OG
189 histoires
Kisah Ini Tak Sempurna par AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    LECTURES 151
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Chapitres 1
⚠️ AMARAN / WARNING Kisah ini diilhamkan daripada perjalanan hidup sebenar seorang hamba Allah. Ia diolah semula dalam bentuk cerita agar mudah difahami dan dihayati. Nama watak, tempat serta beberapa situasi tertentu telah ditukar bagi menjaga maruah dan privasi semua pihak. Segala isi dan jalan ceritanya berpaksikan kisah benar yang pernah berlaku. Dilarang keras meniru atau memplagiat karya ini. . Kisah ini bukanlah kisah yang sempurna, kerana hanya Ilahi Yang Maha Sempurna. Hamba-Nya tidak akan pernah sempurna sampai bila-bila. Seorang anak perempuan yang dijaga ketat sejak kecil, tidak pernah mengenal dunia luar, akhirnya jatuh ke tangan orang yang paling dipercayainya. Namun kepercayaan itu berbalas dengan luka, dan kasih yang diharapkan menjadi racun dalam hidupnya. Dia tersilap menilai-antara permata dan kaca, antara pelindung dan pemusnah. "Aku tak pernah minta menyusahkan sesiapa di atas muka bumi Allah ini. Aku hanya meminta kepada-Nya agar menguatkan aku, insan lemah yang entah layak atau tidak berada di dunia yang bagi aku kosong ini..." - H. Suara ugutan masih bergema di telinganya. "Kau nak aku bunuh keluarga ni? Atau kau nak tengok mereka lenyap depan mata kau?" - Z. Dia tertunduk, cuba mencari nafas dalam dunia yang seakan tidak berpihak padanya. Siapakah dia? Sekadar bayangan, atau nyata di dunia fana ini? "Aku tak pernah bahagia di dunia ini. Allah mengujiku terlalu kuat, hingga aku terkurung dalam sarang yang menyakitkan. Sakit... aku trauma sampai ke akhir nafas. Ugutan itu masih menghantui, dan parutnya tak pernah hilang." - H. --------------------------------- INFO CERITA. Drama | Berdasarkan kisah benar Tema | Dendam, luka, dan keikhlasan seorang hamba Pain | 90% Bahagia | Hampir tiada Akhir cerita| Bergantung pada takdir dan perjalanan cerita Terima kasih kerana sudi singgah membaca. Setiap komen dan doa anda amat bererti. 🤍
Aaron Shaz | 𝚃𝙷𝙴 𝙷𝙾𝚃 𝙳𝚄𝙳𝙰 | par ama_noyy
ama_noyy
  • WpView
    LECTURES 17,927
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Chapitres 31
"Abang janji yang abang akan balik sini?" - Hazel Arisya "Ya, abang janji yang abang akan balik sini cari Hazel, okay?" - Aaron Shaz Setelah meninggalkan gadis yang berusia 8 tahun itu selama 15 tahun tanpa sebarang khabar. Hazel Arisya ingin berputus asa untuk tidak menuggu kepulangannya. Sehinggalah pada satu malam... "Kau siapa datang rumah parents aku pukul 11 malam ni?!" - Hazel Arisya "Im your future husband. I miss you so bad, Hazel Arisya." - Aaron Muncul jejaka yang setelah sekian lama menghilang tanpa sebarang khabar itu di hadapan Hazel semula. Namun Hazel tidak mengenalinya pada mula, dia hanya menganggap bahawa jejaka dihadapannya itu ada seorang lelaki asing baginya, Mampukah Hazel untuk mengenalinya jejaka dihapannya itu semula?
