MALAY READING LIST
178 stories
KITA BERTEMU DI GARIS TAKDIR (SHORT STORY) by Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    Reads 87
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
Kadang, cinta datang tanpa diminta - cukup satu pandangan, dan hati mula berbicara sendiri. Qisya Rayna, gadis Malaysia yang memiliki sebuah kedai bunga kecil di pinggir Kuala Lumpur, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kafe baharu di seberang jalan - Mahendra Cafe. Setiap pagi, ketika dia menghias jambangan di hadapan kedai, matanya sering mencari sosok lelaki yang berdiri di belakang mesin kopi. Lelaki itu - Zaydan Mahendra, barista dari Indonesia yang baru membuka kafenya beberapa bulan lalu. Kemeja hitam, apron coklat, rambut sedikit kusut... semuanya tampak biasa, tetapi entah mengapa, setiap kali Zaydan tersenyum, dunia Qisya terasa berhenti sejenak. Ada sesuatu pada cara lelaki itu menyeduh kopi - tenang, berhati-hati, seolah-olah setiap titisnya menyimpan sebuah cerita. Sejak hari pertama kafe itu dibuka, Qisya mula mencari alasan untuk melintas jalan. Kononnya mahu menawarkan bunga segar bagi menghiasi meja pelanggan, sedangkan hakikatnya, dia hanya mahu melihat Zaydan dari dekat. Setiap senyuman yang dibalas, setiap sapaan yang singkat, sudah cukup untuk membuat jantungnya berdetak lebih laju daripada bunyi mesin espresso di kafe itu. Hari demi hari, pertemuan mereka menjadi rutin kecil yang tidak pernah dirancang. Daripada ucapan "selamat pagi" yang ringkas, hingga renungan yang berbalas tanpa suara. Zaydan mungkin tidak tahu, tetapi bagi Qisya, dialah inspirasi di sebalik setiap kuntuman bunga yang mekar di kedainya. Tiada janji manis, tiada kisah dramatik - hanya kisah sederhana tentang seorang gadis yang berani menyimpan rasa dalam diam, dan seorang lelaki yang akhirnya menyedari bahawa takdirnya mungkin telah menunggu... di seberang jalan. Kerana kadang, cinta tidak bermula dengan kata-kata, tetapi dengan tatapan pertama di garis takdir.
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 955,008
  • WpVote
    Votes 42,861
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 474,898
  • WpVote
    Votes 16,863
  • WpPart
    Parts 73
( spin-off The Hidden Lies. ) Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk move on dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder ialah lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? "You are my unbreakable and unforgettable love, Tengku Aysha Hanisah." - Hazeem Hayder Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
Azran Melissa (SU) by haz_lee
haz_lee
  • WpView
    Reads 246
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
Usai sepuluh tahun perkahwinan Melissa dan Hazrel berakhir dengan luka yang tidak pernah dia bayangkan. Atas alasan kononnya Melissa mandul, Hazrel menceraikannya dan menjadikan hidupnya neraka-dipukul, dihina, dan ditindas oleh suami serta wanita simpanannya. Saat Melissa akhirnya memilih untuk pergi demi menyelamatkan maruahnya, dia tidak tahu bahawa bahaya yang lebih gelap menantinya. Tanpa pengetahuannya, Melissa dijual sebagai cagaran hutang kepada lelaki yang Hazrel sendiri takut untuk disebut namanya-Azran Louis, seorang ahli perniagaan tegas dan berpengaruh, terkenal dengan reputasi kelam yang tidak ramai berani cabar. Bagi Azran, Melissa bukan sekadar 'barangan' yang diserahkan kepadanya. Sejak pertama kali melihat wanita itu, dia tahu Melissa bukan seseorang yang mampu dia lepaskan begitu sahaja. Namun bagi Melissa, hidup bersama Azran terasa seperti keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Berkali-kali dia cuba melarikan diri, tetapi Azran sentiasa menemui cara untuk mengikatnya kembali-termasuk sanggup ditangkap basah hanya demi memastikan Melissa kekal berada di sisinya. Dalam ketegasan dan misteri Azran, Melissa mula melihat sesuatu yang Hazrel tidak pernah beri: perlindungan, kesetiaan, dan kasih yang tidak dipaksa. Tetapi parut lama masih menghantui. Melissa takut untuk percaya, takut untuk membuka hati, dan takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Antara trauma yang masih mencengkam dan peluang untuk sebuah permulaan baru, Melissa harus memilih-terus berlari... atau akhirnya berani mempercayai lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,916,335
  • WpVote
    Votes 19,524
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
HATI YANG KEMBALI BERNYAWA by Thekhalif_
Thekhalif_
  • WpView
    Reads 218
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 12
Sinopsis: Muhammad Fahmi, 27 tahun, dari luar kelihatan tenang dan teratur-lelaki yang jarang berkata-kata, namun sentiasa kelihatan terkawal. Tapi jauh di sebalik ketenangan itu, dia menyimpan luka yang dalam, hasil zaman kanak-kanak yang penuh trauma dan penderaan. Hatinya hampir hancur, jiwanya terpecah, dan dia kini hidup dengan Dissociative Identity Disorder (DID)-gangguan mental yang membuatkan dirinya berkongsi tubuh dengan identiti-identiti lain. Setiap hari adalah perjuangan. Perjuangan untuk kekal waras. Perjuangan untuk tidak hilang. Perjuangan untuk terus hidup dalam dunia yang tak pernah dia pilih. Namun hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Maisarah, seorang gadis ceria dan peramah yang datang dalam hidupnya tanpa diduga. Maisarah melihat Fahmi bukan sebagai 'orang sakit', tetapi sebagai manusia yang sedang berjuang. Senyumannya, kejujurannya, dan sifatnya yang penuh belas perlahan-lahan membuka pintu hati Fahmi-pintu yang selama ini terkunci rapat oleh ketakutan dan trauma. Tetapi mampukah cahaya Maisarah menerangi kegelapan dalam diri Fahmi yang dipenuhi dengan identiti dan kisah silam yang berselirat? Mampukah Fahmi menerima dirinya sendiri, dan memberi peluang kepada cinta yang mungkin satu-satunya penyelamat? "Hati yang kembali bernyawa" adalah kisah tentang jiwa yang retak, tentang harapan yang datang dalam bentuk manusia, dan tentang cinta yang mampu menyentuh bahagian terdalam hati yang pernah hancur.
