O.G
122 stories
Zev's Secretary Wife by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 24,887
  • WpVote
    Votes 1,112
  • WpPart
    Parts 63
4th Book | PANDORA Series | Zev Dominic & Seraphine Hilda | Zev Dominic, lelaki nakal yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia bukanlah seorang playboy. Dia cuma tahu memikat dengan cara yang terlalu semula jadi. Namun sejak remaja, hanya satu wanita yang benar-benar mencuri hatinya. Seraphine Hilda, setiausaha ayahnya. Berbeza usia tidak pernah mematahkan semangat Zev. Walaupun sering di-'brother-zoned', dia tetap setia mengejar. Dan akhirnya, Seraphine menjadi isterinya. Rumah tangga mereka tampak sempurna sehinggalah Zev mula perasan sesuatu yang Seraphine sembunyikan. Setiap kali dia bertanya, Seraphine licik mengalihkan perhatian dengan senyuman lembut dan masakan kegemarannya. Kecurigaan Zev memuncak apabila dia terserempak dengan Seraphine di sebuah acara besar, melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan daripada wanita yang dicintainya. "Tak sangka pelakunya isteri saya sendiri." - Zev "Sebab tu awak tak perlu cari apa yang tak perlu awak tahu, sayang." - Seraphine Cinta Zev sepatutnya mudah. Tetapi kini, lelaki itu terpaksa berdepan kenyataan pahit. Wanita yang dia peluk setiap malam mungkin adalah musuh yang paling berbahaya dalam hidupnya.
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 389,163
  • WpVote
    Votes 35,676
  • WpPart
    Parts 69
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
CINTA HATI ALI by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 6,519
  • WpVote
    Votes 689
  • WpPart
    Parts 27
Hubungan antara gadis kampung dan CEO Megah Holding? Oh tidak. Kisah cinta antara Ali dan Fatimah bukan lah kisah cinta yang indah seperti dalam TV. Kisah cinta antara penoreh getah dan anak pengutip buah. Dalam kampung yang serba-serbi kekurangan dengan kemudahan moden itu, terdapat seorang lelaki yang bertungkus-lumus bekerja menoreh getah untuk membantu ayahnya menampung keluarga. Munculnya seorang gadis yang cukup cantik dan ayu ke dalam hidupnya membuatkan Ali bekerja lebih masa selama beberapa bulan. Setelah yakin pada hatinya sendiri, yakin pada takdir-Nya, Ali akhirnya berhasrat meminang gadis pujaannya itu. Walaupun dia tahu, duit simpanannya masih tidak mencukupi untuk menampung hidup gadis itu, tapi dia tetap akan usaha sehabis mungkin. Lebih baik bekerja keras daripada pujaan hati dirembat orang. ❝Sebenarnya, kita rancang nak masuk minang awak hujung minggu ni. Kita harap awak boleh terima kita.❞ - ALI FIRDAUS ❝Hujung minggu? Esok lah, kan? Saya harap awak pegang kata-kata awak. Saya tunggu awak esok, Ali.❞ - FATIMAH AZZAHRA Bak kata orang tua, rezeki tak salah alamat, jodoh tak kemana. Akhirnya, mereka berjaya di ijab kabulkan dengan izin kedua belah keluarga. Namun, bolehkah mahligai yang baru dibina itu berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan ekonomi yang semakin menyeksa kini? Adakah kebahagiaan menanti kedua mempelai itu, atau perpisahan yang menjadi penutup kisah mereka? ゚𐦍༘⋆ PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Veil Of Obsession by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 102,901
  • WpVote
    Votes 4,197
  • WpPart
    Parts 66
Spin-Off Devil's Desire Bermula dari sebuah kontrak yang dipaksa menjadi satu rumahtangga, tanpa cinta, tanpa pilihan hanya dua jiwa yang terikat dalam takdir yang tidak dirancang. Di antara dosa yang tidak mampu dipadam dan cinta yang tidak pernah dirancang mampukah mereka mempertahankan cinta yang lahir daripada sebuah kontrak sebelum segalanya musnah? "I was raised to rule, not to love. And in the end, you became the victim of a world that taught me how to be ruthless" - Zayyan Eryvian "I could stand against anyone and pretend to be strong in front of the world. But when it comes to you, my words fail me, and I become too weak to fight back." - Mawar Elara Apabila ujian mula menimpa mereka, adakah mereka mampu melawan badai itu bersama, atau akhirnya hanya seorang yang bertahan ? "Mummy nak Zay kahwin dengan Aeya after the six-month contract habis nanti, Aeya ni lebih sesuai dan setaraf dengan apa yang kita ada" - Maria Valuxca Suffering bound them together, becoming a poison too exhausted to even destroy them completely.