[HIATUS] RAHSIA DENDAM par Syaaezzi
Syaaezzi
  • WpView
    LECTURES 342
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Chapitres 22
[#5 Story by Syaaezzi] [Zhafrin Daniel x Arda Yasmin] Dendam bukan sekadar api. Ia juga racun yang perlahan-lahan membunuh hati. Arda Yasmin hanya mahu membela nasib sahabatnya. Dia tidak mencari cinta. Dia tidak mahu bahagia. Misinya jelas: Dendam. Namun, saat penyamarannya menemukan dia dengan Zhafrin Daniel, semua rancangannya mula goyah. Pertemuan yang kononnya hanya taktik berubah menjadi perasaan yang tidak mampu dia dustakan. Tapi cinta bukan jawapan. Kerana lelaki yang dia sayangi... juga lelaki yang harus dia jatuhkan. Start: 1 Oktober 2025 Complete: -
Bestie! Crush Kau Milik Aku par misshelen21
misshelen21
  • WpView
    LECTURES 436
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Chapitres 6
Dia mencintai suaminya setulus hati, langsung tidak pernah menaruh sebarang ketidakpercayaan. Dia juga sayangi kawan baiknya dengan setulus hati, langsung tidak pernah terfikir ingin membiarkannya hidup seorang diri. Dia juga berjanji akan menjaga kedua-dua orang ini dengan segenap hati, suaminya juga sudah menganggap kawan baiknya seperti adik sendiri. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali. Pengkhianatan yang dihidangkan pada dia. Hancur luluhnya hati dia sebagai seorang insan bergelar isteri dan kawan baik. "Kenapa awak sanggup buat macam ni Fahim?". "Awak tahu tak Imani tu kawan baik saya?". "Anak! Aku perlukan anak!". Pengkhianatan terjadi kerana satu alasan yang berada di luar kekuasaan sendiri. Sering terlukanya hati, dia akhirnya mengalah. Penceraian terjadi. Dia bebas dari semua kesakitan dan tahanan untuk keluarga Fahim. "Kau boleh bahagia kenapa aku tak? Fahim milik aku sekarang.....". "Kitakan bestie......". Duka lara membawa dia merantau jauh sebelum dia meledakkan kesakitan yang sekian lama dia pendam. "Naddy? Kau Naddy kan?". "Fadh? Al-Fadh?". Pertemuan antara Nadhira Raina dengan 'crush' Imani membongkar semua cerita. Satu-persatu cerita terbongkar. "Apa kata kalau kita main-main sikit dengan dia?". "Dhira, kau dengan Al-Fadh bercinta ke? Jawablah!'. Bahagia rasanya bila dapat kenakan orang yang menjadi asbab kehancuran rumah tangga dia. Namun, tanpa dia sedari pertemuan itu memutikkan perasaan cinta antara satu sama lain. "Will you marry me?". Trauma masa lalu membuatkan dia tak mampu fikir dengan jernih. Terima atau tolak?.
[Yakin dengan takdir tuhan] sambungan dari The Unexpected Meeting par Nuryn__
Nuryn__
  • WpView
    LECTURES 1,242
  • WpVote
    Votes 84
  • WpPart
    Chapitres 10
Cukup dengan satu pertemuan, jantung Ellena Keila derdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Harith Nasr di mata Ellena. Penampilan anak kepada kawan ayahnya itu buatkan perangai gatal seorang Ellena Keila muncul. Dia mula mengejar lelaki itu. " Stop with your childish act!"- HARITH NASR " No! I will never stop liking you!" - ELLENA KEILA Bila semakin dikejar, lelaki itu semakin menjauh, Ellena pasrah. Mungkin dia dan Harith tiada jodoh. " Harith, saya hanya buat apa yang disuruh, you told me to stop liking you, and now I did it! Saya dah buat apa yang awak nak!" - ELLENA KEILA Kemarahan Ellena kepada Harith menjadi tidak terkawal sehingga menyebabkan Ellena menerima lamaran seseorang lelaki yang baru sahaja dikenali untuk membuat Harith cemburu, perlakuan Ellena itu mampu membuat Harith berputus asa dan tidak mempunyai harapan untuk mendapatkan Ellena. Tetapi kebahagiaan rumah tangga Ellena hanya sementara, oleh kerana lelaki yang dikahwininya memperlakukan dirinya seperti orang gaji dan memukul Ellena menyebabkan Ellena selalu dipukul, dicaci dan dihina oleh lelaki itu. Disebabkan Ellena trauma dengan kisah silamnya yang pahit, Harith menolongnya dan mampu memulihkan kembali hati Ellena yang sudah tawar untuk menerima mana-mana lelaki. " Izinkan saya menjadi imam awak." - HARITH NASR Tetapi tuhan lagi menyayangi Ellena, perkahwinan mereka tidak bertahan lama, Ellena meninggalkan satu cahaya mata kepada Harith sebelum dia meninggal dunia buat selama-lamanya. " Please take care of our daughter..." - ELLENA KEILA Harith membesarkan anak perempuannya seorang diri, hari-harinya sangatlah sunyi tanpa sang isteri disisi. " Excuse me sir! Memang you pelanggan, tapi pelanggan pun kena ada adab tau! And awak patut tahu cara untuk hormat orang!" DAIYANA NATASYA " Orang macam kau perlu di hormati ke?" - HARITH NASR Apakah kisah cinta seterusnya buat Harith? Adakah pahit atau manis?
