan mereka. Lina dan Rayqal bukan tak cinta. Mereka cuma bertemu terlalu awal, dengan hati yang belum cukup matang untuk bertahan. Dalam diam, mereka belajar melepaskan. Tapi dalam diam juga, mereka tetap merindui-seperti ada sesuatu yang belum selesai. Bila takdir bawa mereka bertemu semula, adakah luka lama masih bernanah? Atau, adakah 'kita pernah' mampu berubah jadi 'kita semula'?
MILAQIF (EBOOK FEB 2025) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 54,299
  • WpVote
    Votes 4,817
  • WpPart
    Parts 5
Mi Diosa (PREKUEL 2 MI VENENO) TERBIT by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 48,839
  • WpVote
    Votes 940
  • WpPart
    Parts 2
EBOOK TO NOVEL KEVIN KYLE/KENDALL MELANTHA
Mi Cariño by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 421,687
  • WpVote
    Votes 20,776
  • WpPart
    Parts 16
Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,621,623
  • WpVote
    Votes 16,865
  • WpPart
    Parts 11
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,340,176
  • WpVote
    Votes 7,921
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
MISSION: HANS DANIALL by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 630,155
  • WpVote
    Votes 64,170
  • WpPart
    Parts 21
Ini kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024
Rahsia Hati Kita [C]  by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 215,905
  • WpVote
    Votes 17,625
  • WpPart
    Parts 32
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti dia. Dia hodoh, gemuk, hitam, muka berjerawat sana sini. Dunia hanya tahu melihat kesempurnaan dari mengisi kekurangan. Layanan baik dan istimewa tak pernah bangun untuk menceriakan hari hari seorang Raihana Mikayla. Satu kejadian telah memberi trauma berat kepada kehidupannya. Dia benci akan hakikat orang sepertinya akan sentiasa dipandang tak ubah seperti sampah. Dia benci segala-galanya perihal diri sendiri. "Rai tak cantik macam perempuan lain..." - Raihana Mikayla "Jangan simpan dan pendam sendiri." - Raaif Mateen
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,487
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 71,297
  • WpVote
    Votes 2,377
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?