Nous avons mis à jour nos Directives du Contenu.
Consulte les dernières directives pour continuer à partager des histoires en toute sécurité.
En savoir plus 
ᶠᵃᵛ!ᰔᩚ
16 histoires
MARRY MY SCANDAL (TERBIT) par sopyzm
sopyzm
  • WpView
    LECTURES 842,321
  • WpVote
    Votes 9,590
  • WpPart
    Chapitres 10
NEW TUANKU'S GENERATION "Power tastes sweeter when it's forbidden." START : 23 JULAI 2025 END : 26 NOVEMBER 2025
HIS CODE NAME: ALPHA 2 ( TERBIT ) par elyshakaman
elyshakaman
  • WpView
    LECTURES 226,397
  • WpVote
    Votes 13,234
  • WpPart
    Chapitres 17
Takdir yang menentukan mati atau sebaliknya....
CINTA YANG TERAKHIR | C ✓ par Nnadeana_
Nnadeana_
  • WpView
    LECTURES 675
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Chapitres 17
𝐙𝐔𝐇𝐀𝐋 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐀𝐍 × 𝐃𝐇𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐅𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 "Takdir memanggil mereka pulang bersama, kerana cinta mereka terlalu indah untuk dipisahkan walau oleh kematian." 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 : 7/12/2024 𝐄𝐍𝐃 : 24/1/2025 (Story agak cliche & cringe sedikit.)
MISSION: HANS DANIALL par MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    LECTURES 653,972
  • WpVote
    Votes 64,966
  • WpPart
    Chapitres 21
Ini kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024
ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C] par fieqashah
fieqashah
  • WpView
    LECTURES 19,596
  • WpVote
    Votes 1,899
  • WpPart
    Chapitres 60
✅ COMPLETED~ 27/7/2024 "Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seperti boneka!" - Laksamana Haq Arsalan ... "Cinta semangat Haq!" - Laksamana Haq Arsalan. "Habis? Jikalau Cinta mati, Haq akan hidup tanpa semangat?" - Cinta Kasturi. ... "Apa gunanya berhempas pulas berlatih jikalau aku dilarang turun ke medan pertempuran? Aku mahu lindungi engkau, Haq!" - Cinta Kasturi. "Lindungi Haq di medan peperangan akan membahayakan diri Cinta sendiri. Jadi, kekallah di sini." - Haq Arsalan. "Engkau silap, Haq. Aku menyayangi suamiku melebihi diri sendiri." - Cinta Kasturi. Peperangan Bentala-Bumantara diakhiri dek sebuah mimpi ngeri yang menyerang lena para tukang tilik di ketujuh-tujuh empayar Bentala. Namun, meskipun peperangan telah bertemu penghujung, empayar Antaboga masih menyimpan hasrat untuk menakluk negara Cenderawasih, satu daripada negara di daratan Bumantara. Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad, perlahan-lahan Antaboga mencucuh api hasutan untuk menguasai minda pemerintahan Cenderawasih. Sehinggalah kaum kerabat kesultanan Cenderawasih berpecah belah. Kehidupan di Cenderawasih kembali huru-hara. Hanya satu nama yang diharapkan untuk menegakkan keadilan dan menghalau para durjana. Beliaulah, Laksamana Haq Arsalan. Akan tetapi, perjalanan beliau bukanlah mudah. Duka lara, derita dan sengsara perlu dibayar demi menebus keamanan dan keadilan.
Dia, Limited Edition! [C] par hanabee_nani
hanabee_nani
  • WpView
    LECTURES 516,450
  • WpVote
    Votes 16,042
  • WpPart
    Chapitres 53
DIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula dari sepotong soalan yang memerangkap HANNAH ADLINA. Ingin ditolak, tidak sampai hati maka lamaran itu diterima dalam keterpaksaan. Memegang gelaran sebagai tunangan kepada ADAM NAQIU bukanlah sesuatu yang senang. Lagi-lagi bila Adam mempunyai seorang kekasih hati. "Ni semua bukan atas kerelaan I. I cintakan you seorang saja. Mummy dengan daddy I yang pilihkan dia untuk I. I taknak. I cuma nak you seorang." - ADAM ETHAN HARRAZ, si kekasih hati hanya mampu berduka. Tetapi tidak sesekali akan diserahkan Adam pada gadis itu. Adam miliknya! Tidak perlu ragu. Sememangnya Ethan tu lelaki. Adam juga. Mereka gay. Ya, GAY! Tapi siapa Hannah nak menolak hakikat itu. Lagi-lagi bila Ethan sendiri yang berjumpa dengannya dan memberitahu tentang hal 'itu'. "Arghh, kenapa aku terperangkap antara dua lelaki songsang ni!?" - HANNAH Kerana tersalah langkah dan cemburunya seorang SOFEA QURAISYA, mereka terperangkap didalam sebuah perkahwinan yang tidak diketahui penghujungnya. Bersediakah Hannah dengan semua ini? Dapatkah Adam menerimanya? Musnahkah harapan Ethan? Sedarkah Sofea atas kesalahannya? Apakah pengakhiran cerita cinta mereka? Adakah cinta 'suci' Adam dan Ethan mampu bertahan? Mungkinkah akan lahir cinta hakiki yang mendapat keredaan Ilahi? Ataupun ada sesuatu yang lebih besar disebalik semua ini?
MR PIRATE [Complete] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURES 6,227,519
  • WpVote
    Votes 427,169
  • WpPart
    Chapitres 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
KESEMPATAN KEDUA par MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    LECTURES 320,855
  • WpVote
    Votes 29,431
  • WpPart
    Chapitres 62
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Mi Reina (SLOW UPDATE) par Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    LECTURES 158,442
  • WpVote
    Votes 8,717
  • WpPart
    Chapitres 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
THE RULES: BRAYAN [Complete] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURES 5,284,651
  • WpVote
    Votes 360,202
  • WpPart
    Chapitres 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"