[OG] PURNAMA LARA by mzarieth
mzarieth
  • WpView
    Reads 3,796
  • WpVote
    Votes 191
  • WpPart
    Parts 23
Apa jadinya bila cinta yang dikejar... Sebenarnya cuma satu cabaran media sosial? Sebuah misi rahsia di balik skrin telefon, demi konten dan pujian pengikut laman sosialnya. Tanpa Lara sedar, dalam dia mengejar 'like', hatinya mula benar-benar jatuh cinta pada Irfan. Tapi, bolehkah Irfan terima kenyataan bahawa dia sedang digunakan? START : 25 OCT 25
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 161,980
  • WpVote
    Votes 9,861
  • WpPart
    Parts 42
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
Surat Cinta Buat Kekasih [OG] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 39,219
  • WpVote
    Votes 1,936
  • WpPart
    Parts 23
Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus. Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan. Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla. Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta. Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?
The Only Certainty [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 48,515
  • WpVote
    Votes 2,939
  • WpPart
    Parts 83
BLURB Tuan Harraz Rafael dan Edlyn Khaleeda tidak pernah berkahwin kerana cinta. Mereka hanya disatukan oleh sebuah alasan yang pada awalnya membuatkan perkahwinan itu terasa seperti satu kewajipan. Namun waktu mengubah segalanya. Cinta tumbuh tanpa mereka sedari, sehingga dua manusia yang pernah yakin mereka mampu hidup tanpa satu sama lain akhirnya menjadi tempat pulang yang paling mereka perlukan. "Janji dengan abang, tak kira apa pun berlaku, it's us against the problem." -- TUAN HARRAZ RAFAEL. Mereka fikir janji itu cukup untuk melindungi rumah tangga yang telah mereka bina. Sehinggalah Mya Rosalie, anak perempuan Tuan Rehan, muncul dalam kehidupan mereka. Apa yang bermula sebagai sebuah urusan profesional perlahan-lahan membawa mereka kepada sesuatu yang jauh lebih besar daripada yang pernah dijangka. Rahsia lama mula muncul, hubungan mula diuji, dan ketenangan yang mereka bina selama ini mula retak sedikit demi sedikit. Edlyn hanya tahu satu perkara. Ada sesuatu yang tidak kena. Dan semakin dia cuba mencari jawapan, semakin dia terasa kehilangan lelaki yang paling dia percaya. "Mana abang waktu sayang perlukan abang? Mana pergi semua janji yang abang pernah ucapkan? Takkanlah tak ada sikit pun rasa untuk perjuangkan rumah tangga kita?" -- UNGKU EDLYN KHALEEDA. Apabila cinta yang pernah menjadi tempat pulang mula terasa seperti tempat paling asing, mampukah Harraz dan Edlyn memilih untuk bertahan, atau mereka akhirnya akan kehilangan satu sama lain sebelum sempat mengetahui siapa yang sebenarnya sedang bermain di belakang mereka?
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [SLOW UPDATE] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 61,847
  • WpVote
    Votes 4,166
  • WpPart
    Parts 43
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]