Veil of Deception | Slow update par RaeaNyx
RaeaNyx
  • WpView
    LECTURES 1,122
  • WpVote
    Votes 64
  • WpPart
    Chapitres 6
🥀Rizqan Kael x Elena Yasmeen🥀 ........ Rizqan Kael ,seorang pengedar dadah dan ketua kepada sindiket terbesar di Malaysia yang digelar "Night Reign".Sejak kecil,Rizqan telah dipaksa oleh bapanya untuk menjadi pewaris kepada sindiket tersebut.Rizqan percaya bahawa dirinya tidak boleh lari dari takdir dan hidupnya telah pun ditentukan. Namun begitu,hidup Rizqan berubah apabila muncul seorang Ejen rahsia bernama Elena Yasmeen yang telah ditugaskan untuk memberhentikan sindiket tersebut.Kehadiran Elena dalam hidup Rizqan telah membuatkan dia percaya bahawa terdapat lagi cahaya di dalam hidup gelap yang didudukinya selama ini. "I don't need anyone especially any man in my life." -Elena Yasmeen "Really?Let me change your mind.Give me one month." -Rizqan Kael Dengan latar belakang yang sangat berbeza,Rizqan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan Elena dalam hidupnya. "Do you swear to stay with me until your last breath?" -Elena Yasmeen "I swear to stay with you even if the stars and moon collide,even if the ocean rise to the sky and the world forgets our name-my heart will still find yours in the dark." -Rizqan Kael Mampukah Rizqan meyakinkan Elena untuk hidup bersamanya?Dapatkah dia mengubah takdir bahawa dia hanya perlu hidup dalam kegelapan?Ataupun semua usaha itu hanya sia-sia. PENULIS: RaeaNyx START: 8 Oktober 2025 FINISH: ???
BUNGA TERAKHIR [OG] par LunaJiha_
LunaJiha_
  • WpView
    LECTURES 466
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Chapitres 38
Bagi Haura Najeeha, cinta pertama itu seperti bunga terakhir. Hanya mekar sekali, sebelum layu tanpa kesempatan kedua. Lima tahun lalu, dia mempertaruhkan segalanya demi Hayl Aryan, lelaki yang menjadi dunianya. Tetapi pada hari yang dijanjikan, dia menunggu tetapi lelaki itu tidak pernah datang. Sekarang, sebagai pegawai penyiasat D9, Haura ditugaskan dalam kes pembunuhan bersiri yang mengerikan. Bukti demi bukti membawa dia kepada satu nama yang tidak pernah dia ingin ulang, Hayl Aryan. Jejaka yang pernah menjadi cintanya, kini menjadi suspek utama. Namun, di sebalik setiap rahsia, ada musuh yang bersembunyi dalam bayang-bayang. Seseorang berusaha memisahkan mereka, bukan hanya dengan fitnah dan pembohongan, tetapi dengan darah. Antara kepercayaan dan dendam, antara cinta dan pengkhianatan, Haura harus membuat pilihan. Apakah Hayl Aryan lelaki yang bersalah, atau dia juga adalah mangsa dalam permainan kejam ini? Dan bila cinta lama muncul kembali, adakah Haura masih ingin menunggu atau akhirnya melepaskan? Start-[14/12/2024] Pub-[2025/26]
𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓜𝓲𝓵𝓲𝓴 𝓜𝓲𝓼𝓼 𝓑𝓸𝔂 par Syu__Maisarah
Syu__Maisarah
  • WpView
    LECTURES 40,144
  • WpVote
    Votes 2,988
  • WpPart
    Chapitres 69
