Love
72 stories
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 872,600
  • WpVote
    Votes 33,746
  • WpPart
    Parts 78
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
ZAYD GHIBRAN ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 145,914
  • WpVote
    Votes 5,604
  • WpPart
    Parts 55
Haura Dayana Zayd Ghibran One of the most lovely love story I've ever written. Haura Dayana. Dengar nama je dah tahu orangnya macam mana. Gedik! Diva! Semua gelaran yang sama maksud dengan dua perkataan itu adalah untuk dirinya. Oh dan, gadis ini juga jenis keras kepala dan manja! Tapi baik hati! Hm... macam mana tu? Sampailah satu saat... "You siapa?". - Haura Dayana "Saya bodyguard Cik Haura". - Zayd Ghibran Terkejut bukan kepalang Haura dibuatnya apabila dia dapat tahu yang ibu bapa dan abangnya menggajikan seorang bodyguard untuk dirinya. How ridiculous?! Sekejap Haura suka. Sekejap tak suka. Mana satu ni? "You ni memang takde perasaan ke?". - Haura Dayana "Sudah menjadi salah satu daripada tugas saya untuk bersabar dengan segala tingkah laku dan bicaranya Cik Haura ni". - Zayd Ghibran Nak tak nak, Haura kena la juga melekat dengan bodyguardnya ini seumur hidup! Dan nasibnya bertambah buruk apabila pada suatu saat, Ghibran muncul di tempat yang salah pada waktu yang salah membuka sebuah rahsia yang dianggap dusta oleh Haura. "Memang sampai mati aku akan benci kau, Ghibran". - Haura Dayana Tambah pula dengan sang Ghostface yang sibuk dan gigih mencari cara untuk melukai Haura. Siapakah figura di sebalik topeng karakter Ghostface itu? Betul ke Haura akan membencikan Ghibran sehingga akhir hayatnya? Kalau ya, apakah penyebab sebenarnya? Kalau tidak, kenapa? ⚠️ Ditulis di era saya malas menulis. Jadi untuk mengelakkan anda annoyed, tak payah baca pun tak apa T-T ⚠️ Ghibran is the biggest green flag after Daim Al Waqeel. ⚠️ MESSY STORYLINE ❗ Theme Songs: - Seluruh Cinta by Dato Sri Siti Nurhaliza ft. Cakra Khan - Untukmu Aku Bertahan by Afgan
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 413,426
  • WpVote
    Votes 14,374
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
MY DARLING DARLINA (In Editing) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 390,526
  • WpVote
    Votes 5,552
  • WpPart
    Parts 11
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 270,470
  • WpVote
    Votes 18,471
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]
CRUEL DESTINY | C by missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Reads 319,356
  • WpVote
    Votes 16,523
  • WpPart
    Parts 55
[BOOK SERIES ] Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? IN RANKING: #3 in sadromance. Start: 9 Ogos 2024. End: 18 May 2025.
His Babygirl [𝑪] by leesottt
leesottt
  • WpView
    Reads 611,360
  • WpVote
    Votes 16,810
  • WpPart
    Parts 74
[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah ditolong sewaktu umur mereka 7 tahun. Pelbagai cara yang dibuatnya untuk membuat si jejaka jatuh cinta dengannya. Katakanlah dia perigi mencari timba sekali pun dia tetap tak kisah. Tapi malang nasibnya apabila dia dijerkah dan di hina dikhalayak ramai oleh si jejaka. "Kau ni tak penat ke kejar aku? Memang sesuailah dengan kau yang tak bertudung perangai pun serupa jalang'' - HAYZACK ISKANDAR Sampai satu saat dia mengalah dengan permainannya sendiri. Dia mengalah bukan sebab dia takut tapi cukuplah sampai di situ sahaja. Dia penat setiap hari dia mengejarnya tapi yang hanya dia dapat hinaan daripada Hayzack. Hinggalah ibubapanya menjodohkannya dengan seorang lelaki yang merupakan anak kawan baik ibubapanya. Dia menerimanya dengan hati terbuka kerana ingin melupakan si jejaka. Namun disaat dia berubah perlahan-lahan menutup aurat dengan sempurna. Si jejaka datang menagih kembali cinta padanya. "Maafkan aku , Hana. Tolong terima aku balik'' - HAYZACK ISKANDAR Penyesalan dia rasakan apabila dia dapat mengetahui daripada orang suruhannya yang Hana merupakan budak perempuan yang ditunggu selama ni. "Hana awak sayang saya tak?'' - IZZ ILHAN Manakah yang harus Hana pilih di antara lelaki yang pernah buat dia terluka ataupun lelaki yang baru dikenalinya?
KHAIR : SEEK OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,965,751
  • WpVote
    Votes 70,079
  • WpPart
    Parts 64
❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Pening! Dia terjatuh hati pada rakan bisnes papanya. Kerja gila jatuh cinta dengan orang yang berumur seakan-akan papanya. Tapi siapa tahu mungkin cinta akan berputik? "We're never can be together. Ingat ayat I tu sampai you mati." - Izz Arman Khair "As you wish. See you when I see you." Haellyn Aryssa --- Konflik ringan saja. Kelakar dan sweet. Matured content only🤍 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae 🤍
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,907,208
  • WpVote
    Votes 19,407
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Andai Itu Takdirnya by qvreena_
qvreena_
  • WpView
    Reads 337,654
  • WpVote
    Votes 6,734
  • WpPart
    Parts 44
[ complete] ✧✧✧✧ Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya. " Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau tak ganggu hidup aku kan?! " - Tengku Faris Adam " Saya minta maaf. Saya janji saya takkan ganggu hidup awak lagi. " - Nur Hanna Sofea Sanggupkah dia hidup dengan lelaki seperti Tengku Faris Adam itu? Lelaki yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang perempuan sepertinya. " Aku jijik nak sentuh perempuan macam kau ni! Jijik, geli semua ada dekat kau ni, kau tahu tak?! Hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Kalau boleh malam ni jugak aku nak ceraikan kau! " - Tengku Faris Adam " Maafkan saya. " - Nur Hanna Sofea Hanya perkataan itu sahaja yang mampu dia keluarkan tatkala dirinya selalu dihina dan dikeji oleh lelaki itu. Namun, apakah kesalahan yang dia pernah lakukan sehingga lelaki itu sanggup membenci dirinya sebegitu rupa? Hanna redha dengan ketentuan kehidupannya. Andai itu takdirnya dia terima dengan seadanya. ✧✧✧✧ © My own idea