A_Ramos
Mahligai cinta yang dibina hampir sepuluh tahun lamanya kini di ambang keruntuhan. Desakan keluarga yang menagih kehadiran zuriat bagai sembilu yang menyiat jiwa Riani. Meskipun pelbagai rawatan klinikal telah diikhtiarkan, suratan takdir tetap belum memihak kepada mereka.
Lelaki yang menjadi sandaran hidup mula menjarakkan diri, beralih arah dan bermain kasih. Namun, cinta Riani terlampau agung. Perpisahan adalah noktah yang paling ditakuti. Di hujung jalan buntu tanpa sebarang pilihan, langkah kakinya terpaksa diatur jauh ke pedalaman, mencari jawapan terakhir dari seorang pawang demi secebis ikhtiar tradisi.