SAYAP YANG PATAH  by Thekhalif_
Thekhalif_
  • WpView
    Reads 55
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 4
Muhammad Adrian Zahran menyimpan luka yang tidak pernah sesiapa tahu. Demi keluarga, dia belajar menahan sakit, menyembunyikan duka, dan berkorban dalam diam. Hidupnya berjalan dalam sunyi tanpa warna, tanpa harapan, tanpa keinginan untuk mencintai atau dicintai. Hinggalah takdir mempertemukannya dengan Nuha Fahana. Gadis itu hadir dengan tawa yang ceria, hati yang cekal, dan semangat yang tidak pernah luntur. Di sebalik kelembutannya, Nuha membawa cahaya dan tanpa sedar, dia mula menyentuh ruang hati Adrian yang telah lama gelap. Namun, tidak mudah untuk memulihkan sayap yang telah patah. Luka Adrian terlalu dalam, dan masa silamnya terlalu menyakitkan. Apakah cinta Nuha cukup kuat untuk menyembuhkan? Atau mampukah Adrian membenarkan dirinya untuk percaya semula? Kerana ada kalanya, cinta bukan tentang memiliki dua sayap untuk terbang... tetapi tentang keberanian untuk terbang semula walau dengan satu yang telah retak.
Zara Adriana's Albi [REVAMP] by Ieyqaroses
Ieyqaroses
  • WpView
    Reads 292,363
  • WpVote
    Votes 1,628
  • WpPart
    Parts 6
[BOOK 1] COMPLETE ✅ [REVAMP VERSION] 🌹🌹🌹🌹🌹 Assalamualaikum and hye everyone! First of all, karya ini merupakan rekaan semata-mata. Tiada sebarang kaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan dalam cerita ini hanyalah kebetulan semata-mata. Cerita ini ditulis berdasarkan imaginasi dan pengalaman penulis. Karya ini diharamkan untuk diciplak atau direka semula dalam apa jua bentuk tanpa pengetahuan dan keizinan daripada penulis. Dengan lafaz basmallah, enjoy my first karya❤️ [COMPLETE] START : 25/12/2022 END : 05/03/2023 ⚠️ If you are interested in an uniformed career, then this story is not suitable for you to read. because this writer does not reveal many hero/heroine job scenes ⚠️ ⚠️Read at your own risk⚠️ #1 on 2023 #1 on Funny
Takdir Kita Berdua by Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    Reads 717
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 20
"Takdir Kita Berdua" Cinta yang bermula bukan dari pilihan, tetapi dari satu takdir yang tak mampu dielak. Tengku Muhammad Huq Iskandar - lelaki berusia 25 tahun, dingin dan sukar didekati. Anak sulung kepada Tengku Ismail, pewaris empayar perniagaan M.HUQ SDN BHD. Dia memiliki segalanya: harta, kuasa, dan kedudukan. Namun di sebalik wajah tanpa riak, tersimpan luka silam dan prinsip yang tak mudah dilentur. Nur Arin Ameera Mustafa - gadis berusia 23 tahun yang polos, manis dan lemah lembut. Kesederhanaannya menjadikan dia istimewa. Tetapi sikap terlalu percaya pada manusia telah mengheretnya ke lembah pengkhianatan. Dia diuji hingga nyaris kehilangan maruah dan harapan. Pertemuan mereka bukan dirancang. Dalam satu peristiwa hitam, dia hadir sebagai penyelamat - dan akhirnya, suami. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab. "You are mine, sweety." - Tengku Muhammad Huq Iskandar "Tak, saya bukan milik awak!" - Nur Arin Ameera Disaat kasih mula bertunas dalam diam, hadir dua manusia dari masa lalu membawa dendam dan racun. Hariz - lelaki yang pernah mengecewakan Arin, kini kembali menuntut cinta yang telah dia sia-siakan. Alice - wanita yang tak mampu menerima hakikat kehilangan Huq, sanggup menghancurkan sesiapa sahaja demi memiliki lelaki itu kembali. "Aku takkan biarkan kau bahagia, Huq... Arin milik aku!!!" - Hariz "Huq milik aku! Bukan perempuan murah macam kau!" - Alice Dalam dunia yang penuh helah dan permainan jiwa, adakah cinta yang lahir dari perkahwinan paksa ini mampu bertahan? Adakah mereka akan berkorban demi mempertahankan mahligai yang dibina? Atau... mereka akan terkorban dalam permainan dendam dan cemburu yang kejam? "Dengan lafaz akad nikah, dia telah menjadi tanggungjawab untuk aku jaga... sampai ke hujung nyawa." - Tengku Muhammad Huq Iskandar