[ˡⁱᵍʰᵗ ˢᵉʳⁱᵉˢ] Nurul Ain bertemu seorang wanita cantik. "Masya-Allah... cantiknya...." "You tak kenal siapa I? I adalah L Fu." Sayangnya majikannya itu sedikit kerek. Selain terpesong dari fitrahnya. "Yong Tau Foo? Saya kenal pak choi jer." Nurul Ain. Namun Ain, gadis yang lurus bendul tidak nampak itu. Bahkan membezakan dua jenis kelamin pun dia tidak reti. "Saya minta maaf, Miss! Saya betul-betul tak sengaja tengok dada rata Miss!" Dia sebenarnya tidak bodoh. Mungkin lembab sikit. Buktinya dia pandai bahasa Inggeris? Hingga suatu hari dia akhirnya sedar diri. Dia memang bodoh. Dia bodoh puji Miss-nya cantik. Dia bodoh pegang tangan majikannya. Dia bodoh free hair depan majikannya. Yang mana merupakan seorang... lelaki. Tulen. "Jadikan I suami you, okay?" Leon Fu. Dan entah bagaimana dia telah menjadi isteri sah Leona atau nama sebenar Megat Leon Fu, seorang pereka fesyen terkenal tanah air. Kehidupan alam perkahwinan banyak membuka mata dan hati. Mengenal erti cinta dan pernikahan sesungguhnya. Ikatan yang membelenggu akibat kisah silam terlerai. Menyimpulkan kembali ikatan bernama cinta. "My angel and mine, lǎopó." Dugaan selalu disertai kebahagiaan. Begitulah juga sebaliknya. Sesuatu yang buruk telah terhasil akibat kejahilan masa lalu sang suami. Satu-persatu terkuak hingga dia tahu mengapa dia dinikahi. "Ain tak bodoh." "Abang tahu, Ain tak begitu. Lǎopó..." "Tapi abang buat Ain rasa macam itu." Ain dilema. Rasa tertipu bergelora dengan rasa cintanya. Lebih-lebih lagi dengan segala cinta dan kasih sayang yang Leon berikan kepadanya, gadis yang serba serbi kekurangan. Bagaimana kesudahannya? Adakah Ain ingin mempertahankan suaminya yang cantik? Atau memilih meninggalkannya bersama anak yang bakal lahir? Yang pasti, Leon takkan melepaskannya. Ain adalah gadis manis yang Tuhan hantar kepadanya, menjadi perantara kembalinya dia ke jalan yang benar. Kerana bidadari itu milik si cantik. Beautiful cover by @PutraRize_
+21 autres
MILIK ENGKU par Eirasyah
Eirasyah
  • WpView
    LECTURES 81,692
  • WpVote
    Votes 3,869
  • WpPart
    Chapitres 29
Dulu, mereka hanya dua jiwa kecil yang bertemu secara kebetulan. Pertemuaan yang sederhana tetapi membekas di hati. dia yang menangis kerana kehilangan, dan dia yang datang memberi kata-kata penguat semangat . "Nah. Lepas ni... kalau kau sedih, kau cari kau. Aku... tak pandai pujuk. Tapi aku pandai belanja aiskrim." Mereka tidak bertukar nama, tidak saling tahu siapa keluarga siapa. Yang tinggal hanyalah kenangan samar dan rasa hangat yang melekat di hati. Dan di sudut paling dalam, kedua-duanya sama-sama memohon kepada Tuhan... Andai takdir izinkan, biar kita bertemu lagi. Tahun berganti. Takdir akhirnya mengatur pertemuan itu, tetapi dengan cara yang langsung tidak mereka duga... dan tidak mereka suka. Dalam satu insiden yang mengelirukan, satu pagi yang penuh tanda tanya. Wajah yang asing, tetapi ada sesuatu pada tatapan itu yang terasa terlalu dikenali. "Aku tak salah buat apa aku kena bertanggungjawab!" Mata bertentang, hati berdegup, tetapi fikiran segera mencari alasan untuk membantah. Menyangkal. Menolak segala kemungkinan. Dunia mereka berlanggar, bukan seperti bayangan indah yang pernah diharapkan. "Tak sanggka lelaki itu berjaya ambil permata saya yang selama ni bermati matian dijaga. Dan... dituduh kembali dan dianggap punca masalah tanpa perasaan!" Mereka bukan lagi kanak-kanak polos itu. Mereka kini dua insan dewasa yang terperangkap dalam situasi yang memalukan... dan misteri. Namun, di sebalik bantahan dan salah faham, ada sesuatu yang perlahan-lahan meruntuhkan dinding hati. Kini, mereka sedari, pertemuan yang kacau-bilau itu sebenarnya adalah jawapan kepada doa yang pernah mereka panjatkan bertahun-tahun dahulu. Kadang-kadang... takdir memilih jalan yang paling pelik dan paling sukar, hanya untuk membawa dua jiwa kembali kepada satu janji yang tak pernah terucap.