TengkuHumaira's Reading List
2 stories
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 45,819
  • WpVote
    Votes 5,172
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
FIGHT FOR LOVE [C] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,864,213
  • WpVote
    Votes 116,964
  • WpPart
    Parts 60
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025